Boleh Memuji Anak Sesuai Tuntunan Islam
Oleh: Syamsiyah Jamil
Aktivis Muslimah Indonesia Ustazah Najmah Saidah mengatakan, ibu bapa boleh memuji anak dengan menjadikan syariat Islam sebagai rujukan atau tuntutan.
“Maka yang harus kita lakukan adalah ketika kita memuji anak itu, menjadikan syariat Islam sebagai rujukan atau tuntutan sehingga tidak salah kaprah dalam memuji,” katanya dalam Kajian Keluarga bertajuk Memuji Anak, Madu Ataukah Racun di Saluran YouTube Ngaji Subuh, Ahad (25/5/2025).
Beliau menjelaskan, Rasulullah SAW mengajarkan bahawa mendidik anak-anak tidak hanya berkaitan dengan kesihatan mental sahaja tetapi perasaannya juga mesti dijaga.
“Jadi, di sinilah yang kemudian kita ingat bahawasanya ada hal yang penting selain mental, selain aqliyah. Tapi juga ada hal yang penting lagi yang mesti kita perhatikan. Itu adalah nafsiyah. Bagaimana kita mengarahkan perasaan-perasaan kita, kecenderungan kita itu sesuai Islam,” ujarnya.
Beliau menerangkan bagaimana Rasulullah SAW memberikan perhargaan kepada anak-anak sebagai panduan bagi ibu bapa.
“Ketika ada orang Badui datang kepada Rasulullah, “Apakah kau pernah mencium anak-anakmu”. Di sinilah kemudian Rasulullah memerintahkan atau pun memberikan suatu trik ataupun suatu parenting berkaitan dengan perasaan tadi, penjagaan perasaan anak,” jelasnya.
Beliau menyatakan bahawa pujian, kucupan atau pelukan pada anak-anak sangat efektif dalam menggerakkan perasaan dan jiwa anak sehingga dapat menenangkan gelombang amarah atau kesedihannya.
“Rasulullah SAW pernah memuji seorang anak yang belajar bahasa Arab Suryani untuk membantu beliau. Rasulullah memujinya dengan mengatakan ia adalah sebaik-baik anak muda,” terangnya.
Tambahnya, Rasulullah SAW tidak memberikan sesuatu hal yang bersifat penghargaan sahaja tetapi ada juga yang bersifat hukuman.
“Rasulullah memperlakukan seseorang itu sesuai dengan situasinya. Ketika anak itu memang perlu diberikan penghargaan, perlu dipuji, ya Rasulullah memujinya. Tapi ketika ada seorang anak yang dia justeru tidak patuh, tidak amanah, maka Rasulullah memberikan hukuman itu bermacam-macam,” tegasnya.
Beliau memberikan contoh, pernah ada seorang anak diminta ibunya untuk menyampaikan setangkai anggur untuk Rasulullah SAW tetapi kemudian sebelum sampai, sudah dimakan oleh anak tersebut. Kemudian Rasulullah SAW menjentik telinganya dengan jentikan yang tidak sakit. Itu sebagai sebuah peringatan bagi anak yang tidak amanah.
“Di sinilah Rasulullah SAW memberikan pendidikan kepada kita, memberikan tuntutan kepada kita terkait dengan pendidikan terhadap anak-anak berkaitan dengan perasaan dan mental anak,” tambahnya.
Beliau menerangkan, Rasulullah SAW membolehkan memuji kerana Rasulullah SAW melakukannya dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mengusap kepala, belai di pipi, memberi hadiah atau memberikan pelukan. Tetapi tidak boleh berlebihan atau melampaui batas ketika memuji.
“Di sinilah kemudian kalau kita memang memuji anak-anak sesuai dengan tuntutan syariat. Kemudian tidak berlebihan dan sebagainya. Maka biiznillah, ini semua akan memberikan kebaikan kepada anak-anak kita, menjadikan madu bagi anak-anak kita,” tuturnya.
Beliau mengungkapkan, ketika anak-anak melakukan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat, maka pujian bukanlah sesuatu yang baik.
“Sehingga di sinilah kemudian, na’uzubillahi min zaalik, akhirnya memuji anak itu boleh menjadi racun bagi kita, mahu pun bagi anak-anak. Kita jadikan asas kita syariat Islam sehingga kita memuji dengan memuji yang memang dibenarkan Allah dan memang itu dipuji oleh Rasulullah,” simpulnya.
#MuslimahIdeal #SeniMembentukGenerasiPemimpin
#Pujian #AnakSoleh #IslamicParenting #PendidikanAnak