Perang Tarif: Umat Islam Perlukan Negara Khilafah Yang Menerapkan Sistem Ekonomi Islam
Penulis : Syamsiyah Jamil
Aktivis Muslim Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman menyatakan, umat Islam memerlukan sebuah negara Khilafah yang akan menerapkan sistem ekonomi Islam dan memiliki kekuatan yang mandiri untuk keluar daripada tekanan ekonomi Amerika.
“Negara Islam yang akan menerapkan ekonomi Islam tu sebenarnya mempunyai kekuatan yang mandiri. Kalau negara Khilafah tu menerapkan sistem ekonomi Islam, ia akan mempunyai kekuatan dalaman yang cukup kuat, yang tidak akan dapat digugat oleh siapa pun sebenarnya,” jelasnya dalam Kupas Tuntas yang bertajuk Perang Tarif: Bagaimana Sudut Pandang Islam di akaun Facebook Jurucakap HTM, Jumaat (18/4/2025)
Beliau menjelaskan, peningkatan tarif yang dikenakan oleh Amerika ke atas barang import ke negaranya tidak akan memberi kesan dan tekanan kepada negara Khilafah kerana pertamanya, sistem ekonomi Islam menggunakan mata wang dinar.
“Mata wang dinar dan dirham tu itu mata wang yang memang mempunyai kekuatan yang anti inflasi, mata wang yang memang bernilai, mata wang yang memang kukuh, yang memang kuat, yang memang stabil,” jelasnya.
Lanjutnya, ekonomi negara Khilafah juga kuat kerana sebab kedua iaitu negeri-negeri kaum Muslimin mempunyai sumber daya alam yang begitu banyak dan akan memberikan kekayaan yang luar biasa kepada negara.
“So, bayangkan semua keadaan yang berlaku, bagaimana mungkin negara Barat ataupun negara Timur dan negara kufur ni, macam mana dia nak kenakan satu tekanan kepada kita, macam mana dia nak menentukan apa nasib kita. Tak boleh lagi dah sebab kita dah boleh menentukan nasib sendiri, kita boleh menjadi negara yang mandiri. Itu kalau kita berada di bawah Khilafah”, tegasnya.
Beliau mengatakan, sepatutnya Malaysia tidak terlibat dengan isu tarif ini kerana negeri umat Islam tidak boleh mempunyai apa-apa hubungan perdagangan dengan Amerika yang jelas-jelas merupakan musuh Islam.
“Amerika tak berperang dengan umat Islam kan, Amerika jelas-jelas membantu entiti Yahudi untuk berperang dengan umat Islam. Jadi Amerika tu sebenarnya jelas merupakan sebuah negara Darul Kufur, Darul Harbi Muharibah Fi’lan,” tambahnya.
Beliau melanjutkan, haram hukumnya bagi negeri umat Islam untuk mengadakan apa-apa perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.
“Hukum kita dengan negara Darul Harbi Muharibah Fi’lan ni, hukum yang berlaku tu adalah hukum perang. Itu sahaja. Perang ataupun kalau nak buat perjanjian sekalipun, perjanjian gencatan senjata. Itu je perjanjian yang dibolehkan,” jelasnya.
Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan dapat keluar daripada masalah seperti ini selagi tidak keluar daripada kepompong sistem ekonomi kapitalis.
“Apa sahaja negara besar buat berkenaan dengan ekonomi ni kan, dia akan memberi kesan kepada negara-negara yang kecil dan lemah seperti seperti Malaysia. Jadi selagi Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, selagi tu lah sebenarnya Malaysia ni tidak akan dapat keluar daripada masalah,” tegasnya.
Beliau mengatakan, perang tarif yang sedang berlaku saat ini merupakan satu simptom kelemahan yang ada dalam umat Islam dan beliau menyeru umat Islam untuk mengambil satu-satunya penyelesaian iaitu kembali kepada sistem Islam yang akan diterapkan oleh negara Khilafah.
“Tarif yang dikenakan oleh Trump ni ini sendiri menjadi bukti betapa umat Islam ni sebenarnya memerlukan negara yang kuat, betapa umat Islam ni perlu bersatu di bawah satu negara, betapa umat Islam ni memerlukan Khilafah,” tutupnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/16AkcPB8Kj/l