Wahai Para Suami Isteri, Berwaspadalah dengan Hubungan Toksik
Penulis: Najmah Saiidah
Hubungan toksik atau toxic relationship masih menjadi perbincangan menarik saat ini, baik berkaitan dengan pasangan suami isteri, keluarga, atau persahabatan. Beberapa pihak menilai salah satu pencetus toxic relationship diantaranya disebabkan oleh keadaan sewaktu pandemik di mana lebih banyak masa yang dihabiskan di rumah bersama pasangan atau keluarga.
Di samping itu ada beberapa tekanan yang menimpa keluarga, iaitu kerana faktor ekonomi ataupun semakin beratnya beban para ibu kerana anak-anak yang mesti bersekolah dalam talian. Hal ini kemudian mempengaruhi kepada pola perhubungan atau komunikasi suami isteri dan juga dengan anggota keluarga lainnya.
Jika secara konsep, banyaknya pertemuan sewajarnya menambahkan kekuatan ukhwah atau hubungan. Akan tetapi, yang terjadi malah sebaliknya, hubungan semakin renggang. Inilah yang mesti keluarga muslim awasi.
Tanda-Tanda Hubungan Toksik (Toxic Relationship )
Sewajarnya, batas antara hubungan sihat dan tidak sihat bukan mudah untuk dikenal pasti. Bahkan, tanda-tanda hubungan tidak sihat atau toksik sering kali tidak kita sedari, tetapi boleh kelihatan jelas bagi orang lain.
Kadang-kadang, pasangan suami isteri boleh merasakan kalau hubungan di antara mereka sebenarnya sudah tidak sihat, terasa hambar. Namun, sukar untuk mengenal pasti jika hubungan di antara mereka mengarah kepada hubungan yang toksik.
Oleh kerana itu, sering sekali hubungan toksik ini bertimbun dahulu sebelum kemudiannya memusnahkan hubungan suami isteri itu. Maka, bagaimanakah cara kita untuk mengenali tanda-tandanya?
- Interaksi yang tidak seperti biasa.
Pernikahan mulai dihinggapi hubungan toksik ketika pernikahan mulai kehilangan rasa cinta. Kebiasaan-kebiasaan baik dalam sebuah hubungan yang sudah biasa dilakukan tidak ada lagi dan ini berlangsung bukan sekejap atau secara tiba-tiba.
Malah, perhatian dan kasih sayang yang biasanya diperlihatkan berubah menjadi rutin. Contohnya, sarapan pagi atau makan malam yang biasanya diselangi cerita keadaan di tempat kerja dan diisi dengan sembang santai dan gurau senda, hanya menjadi rutin untuk memenuhi rasa lapar semata-mata.
- Komunikasi yang tidak mesra dan perhatian hanya sekadarnya.
Hubungan yang sihat dilihat dari komunikasi yang baik, saling membantu, dan menyokong diantara satu sama lain. Namun, ketika hubungan toksik sudah berjalan, pasangan semakin kurang bicaranya, berkata apabila perlu sahaja, dan tidak banyak berkomunikasi. Jika menjawab, singkat sahaja dan ketika ditanya keadaannya, jawapan yang sering terlontar, “Aku baik-baik sahaja. Tiada apa-apa.”
Bahkan, lebih dari itu, kadang-kadang muncul komunikasi yang tidak mesra sebagai tanda hubungan toksik lahir dari yang halus hingga kasar. Misalnya, selalu menyalahkan, terus-menerus mengganggu, serta tidak mendengar dan memahami pasangan. Hingga berbicara dengan suara yang keras, memanggil dengan panggilan yang kurang makruf, bahkan boleh jadi melempar dan menghancurkan barang.
Sering kali, pasangan menjadi tidak mahu terlibat membantu secara emosional mahupun secara fizikal ketika masalah datang. Mencari pelbagai alasan agar dibenarkan tidak terlibat dalam persoalan yang dihadapi pasangan. Ini terjadi disebabkan oleh hilangnya rasa persahabatan yang sihat.
- Sibuk dengan dunia masing-masing.
Toxic relationship membuat masing-masing sibuk dengan agenda sendiri. Mungkin ada suami yang sibuk dengan pekerjaan, hobi, komuniti; atau isteri yang juga sibuk dengan komuniti, mengurus anak, atau dengan dunianya sendiri. Intinya adalah, pasangan yang sudah menghidap hubungan toksik ini telah meminimumkan hubungan antara mereka. Kedua-duanya sudah saling acuh tidak acuh dan memilih untuk sibuk dengan urusan sendiri.
- Sering bertengkar.
