KELAPARAN DI GAZA, JIHAD DAN KHILAFAH SOLUSI HAKIKI
Muslim di Gaza sedang kelaparan dan berada di ambang kematian. Program Makanan Sedunia (World Food Programme) kehabisan bahan makanan. Dalam kenyataan rasminya, WFP menyebut bantuan terakhir telah disalurkan ke dapur umum di berbagai wilayah Gaza. Mereka menganggarkan dapur-dapur tersebut akan berhenti beroperasi dalam beberapa hari ke depan. Situasi ini semakin membimbangkan kerana sebanyak 80% dari dua juta penduduk Gaza bergantung pada makanan dari dapur umum tersebut. Selama ini WFP telah menyediakan 37 dapur umum yang mampu menghasilkan lebih kurang 500,000 bahagian makanan setiap hari. Hingga kini belum diketahui secara pasti berapa jumlah dapur yang masih dapat beroperasi setelah stok makanan habis.
Sekatan penuh terhadap Gaza yang diberlakukan Zion*s sejak 2 Mac lalu telah menyebabkan umat Islam di Gaza menderita kelaparan. Dengan alasan menekan pejuang Hamas agar membebaskan para tahanan yang masih ditahan, Zion*s menyekat Gaza dari segala arah. Mereka mengebom Gaza hingga rata menjadi tanah. Tidak cukup dengan itu, mereka membunuh warga Gaza dengan menyekat bantuan makanan, ubat-ubatan, dan bantuan kemanusiaan lain.
Dunia menyaksikan kekejaman Zion*s, tetapi Barat, PBB, dan penguasa muslim berpura-pura buta. Penguasa muslim tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Zion*s, sekumpulan manusia keji yang jumlahnya hanya berapa peratus sahaja dari jumlah penduduk muslim sedunia. Bahkan, Zion*s yang berjumlah 9.4 juta orang hanyalah remah kecil jika dibandingkan dengan 2.02 bilion umat Islam.
Tanggungjawab Umat
Kelaparan di Gaza adalah tanggungjawab kita bersama sebagai umat Islam. Nabi ﷺ bersabda, “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (HR Bukhari No. 2262).
Gaza adalah kita, dan sebaliknya. Bantuan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan lainnya memang mereka perlukan, tetapi yang paling mendesak untuk mereka adalah pembebasan tanah Palestin dari penjajahan Zion*s. Semua itu memerlukan kesatuan pemikiran untuk bersatu menolong saudara muslim di Gaza, yakni pengiriman bantuan ketenteraan untuk melawan Zion*s.
Berapa lama lagi kita perlu menyaksikan Gaza berdarah dihujani peluru berpandu dan kelaparan yang dilakukan Zion*s? Kelak anak-anak Gaza akan menuntut sikap diam kita di saat mereka memerlukan pertolongan. Ada para wanita dan orang tua yang boleh saja memberatkan jalan kita ke syurga manakala mereka menuntut pertanggungjawaban kita di akhirat.
Umat perlu membuka mata dan telinga sehingga memahami bahawa kelaparan di Gaza adalah nyata dan tanggungjawab kita bersama. Jangan lagi berharap pada organisasi antarabangsa seperti PBB. Mereka adalah sekutu AS dan Barat. Sudah sangat jelas kedudukan PBB lemah dan tidak berdaya ketika berhadapan dengan kepentingan AS dan sekutunya.
