Umat Islam Perlukan Khilafah Untuk Menoktah Hari Nakbah
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan, umat Islam memerlukan Khilafah untuk menoktah Hari Nakbah (malapetaka) di Palestin.
“Untuk menoktahkan Nakbah ini dan apa sahaja tragedi yang menimpa umat Islam ini, maka tidak boleh tidak, kita memerlukan tegaknya sebuah negara Islam yang besar, yang kuat, yang dikenali sebagai Khilafah,” katanya dalam Siri Kupas Tuntas bertajuk Menoktah Hari Nakbah di akaun Facebook Jurucakap HTM, Jumaat (16/5/2025).
Beliau menjelaskan, Hari Nakbah yang diperingati pada 15 Mei setiap tahun adalah hari warga Palestin diusir daripada kampung halaman mereka, dibunuh dengan kejam, kampung mereka dimusnahkan dan malapetaka ini masih berlaku sehingga sekarang selama 77 tahun.
“Persoalannya, sampai bila kita hendak sambut Nakbah ini? Kita memperingati hari di mana saudara mara kita di Palestin itu, hari mereka diusir, hari mereka di dibunuh, hari mereka dibantai,” soalnya.
Beliau menegaskan, ada lima punca yang menyebabkan Nakbah ini berterusan dan kalau umat Islam tidak mencari punca masalah ataupun menyelesaikan masalah bukan daripada puncanya, maka masalah tidak akan pernah selesai.
“Pertama, bermula dari penjajah British dengan kekuatan ketenteraan yang ada pada dia sebagai kuasa besar dunia, memberikan Palestin kepada Yahudi, mempersenjatai Yahudi dengan pelbagai kelengkapan senjata, memberikan segala bantuan kepada Yahudi,” jelasnya.
Lanjutnya, punca kedua adalah adanya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberikan pengiktirafan kepada kewujudan negara Yahudi. Punca ketiga adalah munculnya Yahudi sebagai sebuah negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan dan digunakan mempertahankan tanah Palestin yang mereka rampas.
“Yang keempat, sekarang yang back up entiti Yahudi ini, yang muncul sebagai kuasa besar dunia selepas perang dunia yang kedua adalah Amerika. Jadi, yang menjadi pendukung nombor satu Yahudi adalah Amerika dan juga beberapa kuasa Eropah,” katanya.
Beliau menambah, punca kelima adalah adanya pengkhianatan daripada pemimpin-pemimpin umat Islam yang berbaik dengan Yahudi dan Amerika.
“Di saat Amerika membantu Yahudi untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin, mereka memberi bantuan kewangan kepada Amerika. Ini pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang khianat,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, semua itu merupakan punca Nakbah masih kekal sampai sekarang walaupun umat Islam telah menghantar banyak pertolongan kepada Palestin seperti ubat-ubatan, pakaian, bahan pembinaan hospital, duit dan juga doa.
“Bantuan yang diberikan selama ini hanyalah bantuan kepada mangsa, sedangkan untuk menoktahkan Nakbah ini sebenarnya kita pergi kepada punca, kita pergi kepada pemangsa. Pemangsa yang ada sekarang ini adalah kaum Yahudi laknatullah,” ujarnya.
Tambahnya, tidak ada cara lain untuk menghapuskan pemangsa kecuali jihad fi sabilillah yang sepatutnya dilancarkan oleh penguasa kaum Muslimin. Apabila tentera digerakkan, maka insyaAllah umat Islam akan mencapai kemenangan.
“Kita bukan bincang soal jihad sahaja, kita bincang mengenai kemunculan sebuah kuasa besar dunia kalau kita hendak mengakhiri bukan sekadar Nakbah, kita hendak mengakhiri semua penderitaan umat Islam”, katanya.
Beliau mengakhiri kupasan dengan menegaskan bahawa umat Islam sangat memerlukan Khilafah dengan keperluan yang sangat mendesak sebagai sebuah kuasa besar yang akan melancarkan jihad, mempertahankan Islam, membebaskan Palestin, mempersatukan umat Islam, dan menegakkan agama Allah SWT.
“Jihad dan juga Khilafah itu merupakan satu-satunya solusi untuk kita menoktahkan hari Nakbah,” tutupnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1EaPBxGPeD/