Tahap lebih berat lagi dari toxic relationship adalah kerap terjadi pertengkaran. Masalah yang kecil sahaja boleh mencetuskan kekecohan. Hampir sulit menghindari pertengkaran kerana ketegangan hubungan emosi dengan pasangan sudah meninggi. Kalaupun tidak terjadi pertengkaran, hubungan semakin terasa dingin. Dalam situasi yang lebih parah, pertengkaran boleh meningkat menjadi kekerasan dalam rumah tangga baik secara lisan mahupun fizikal.
- Muncul Rasa Kurang Percaya terhadap pasangan.
Pasangan adalah seseorang yang selalu kita percayai dan selalu ada berdekatan kita. Tanpa adanya kepercayaan, sebuah hubungan tidak mungkin terjadi. Bukan hanya percaya bahawa pasangan kita akan setia, tetapi percaya bahawa pasangan kita akan berperilaku demi kepentingan terbaik dalam sebuah hubungan. Jika kepercayaan itu hilang, tidak akan ada lagi rasa bahagia.
- Komunikasi yang tidak mesra.
Komunikasi yang tidak sihat dapat menyebabkan ketegangan dan menciptakan ketidakpercayaan di antara pasangan. Sebaliknya, hubungan asmara yang sihat bergantung pada komunikasi terbuka, menenangkan, dan rasa hormat. Komunikasi terbuka ini membuka kesempatan untuk saling memberi dan menerima sokongan di antara pasangan.
- Sering berbohong.
Kebohongan tidak peduli seberapa kecil, akan mengikis kepercayaan dari masa ke semasa. Hubungan tanpa kepercayaan boleh berakhir kepada hal-hal yang negatif kerana selalu dipenuhi kecurigaan. Jika pasangan sering berbohong kepada kita, ertinya dia tidak menghormati kita sebagai pasangan yang layak mendapat kejujuran dan perhatian. Berbohong yang berulang kepada pasangan menjadi petanda ada sesuatu dalam hubungan kita dengan pasangan. Itulah kenapa kebiasaan buruk ini boleh menjadi salah satu tanda hubungan toksik.
Justeru itu, apa yang mesti dilakukan oleh keluarga muslim untuk mencegah terjadinya situasi ini atau mengatasinya jika kelihatan kemunculan tanda-tanda ini?
Berwaspada terhadap Toxic Relationship
Sudah semestinya setiap pasangan suami isteri dan keluarga muslim berwaspada agar tidak terjebak pada toxic relationship yang boleh mengancam biduk rumah tangganya. Merupakan hal yang baik jika pasangan suami isteri segera muhasabah perjalanan pernikahan ketika kelihatan tanda-tanda toxic relationship ini. Bagaimanapun, perjalanan sebuah pernikahan tidak akan pernah luput dari lambungan ombak atau gelombang masalah. Oleh kerana itu, bahtera rumah tangga ini mesti selalu dijaga.
Kemudian, apa yang boleh kita usahakan agar boleh segera mencegah munculnya toxic relationship atau ketika tanda-tanda itu mulai menunjukkan gejala yang kita boleh membuat jangkaan:
- Menyelami kembali niat dan tujuan kita berkahwin dan bersabar.
Keluarga yang tegak di atas syariat Islam sesungguhnya akan mampu menciptakan ketenangan, ketenteraman, keadilan, dan rasa aman. Suami isteri hidup berdampingan saling kasih dan sayang, serta menjalankan bahtera keluarga selayaknya dua orang sahabat sejati yang selalu berkongsi suka dan duka.
Hanya sahaja ketika kita berhadapan hal yang tidak seperti biasanya berlaku dalam kehidupan perkahwinan kita, ada hal-hal yang hilang atau terasa hambar, komunikasi juga seadanya, maka ada hal penting yang mesti kita ingat.
Bahawasanya tujuan berkahwin dengan pasangan kita adalah untuk mencapai redha Allah SWT, maka bersabarlah dan selalu berusaha memperbaiki keadaan yang masih boleh diperbaiki tentu lebih baik. Kesabaran merupakan langkah utama ketika mulai muncul perselisihan antara pasangan dan Allah akan memberikan kebaikan dengan bersabar.
Allah SWT berfirman
وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ ۚ فَاِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّيَجْعَلَ اللّٰهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا
“Dan bergaullah dengan mereka secara makruf. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” [TMQ An-Nisa (4):19]
Tentang ayat ini, Imam al Qurthubi menyatakan, “(Bila kamu tidak menyukai mereka) iaitu kerana keburukan rupa atau keburukan perangai, tetapi tidak melakukan kekejian (zina) atau kederhakaan (nusyuz), dalam hal ini dianjurkan bersabar, kerana boleh sahaja hal itu menjadi awal Allah memberinya rezeki dari isteri tersebut berupa anak-anak yang soleh.“
- Muhasabah diri dan tidak melakukan andaian.
