Sistem Hari Ini Melahirkan Generasi Individualistik
Oleh: Hidayah Muhammad
Aktivis Muslimah Ustazah Nurain Abdurrahman menyatakan, sistem hari ini melahirkan generasi yang individualistik sehingga banyak orang sangat pentingkan diri sendiri.
“Hari ini kita lihat betapa dalam keadaan ini melahirkan generasi individualistik sehingga melahirkan perasaan memuliakan diri sendiri dan sangat menjaga jiwa sendiri. Kita biasa dengar siapa nak sayang diri kita, kalau bukan diri kita sendiri. Ya, on one side benda itu bagus, tetapi on one side kalau kita biarkan naluri dikawal tanpa ada pandangan sudut syarie yang mengawal perbuatan kita, maka kita hanya akan mengikut arus,” ujarnya dalam Slot Bicara Muslimah Online, bertajuk Menanam Nilai Kemaafan, Mendidik Generasi Islam Dengan Akhlak Mulia, 26/4/2025 (Sabtu).
Beliau menambah, daripada sikap individualistik ini menyebabkan sikap meminta maaf dan memaafkan hanya dijadikan trend.
“Sikap meminta maaf dan memaafkan dah macam tren bila hari raya. Bila hari raya semuanya bermaaf-maafan. Lepas tu buat lagi,” tambahnya.
Beliau menjelaskan, penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan dalam membentuk sikap meminta maaf ini.
“Sebagai ibu bapa, kita kena didik anak itu dari awal. Walau pun nampak simple tetapi kalau tidak dididik dan dibiasakan, tidak jadi budaya dalam keluarga, dia akan membentuk satu perasaan yang tidak bagus dengan anak itu, seperti pentingkan diri sendiri dan ego,” jelasnya.
Beliau melanjutkan, memaafkan terkait dengan ego dan ego lahir daripada survival instinct.
“Jadi, ego kena diikat dengan hukum syarak. Kita kena ajar anak rendah ego. Ego ini kalau dilayan, dia akan jadi narsistik, kalau dilayan anak akan rasa tak bersalah sampai bila-bila. Jadi, kita kena ada satu konsep iaitu rendahkan ego itu pada tempatnya. Memang bukan mudah sebab masing-masing ada ego, tetapi kita kena fahamkan kepada anak dalam nak menamamkan erti kemaafan yang sebenar,” ujarnya.
Beliau menambah, ibu bapa mesti membina sikap meminta maaf dan memaafkan dalam diri anak.
“Sikap meminta maaf dan memaafkan itu kena jadikan kebiasaan dalam keluarga, biasakan dan jangan pernah malu minta maaf pada anak. Sebagai manusia ada masanya kita pun ada salah pada anak, kadang kita terlepas kata, terlajak perbuatan, kita marah dengan anak. Jadi kita kena belajar minta maaf, tidak rugi pun jadi ibu atau bapa minta maaf dengan anak. Ajar dari awal anak meminta maaf, ajar mereka bertolak ansur, ajar anak untuk simpati dan empati. Sebab tanpa perasaan empati dan empati anak, sukar dibentuk sikap meminta maaf dan memaafkan sebab dia akan rasa I always right, dan benda ni kita kena ulang, kita kena cakap, kena fahamkan berkali-kali sehingga anak itu mengerti kenapa dia kena meminta maaf dan memaafkan,” tambahnya.
Seterusnya beliau menjelaskan, antara kepentingan meminta maaf dan memaafkan;
Pertama, dapat membentuk keperibadian yang baik dan melatih pengurusan emosi anak.
“Sebagai parents, bukan setakat bagi anak makan minum sahaja, tetapi kita kena latih anak untuk survive maksudnya dari segi kemahiran, dari konsep melatih pengurusan emosi, sabar, memaafkan, kita kena ajar. Mengajar perasaan empati agar dia dapat mengurus emosi dia dengan baik. Jadi, kita akan melahirkan anak yang bukan setakat bijak secara IQ tetapi EQ dia, emosional dia. Jadi, bila dia berhadapan dengan kehidupan selepas ini, dia semakin dewasa, dia sudah jauh daripada kita, dia faham macam mana nak mengatur emosi dia,” jelasnya.
Kedua, supaya anak menyedari kesalahan anak. Anak faham apa perbuatan yang salah dan apa perbuatan yang betul.
“Sebab tu saya sangat suka dengan cara Asian parents tetapi dalam versi yang lebih intelektual. Maksudnya kalau duhulu orang tua-tua kita ini marah, dia marah sahaja, dia tidak cerita kenapa marah anak. Jadi, kita kena belajar menghuraikan, kita kena belajar bercerita dengan anak supapa anak itu faham ada perbuatan yang selepas ini dia kena berhati-hati, dia tidak ulang dan ketika anak kita melakukan kesilapan kita ajar itu adalah sebahagian dari perjalanan hidup dia. Jadi, kita kena memandu anak tersebut,” ujarnya.
Beliau meyimpulkan, apabila anak sudah faham konsep meminta maaf, dia akan menjadi orang yang lebih bertanggungjawab.
“Anak akan lebih bertanggungjawab pada dirinya, keluarga dan masyarakat. Dia tidak akan menjadi orang yang individualistik. Apabila kita sudah biasakan dan fahamkan dia konsep meminta maaf dan tangunggjawab, anak tidak kekok dan dia lebih berhati-hati semasa dia melakukan perbuatannya. Dan paling penting, fahamkan bahawasanya meminta maaf itu bukanlah perkara hina sehingga rasa rendah diri tetapi meminta maaf itu adalah suatu kekuatan dan lambang kemenangan,” simpulnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1LKn5NPCCN/