Pemerintah yang Mencipta Zionis yang Memecahbelah Dunia Islam, Bukannya Zionis
Perdana Menteri Zionis “Israel” Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis (19-6-2025). “Selepas penubuhan Israel, kami menghadapi dunia Arab yang bersatu dan kami membahaginya secara bertahap.”
Kenyataan tersebut, yang dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Penyiaran Israel, dibuat ketika Netanyahu berikrar untuk meneruskan pencerobohan ketenteraan terhadap Iran sehingga tercapainya apa yang dia istilahkan sebagai “peneutralan ancamannya”.
Walaupun Netanyahu menegaskan bahawa pertukaran rejim di Iran bukanlah matlamat utama, dia mengakui bahawa hal itu boleh jadi merupakan konsekuensinya.
Jurucakap HT Palestin menegaskan bahawa sebelum kewujudan entiti Zionis yang dilaknat oleh Allah serta sebelum runtuhnya Khilafah, dunia Arab bukan sahaja bersatu, malah merupakan satu umat di bawah satu negara. “Umat ini bukan dibahagikan oleh Zionis, tetapi oleh para penguasa yang mencipta Zionis dengan kebencian dan tipu daya,” katanya kepada Agensi Berita Ideologi Antarabangsa pada Jumaat (20 Jun 2025).
Menurut beliau lagi, kenyataan Netanyahu merupakan satu pembohongan. “Dengan kata-kata ini, Netanyahu berucap kepada rakyat Zionis dan kepada dunia, sambil membangga diri seolah-olah telah melaksanakan apa yang dikatakannya. Seperti kebiasaan rakyatnya, mereka adalah pendusta, pemfitnah dan sering menuntut sesuatu yang bukan milik mereka,” ujarnya.
Para penguasa itu (Barat) yang memerangi umat Islam selama berabad-abad, katanya lagi, merasakan kekuatan dunia Islam dan menyaksikan kejatuhan ibu kota Barat satu demi satu. “Konstantinopel ditaklukkan dan saudaranya (Rom) hampir jatuh. Namun, Allah menghendaki agar wilayah itu kekal untuk penaklukan yang akan datang, insya-Allah,” ujarnya.
Memecah Belah
Beliau menyatakan bahawa para penguasa Barat berdepan dengan dunia Islam yang bersatu dan menyedari sumber kekuatannya. “Ketika umat Islam lalai dan dalam keadaan lemah, Barat menyusup masuk ke dalam pemikiran dan hati anak-anak umat Islam, menyalakan api perselisihan serta meniupkan semangat nasionalisme dan patriotisme. Ada yang mengaku Arab, ada yang mengaku Turki, yang lain Kurdi, dan yang lain pula Amazigh,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, Barat menyeru perpecahan atas dasar agama dan persaudaraan Islam. “Justeru, mereka memecah-belahkan umat Islam dan bertindak seperti pisau bedah ke atas satu tubuh, dengan memecah-belahkan negeri-negeri umat Islam melalui Perjanjian Sykes-Picot yang seterusnya melahirkan Deklarasi Balfour yang terkenal itu,” jelasnya.
Beliau melahirkan rasa kesal apabila menyatakan bahawa negara-negara Islam berpecah-belah pada hari ketika Barat mencipta batas-batas sempadan dan bendera-bendera pemisah bagi umat Islam.
“Barat menyuruh kita menyucikan tanah air masing-masing dan mewujudkan sempadan-sempadan palsu di antara kita. Kemudian, mereka menyemai tipu daya dan kebencian. Barat mengumpulkan kita dalam kurungan sempadan dan memperlakukan kita seolah-olah tidak bernilai,” tegasnya.
Beliau menjelaskan bahawa ketika kita dilahirkan, Barat telah pun menguasai tanah-tanah milik umat Islam dan menempatkan penjaga-penjaga bagi menjaga kepentingan mereka iaitu para penguasa yang terbiasa dengan pengkhianatan dan ketundukan.
“Kemudian mereka menjadikan umat Islam sebagai barisan hadapan mereka — di atas tanah umat Islam sendiri — dan menjadikan mereka seperti belati yang menikam tubuh umat Islam dari dalam. Maka, kita dilahirkan dalam inkubator rejim-rejim ejen yang dicipta oleh Barat,” katanya lagi.
Akhirnya, tambah beliau, Barat dengan kerjasama para penguasa ejen — termasuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) — berjaya menubuhkan entiti Zionis di Tanah Palestin yang diberkati, dan cuba memberikan legitimasi kepada Zionis melalui perjanjian-perjanjian damai yang penuh dengan pengkhianatan.
Persatuan
Beliau mengingatkan bahawa Zionis tidak akan mampu merampas Palestin melainkan setelah umat ini berpecah. “Zionis juga mengebom Gaza dan Lubnan, Syria dan Yaman, kemudian Iran. Semuanya berlaku ketika umat dalam keadaan berpecah, kehilangan semangat, serta tiada bantuan daripada para penguasa Muslim. Bahkan, meskipun kalian (Zionis) tidak bertindak sendirian dalam semua itu melainkan dengan sokongan, perlindungan, dan persenjataan daripada pihak yang menempatkan kalian di tanah ini, kami tetap mendengar hembusan nafas kesatuan dalam kalangan umat Islam,” tegasnya.
Makna jihad, kini mulai muncul dari bawah debu penderitaan. Umat Islam hari ini merindukan kesatuan, dan telah menyedari rahsia kelemahan serta mengenali siapa musuh mereka.
“Umat Islama sedar bahawa apa yang hilang selama ini hanyalah usaha untuk bersatu dalam menjatuhkan rejim-rejim ejen yang memecah-belahkan umat Islam. Sebagaimana kalian merampas tanah ini ketika umat berada dalam kelemahan dan perpecahan, maka umat ini akan mengusir kalian dan tuan-tuan kalian dengan kekuatan dan kesatuannya. Dan kalian tidak lain hanyalah debu-debu yang akan berterbangan ditiup angin kebangkitan umat yang sedang menghampiri,” tegasnya lagi.
Beliau menutup dengan firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 52:
“Katakanlah (Muhammad): “Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu daripada dua kebaikan (menang atau mati syahid). Dan kami menunggu-nunggu bagi kamu bahawa Allah akan menimpakan azab kepadamu daripada sisiNya, atau (azab) melalui tangan kami. Maka, tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersamamu.”
#FreePalestineWithJihadAndKhilafah #KesatuanUmat #TegakKhilafah #ArmiesToGaza