Adanya sesuatu yang kurang menyenangkan dalam kehidupan perkahwinan kita, sesungguhnya merupakan hal yang wajar, asalkan tidak berterusan. Di sinilah saatnya kedua-dua belah pihak baik suami mahupun isteri melakukan muhasabah diri dan tidak saling menyalahkan. Di antara sikap yang mesti dihindari adalah kerap menyalahkan dan mencari-cari kesalahan pasangan. FirmanNya,
فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا۟ عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّۭا كَبِيرًۭا
“Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.“ [TMQ An-Nisa(4): 34]
Ketika ada situasi yang bukan kebiasaannya dilakukan oleh pasangan, kita juga tidak boleh membuat andaian Pada asasnya, manusia memang cenderung untuk membuat andaian kerana ia dianggap dapat mempercepatkan keputusan yang diambil.
Sedangkan, keadaan ini sangat berbahaya. Bagaimana jika andaian itu salah? Lebih-lebih lagi, apabila keputusan tersebut mempengaruhi hubungan dengan pasangan. Alangkah baiknya kita bertanya untuk mengetahui apakah masalah yang sebenar.
- Jujur dan terbuka terhadap pasangan.
Jujur dan bersikap terbuka terhadap pasangan akan menjauhkan rumah tangga dari toxic relationship. Oleh itu kita mesti berusaha untuk boleh menceritakan hal-hal penting apa pun yang berkaitan dengan rumah tangga kita kepada pasangan.
Ketika kita cuba berselindung informasi dari pasangan, itu dapat menghancurkan kepercayaan yang telah dibangun dalam perkahwinan. Keadaan ini boleh jadi menjadi awal dari hubungan yang tidak sihat dalam kehidupan perkahwinan, nauzubillah.
Selain tidak berbohong, pastikan kita juga tidak menyembunyikan sesuatu apa pun dari pasangan. Membiasakan diri untuk berbincang apabila timbul masalah dalam keluarga, merupakan perkara baik yang mesti terus kita jaga sehingga tidak memberi peluang munculnya hubungan yang tidak sihat dengan pasangan.
- Saling percaya.
Kepercayaan sangat diperlukan dalam sebuah pernikahan. Dengan saling mempercayai, biiznillah ikatan kita dan pasangan tumbuh lebih kuat bersama dalam suatu hubungan. Kita perlu memiliki kepercayaan sepenuhnya kepada orang yang kita sayangi walau kekadang tidak mudah untuk melakukannya.
Saling memberi kepercayaan kepada pasangan akan membuat hubungan pernikahan berjalan indah dan tenteram. Tentu sahaja hal ini akan terwujud jika keduanya menjadikan hukum syarak sebagai paksi dalam malayari bahtera rumah tangga yang mana mereka Bersama-sama mengharungi lautan kehidupan.
- Menjalin komunikasi yang baik dengan pasangan.
Komunikasi juga menjadi faktor penting terpeliharanya hubungan yang sihat di antara pasangan. Komunikasi menjadi jambatan membentuk kepercayaan. Dengan komunikasi, pasangan suami isteri akan lebih boleh menentukan langkah ke hadapan menuju kebahagiaan yang diingini. Lebih dari itu, komunikasi menjadi salah satu kunci utama dalam sebuah pernikahan, yang akan membebaskan pasangan itu dari rasa curiga, fikiran negatif, keraguan, dan kecemasan lain.
Sebaliknya, tanpa komunikasi yang baik, maka saling mempercayai akan sulit terbentuk sehingga ketenteraman dan kebahagiaan dalam keluarga bakal sukar dicapai, yang ada saling menyimpan kegundahan yang satu kepada yang lain. Maka hal ini sangat berbahaya bagi sebuah hubungan.
Khatimah
Setiap pasangan suami isteri selalu berharap bahtera rumah tangganya mampu mengharungi samudera kehidupan dengan baik, tanpa goyah sedikit pun sehingga memperoleh kebahagiaan dan ketenangan. Namun, dalam perjalanan mewujudkan keinginan tersebut bukanlah satu perkara yang mudah.
Sehubungan itu, diperlukan usaha dari kedua-dua belah pihak untuk sentiasa berada dalam hubungan yang sihat dan tidak terjebak dalam toxic relationship. Perkara terbaik yang dapat dilakukan adalah dengan selalu kerap berkomunikasi dan berdiskusi dengan pasangan. Wallahu’alam bissawab.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#ToxicRelationship