Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha Hanya Menghasilkan Kecaman dan Penyesalan
Sebagai respons terhadap serangan udara Zionis Yahudi ke atas Qatar beberapa waktu lalu, Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam telah mengadakan pertemuan di Doha, Qatar, pada Isnin (15-9-2025).
Sidang kemuncak tersebut berakhir dengan kenyataan rasmi yang secara tegas mengutuk serangan penjajah Zionis serta menyatakan solidariti penuh terhadap Qatar.
Jurucakap Hizbut Tahrir wilayah Pakistan menzahirkan rasa kesal kerana sidang kemuncak tersebut hanya mengecam dan menyatakan penyesalan. “Kecaman itu, bahkan bukan ditujukan untuk para syuhada yang gugur di Doha dan Gaza, sebaliknya hanya merujuk kepada dakwaan serangan terhadap kedaulatan Doha,” ujarnya melalui Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Isnin (15-9-2025).
Beliau menambah bahawa, setelah bilangan syahid di Gaza melebihi puluhan ribu, sidang kemuncak itu tidak mengeluarkan kecaman atau kutukan; sebaliknya hanya mengeluarkan satu kenyataan yang mengutuk serangan Zionis di Doha dan menyifatkannya sebagai pengecut.
“Manakala deklarasi penutup mereka, ia tidak menyimpang daripada dasar pengecut yang telah mereka terapkan. Perkara ini tidak terlepas daripada kehadiran ejen Amerika dalam pertemuan tersebut yang menegaskan apa yang menjadi perhatian mereka, iaitu memerangi Islam dan kaum muslim,” ulasnya.
Jurucakap rasmi Presiden Mesir yang hadir pada acara itu, menurut beliau, menegaskan bahawa Mesir mengutuk segala bentuk keganasan dan ekstremisme, serta menolak segala bentuk aktiviti yang mengancam keselamatan dan kestabilan.
“Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan memuji peranan aktif Mesir dalam meredakan ketegangan serantau, memuji usaha pengantaraan Kaherah untuk mencapai gencatan senjata di Gaza. Juga memuji usaha Mesir untuk meringankan penderitaan orang awam, serta peranannya dalam memudahkan persetujuan untuk meneruskan kerjasama antara Iran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa,” tambahnya.
Beliau berasa prihatin kerana semua ini berlaku di tengah-tengah darah umat yang mendidih akibat kekejaman Zionis terhadap Gaza dan seluruh Palestin.
Menjadi Jelas
Jurucakap itu kemudian menegaskan bahawa teka-teki ini telah menjadi jelas bagi semua pihak, baik yang dekat mahupun yang jauh. “Mereka bukanlah pemerintah umat Islam yang jujur dan ikhlas. Sebaliknya, mereka adalah ejen-ejen kuasa kolonialis Barat dan penjaga setia penjajahan Zionis.”
Menurut beliau, fungsi sebenar pemerintah-pemerintah Arab adalah untuk melindungi kepentingan Barat di negeri-negeri Muslim dan melindungi entiti Zionis yang biadap. “Mereka juga berusaha menghalang penyatuan umat Islam dan pembentukan institusi Islam iaitu Khilafah, yang berlandaskan kepada petunjuk kenabian,” jelasnya.
Beliau berharap agar tentera Muslim di negeri-negeri Muslim dapat membebaskan pemerintah mereka daripada pengaruh Barat. “Merupakan kewajipan syariat bagi para pegawai yang ikhlas dalam angkatan bersenjata Pakistan untuk memperluaskan nusrah (sokongan ketenteraan). Inilah satu-satunya tindakan yang akan membersihkan hati nurani mereka, mengembalikan martabat mereka, dan menghormati kewajipan syariat mereka yang kesemuanya telah tercemar oleh para pemimpin ruwaibidhah (orang-orang bodoh yang mencampuri urusan awam) ini,” ujarnya.
Beliau mengingatkan bahawa jika para tentera itu terus berdiam, mereka akan tenggelam dalam kehinaan dan rasa malu di dunia sebelum tenggelam di akhirat.
“Bilakah para pegawai yang ikhlas akan menyokong Allah SWT dan Rasul-Nya dengan memperluaskan nusrah kepada parti berideologi (Islam) yang akan menegakkan Khilafah dan memerintah dengan segala yang telah diturunkan oleh Allah SWT?” soalnya secara retorik.
Khilafah, tambah beliau, akan mempersiapkan pasukan dan memimpin pembebasan Tanah Suci Palestin, menuntut pembalasan bagi pihak para ibu, kanak-kanak, dan orang tua yang sedang berduka serta menguburkan penjajah Zionis di kubur yang digalinya sendiri.
Akhir sekali, beliau menegaskan bahawa tentera yang menyokong Allah SWT dan Rasul-Nya akan memperoleh kehormatan, diselamatkan daripada azab akhirat, dan meraih kebahagiaan syurga.
“Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir di sekitarmu, dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa.” Beliau akhiri dengan membaca Surah At-Taubah ayat 123
#sidangkemuncakDoha #Freepalestin #retorik #ejenZionis #ejenBarat #hipokrasi