Sejarah lahirnya PBB pun tidak terlepas dari pengaruh AS sebagai penguasa dunia. Hal ini sudah dijelaskan Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Mafahim Siyasiyah li Hizbut Tahrir hlm. 205 yang isinya, “Setelah berdirinya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ada keinginan untuk membatasi keanggotaannya hanya pada negara-negara yang terjun dalam peperangan melawan Jerman, iaitu negara-negara Kristian dan negara-negara lain yang mengikutinya. Akan tetapi, kerana AS ingin memperluas pengaruhnya di dunia dan memasukkan negara-negara di dunia di bawah naungannya, AS memperluas keanggotaan PBB dan membolehkan negara-negara di dunia untuk masuk ke dalamnya. Namun demikian, AS dan negara-negara Kristian lainnya tetap tidak menoleransi prinsip mana pun untuk masuk ke dalam Undang-Undang Antarabangsa dan peraturan PBB itu. Sebaliknya, prinsip–prinsip negara Kristianlah yang tetap menjadi asas Undang-Undang Antarabangsa–bahkan menjadi Undang-Undang Antarabangsa itu sendiri— dan asas peraturan PBB. Prinsip-prinsip tradisional negara-negara Kristian—atau negara-negara kapitalis— inilah yang kini mencengkam komuniti manusia di seluruh dunia. Mereka mengabaikan sama sekali berbagai konvensyen dan pemikiran negara-negara lain. Apa yang lebih merumitkan permasalahan ini lagi adalah negara-negara Kristian Eropah atau negara-negara kapitalis ini tidak menyerahkan urusan penerapan prinsip-prinsip tradisional tersebut—yang kemudian menjadi Undang-Undang Antarabangsa—kepada sistem hukuman moral semata, sebagaimana yang berlaku dalam konvensyen antarabangsa. Malah, penerapan prinsip-prinsip tradisional itu bukan hanya diserahkan kepada pihak yang terikat dengan prinsip itu, tetapi juga pihak lain. (Negara-negara / pihak lain yg tidak terikat dengan prinsip tersebut juga boleh campur tangan dalam urusan penerapan prinsip terbabit [pen.]). Sebaliknya, negara-negara kapitalis itu memaksakan penerapan prinsip-prinsip tersebut dengan kekuatan senjata dan memberlakukannya ke seluruh negara di dunia, baik kepada negara yang memegang prinsip itu mahupun yang tidak. Negara-negara kapitalis ini tetap menjadikan dirinya sebagai polis dunia untuk menerapkan peraturan dan undang-undang antarabangsa atau apa yang mereka sebut sebagai tata dunia. Jelas ini merupakan aktiviti yang sangat mengerikan dan menjadi salah satu punca penderitaan dunia, iaitu adanya komuniti antarabangsa menurut konsep Eropah dan adanya apa yang mereka sebut sebagai undang-undang antarabangsa.”
Umat Islam memiliki tanggungjawab terhadap Palestin hingga negeri tersebut dibebaskan dengan jihad yang akan dikomando khalifah. Khalifah mampu menjadi perisai hakiki umat sebagaimana dahulu Palestin berada di bawah naungan kekuasaan Islam.
Khilafah Solusi Hakiki
Membebaskan Palestin dan menghapuskan penjajahan Zion*s selamanya adalah keperluan dan tugas umat yang mendesak untuk dilakukan. Shalahuddin al-Ayyubi tidak bertemu Paus Gregory VIII untuk berkongsi tanah Palestin dengan mereka, tetapi mereka bertemu dalam perang Hittin dan mengalahkan tentera Salib serta menghapuskan penjajahan kerajaan tentera Salib di seluruh wilayah negeri muslim. Tidak pernah terjadi dalam sejarah, kaum muslim berkompromi dengan penjajah Zion*s atau kafir harbi fi’lan yang terang-terangan memusuhi Islam.
Berkompromi dan mengempenkan solusi dua negara untuk Palestin adalah pengkhianatan. Mendiamkan kezaliman dan menutup mata dari hal yang terjadi di Palestin adalah beban yang tidak akan sanggup kita tanggung kelak di hadapan Allah SWT, bayangkan betapa besar tanggungjawab tersebut. Melupakan Palestin adalah kelalaian yang teramat berat jika di akhirat kita berjumpa dengan Rasulullah ﷺ.
Apa yang hendak kita katakan di saat beliau bertanya, bagaimana kepedulian terhadap saudara sesama muslim yang mengalami penderitaan? Sedangkan di antara tanda keimanan seseorang adalah mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri. Dari Anas bin Malik RA dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari Muslim).
Jihad dan Khilafah adalah solusi hakiki bagi Palestin yang perlu terus disuarakan sebagai kewajipan kita dalam usaha membebaskan Palestin dari penjajahan dan penderitaan. Selain itu, umat hendaklah berjuang mewujudkan cita-cita besar tersebut dengan melakukan dakwah yang berpengaruh, yakni mengubah pemikiran serta membersihkan pemahaman umat dari ideologi sekular kapitalisme hingga terbentuk pemahaman Islam yang benar dan kaffah.
Semua ini memerlukan usaha berterusan melalui pembinaan intensif secara individual dan berjemaah yang dilakukan kelompok dakwah yang lurus dan yang berideologi. Ini dilakukan agar umat memiliki pemahaman yang sama bahawa solusi satu-satunya bagi Palestin adalah jihad dan Khilafah. Umat perlu memahami bahawa untuk mengembalikan kekuatan, persatuan, dan kekuasaan Islam perlu penerapan syariat Islam kaffah melalui tegaknya Khilafah.
Sumber: muslimahnews