[Aktiviti] Aktivitis MHTM mengadakan Kempen #SpeakUpForPalestine sebagai komitmen untuk membangun kesedaran dan kepedulian umat agar tidak melupakan perjuangan umat di Palestin. Melalui kempen ini, muslimat diajak untuk bersatu hati dan satu suara dalam mendukung perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan tentang situasi terkini di Gaza dan solusi Islami bagi permasalahan Palestin, kuiz pengetahuan am mengenai sejarah Palestin, edaran nasyrah, serta open mic #SpeakUpForPalestine sebagai ekspresi solidariti bersama Palestin.




































