Hentikan Bencana Kelaparan Di Gaza!
Kekejaman demi kekejaman entiti Yahudi di Gaza terus berlangsung tanpa henti. Mereka terus melakukan pembantaian warga Gaza. Mereka terus memporak-perandakan wilayah Gaza dengan kekuatan militer. Kini mereka juga menciptakan bencana kelaparan bagi warga Gaza. Entiti Yahudi itu menyekat seluruh bantuan logistik berisi bahan makanan, ubat-ubatan dan keperluan hidup yang akan masuk ke Gaza.
Sekatan makanan oleh Zionis Yahudi itu menyebabkan malnutrisi hingga menyebabkan kematian di tengah-tengah penduduk Gaza. Banyak foto dan video yang memperlihatkan penduduk Gaza, dari anak-anak hingga orang dewasa, mengalami malnutrisi dan kurus kering. Lebih daripada 40 peratus ibu hamil dan menyusui mengalami malnutrisi berat. Kematian juga menyebar luas. Saat tulisan ini dibuat, terdapat 144 warga meninggal dunia akibat kelaparan di Gaza. Sebanyak 88 daripadanya adalah anak-anak.
Kelaparan Tahap Tinggi
Selain pengeboman dan penembakan, bencana kelaparan juga digunakan oleh Zionis Yahudi untuk terus melakukan genosid terhadap penduduk Gaza. “Kita tidak seharusnya berunding dengan mereka yang membunuh tentera kita. Mereka perlu dihancurkan, dibiarkan kelaparan dan tidak diberi bantuan kemanusiaan yang justeru memberi mereka oksigen untuk bertahan hidup,” kata Menteri Keamanan Nasional sayap kanan Itamar Ben Gvir di laman web Times of Israel pada awal Julai 2025.
Sementara itu, PM zionis Benjamin Netanyahu dengan liciknya membantah khabar bencana kelaparan di Gaza. Padahal berdasarkan kesaksian banyak pihak, kelaparan parah benar-benar berlaku di Gaza. Bahkan Badan Bantuan Makanan PBB (World Food Programme/WFP) menyebut Gaza sudah masuk fasa catrastophic hunger atau bencana kelaparan. Hal ini diukur berdasarkan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu atau Integrated Food Security Phase Classification (IPC). Dengan skala 1-5, Gaza sudah masuk fasa skala 5, yakni bencana kelaparan.
Badan Bantuan Makanan PBB melaporkan, hampir sepertiga warga Gaza “tidak makan selama berhari-hari”. WFP menyebut bahawa keperluan makanan di Gaza telah mencapai tahap yang membimbangkan. Sekitar 90 ribu anak-anak dan wanita memerlukan bantuan akibat malnutrisi.
Data WFP hingga saat ini menyebutkan, daripada jumlah 5.5 juta populasi di seluruh Palestin, 100% rakyat di Gaza menghadapi peringkat ketidakamanan makanan yang akut. Sementara itu, sebanyak 70,000 anak-anak di Gaza memerlukan rawatan mendesak kerana kekurangan gizi akut.
Zionis Yahudi bukan hanya menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mereka juga menghancurkan bantuan-bantuan tersebut. Lebih daripada seribu trak pengangkut bahan makanan dihancurkan. Militer Yahudi juga menjadikan kerumunan warga yang menunggu makanan sebagai sasaran serangan. Tidak peduli mangsanya orang dewasa, orang tua, perempuan atau anak-anak. Sejak Mei 2025, lebih daripada 1,060 orang telah terkorban dan 7,200 orang cedera saat mereka berusaha mendapatkan bekalan makanan.
Bukan hanya menciptakan bencana kelaparan, Pemerintah Yahudi juga meracuni penduduk Gaza dengan serbuk dadah yang dicampurkan ke dalam tepung makanan. Bantuan makanan yang mengandungi serbuk dadah itu diagihkan oleh Yayasan Kemanusiaan Gaza (Gaza Humanitarian Foundation/GHF). Lembaga ini adalah pusat pengagihan bantuan kemanusiaan di bawah Israel dan Amerika Syarikat (AS). Sungguh keji dan di luar batas kemanusiaan.
Pengkhianatan Para Pemimpin Arab
Tak kurang kejinya, para rejim Arab, terutama rejim Mesir, juga terlibat dalam menciptakan bencana kelaparan di Gaza. Presiden As-Sisi sampai hari ini enggan membuka pintu perbatasan Rafah. Padahal hanya dari sanalah bantuan ke Gaza dapat disalurkan. Sebab, laluan Kerem Shalom di perbatasan Mesir adalaha di bawah kawalan militer Zionis.
Rejim Mesir berdalih bahawa membuka pintu Rafah akan menciptakan perluasan konflik, ketidakstabilan dan kebanjiran pelarian penduduk Gaza ke negaranya. Padahal pada tahun 2023, rejim Mesir dan entiti Yahudi setuju membuka pintu sempadan Rafah untuk memberikan peluang kepada warga negara Amerika Syarikat keluar dari wilayah konflik. Namun, rejim Mesir tidak mengizinkan Rafah dilewati penduduk Gaza. Rejim Mesir juga tidak mengizinkan bantuan ke Gaza masuk melalui Rafah.
