[Aktiviti] Talk show Keluarga Muslim Ideal: Benteng Akhir Krisis telah diadakan pada 7 September 2025 di Bandar Baru Bangi. Talk show ini dikendalikan oleh Puan Ummu Zahra selaku moderator, dan menghadirkan dua ahli panel jemputan iaitu, Ustazah Ain dan Ustazah Ummu Huda.
Ustazah Ain selaku ahli panel pertama telah membentangkan tentang realiti dan krisis yang melanda keluarga Muslim masa kini. Diantara realiti dan krisis utama adalah terkait pengaruh media sosial yang banyak menyebarkan budaya ‘hyper-sexualization’dan peniruan ‘influencer’ sehingga menimbulkan krisis identiti.
Sementara ahli panel kedua pula menjelaskan tentang kepentingan peranan ketua keluarga dalam pendidikan anak-anak. Beliau turut berkongsi kisah keluarga dalam al-Quran sebagai panduan terbaik yang dapat diteladani oleh ibubapa Muslim.
Justeru, ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam membentuk jati diri dan nafsiyah yang unggul terhadap anak-anak sebagai bakal generasi masa depan. Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam membangun visi keluarga Muslim sejati.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat































