[Nota Ibu Muslimah Ideal] Gajet : Ibu Bijak, Anak Selamat
Hari ini, kita berada dalam dunia digital yang penuh dengan cabaran.
Gajet, media sosial, dan permainan dalam talian sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak kita. Kalau tidak dikawal dengan baik, ia boleh mendatangkan kesan negatif seperti ketagihan skrin, kurang fokus dalam pelajaran, dan terpengaruh dengan budaya luar yang tidak sesuai dengan Islam.
📖 Sabda Nabi SAW:
”Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu senggang”. (HR. Bukhari no. 6412, dari Ibnu ‘Abbas)
Betapa benarnya hadis ini dalam dunia moden hari ini! Ramai anak-anak membuang masa berjam-jam dengan telefon atau tablet, sedangkan masa itu boleh digunakan untuk belajar, membaca al-Quran, atau beraktiviti bersama keluarga.
Bagaimana ibu boleh mengawal penggunaan teknologi anak-anak?
• Tetapkan had masa untuk skrin – Contohnya, hanya 1 jam sehari selepas selesai kerja sekolah dan solat.
• Pilih kandungan yang bermanfaat – Pastikan mereka hanya menonton atau bermain sesuatu yang mendidik dan tidak melalaikan.
• Galakkan aktiviti lain – Bawa mereka ke taman, ajak mereka membantu di dapur, atau sediakan permainan tanpa skrin seperti buku mewarna atau mainan edukatif.
• Jadilah ibu yang peka dengan teknologi – Jangan hanya larang, tetapi fahami juga aplikasi atau media yang mereka gunakan supaya kita tahu apa yang selamat dan apa yang berbahaya.
Ayuh ibu-ibu, mari kita refleksi diri:
❓ Adakah kita sendiri selalu dengan telefon ketika bersama anak-anak? Jika ya, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka untuk menjauhi gajet?
❓ Adakah kita menyediakan aktiviti alternatif yang menarik untuk mereka supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada skrin?
Ibu-ibu sekalian, anak-anak adalah tanggungjawab kita. Kawal pengaruh teknologi sebelum ia mengawal mereka!
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif
#IslamicParenting