Pengkhianatan rejim Mesir juga dilakukan dengan menekan Imam al-Azhar, Ahmad al-Tayeb, agar menarik pernyataan yang mengecam kekejaman Zionis Yahudi. Pernyataan ini telah menyebabkan pihak entiti Yahudi marah. Oleh sebab itu sebagai sekutu Zionis, rejim Mesir mengancam agar pernyataan ini ditarik supaya ianya tidak mengganggu hubungan Mesir dengan Zionis, juga agar proses rundingan antara Mesir dengan entiti Yahudi berjalan dengan aman.
Sungguh, sikap para rejim Arab, terutama rejim Mesir, adalah pengkhianatan terhadap Islam dan kaum Muslim. Mereka lebih memilih berkasih-sayang dengan kaum kafir pembunuh dan penjajah umat dibandingkan dengan sesama Muslim. Padahal Allah SWT telah berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ ٱلْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang yang di luar daripada kalanganmu (seagama) sebagai orang kepercayaanmu, kerana mereka tidak akan berhenti untuk menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sesungguhnya telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka adalah lebih jahat. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu mengerti.” [TMQ Ali Imran (3): 118].
Sungguh memuakkan sikap para rejim Arab, terutamanya yang bertetangga dengan Gaza. Mereka masih boleh tidur nyenyak, sedangkan penduduk Gaza dilanda bencana kelaparan hebat. Mereka tidak malu kepada Rasulullah SAW yang telah mengecam keras orang yang mengaku beriman, sementara dia membiarkan tetangganya kelaparan. Sabda beliau:
لَيْسَ بِمُؤْمِنٍ مَنْ بَاتَ شَبْعَانَ، وَجَارُهُ إِلَى جَنْبِهِ جَائِعٌ وَهُوَ يَعْلَمُ
“Bukanlah Mukmin orang yang tidur dalam keadaan kenyang, sedangkan tetangga di sampingnya kelaparan, padahal dia tahu.” (HR Abu Ya’la).
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan murka Allah SWT kepada orang-orang yang berdiam diri dan enggan menolong sesama Muslim, padahal mereka mampu memberikan pertolongan. Sabda beliau:
مَا مِنِ امْرِئٍ يَخْذُلُ امْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْطِنٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ، وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، إِلَّا خَذَلَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ، وَمَا مِنِ امْرِئٍ يَنْصُرُ امْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْطِنٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ إِلَّا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ
“Tidaklah seseorang membiarkan (tidak menolong) seorang Muslim di suatu tempat saat kehormatannya dihinakan dan harga dirinya direndahkan, melainkan Allah akan membiarkan dia (tidak menolong dirinya) di tempat dia ingin mendapatkan pertolongan-Nya. Tidaklah seseorang menolong seorang Muslim di suatu tempat saat harga dirinya direndahkan dan kehormatannya dihinakan, melainkan Allah akan menolong dia di tempat dia ingin mendapatkan pertolongan-Nya.” (HR Ahmad).
Hanya Jihad dan Khilafah
Genosid yang berterusan di Gaza adalah bukti keras betapa dunia diam dan PBB tidak berguna. Negara-negara Barat, seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, bahkan bersekutu mendukung genosid. Tragiknya lagi, para penguasa Dunia Islam yang ada kekuatan membebaskan Gaza justeru bersekongkol dengan para penjajah. Tanpa malu lagi mereka mengirimkan wang ribuan trilion kepada Amerika Syarikat yang terang-terang berlumuran darah Gaza. Hanya sedikit sahaja bantuan yang dihantar ke Gaza. Lalu para penguasa ini memainkan retorika kosong demi menutupi pengkhianatan mereka di mata umat.
Wahai kaum Muslim! Adakah anda masih berharap pada PBB dan negara-negara Arab akan membantu Gaza? Adakah anda masih berharap entiti Yahudi mahu menerima solusi dua negara? Bilakah anda akan sedar bahawa hanya jihad di bawah komando Khilafah Islamiyah yang dapat membebaskan Gaza? Inilah perintah Allah SWT yang nyata:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
“Perangilah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka. Usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian. Fitnah (kekufuran) itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” [TMQ al-Baqarah (2): 191].
Kelak pada Hari Kiamat, para penguasa Muslim tidak akan dapat berlepas diri di hadapan Allah SWT kerana pengkhianatan mereka terhadap warga Gaza. Mereka juga tidak akan ada alasan di hadapan Allah SWT atas keengganan mereka mengirimkan bantuan dan tentera untuk membebaskan negeri Palestin daripada cengkaman entiti Yahudi. Sungguh seksa Allah amat pedih!
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab. []
—*—
Hikmah:
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: …يَا ابْنَ آدَمَ، اسْتَطْعَمْتُكَ، فَلَمْ تُطْعِمْنِى. قَالَ: يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ. قَالَ: أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِى فُلاَنٌ، فَلَمْ تُطْعِمْهُ. أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ، لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِى…
“Sesungguhnya Allah ’Azza wa Jalla berfirman pada Hari Kiamat: ”…Hai Anak Adam! Aku pernah meminta makan kepada kamu, namun engkau tak memberi Aku makan!” (Anak Adam) berkata, “Tuhanku, bagaimana aku memberi Engkau makan, sementara Engkau adalah Tuhan seluruh alam semesta?!” (Allah) menjawab, “Tidakkah engkau tahu bahawa hamba-Ku, si fulan, pernah meminta makan kepada kamu, tetapi engkau tidak memberi dia makan? Tidakkah engkau tahu bahawa jika engkau memberi dia makan, engkau pasti akan mendapatkan (pahala) itu di sisi-Ku…?” (HR Muslim). []
Sumber :Buletin Dakwah Kaffah