Sudan: Satu Lagi Contoh Kegagalan Nasionalisme
(Terjemahan)
Menurut undang-undang yang mengatur sistem semasa, setiap bangsa berhak memilih undang-undang yang mentadbir mereka – dan dengan itu, setiap bangsa berhak memiliki sebuah negara. Konsep ini membawa kepada gelombang kemunculan negara baru pasca Perang Dunia Kedua, apabila negara sedia ada berpecah dan hasilnya, lahirlah kekacauan yang kita lihat hari ini.
Sejak tahun 1945, sekurang-kurangnya 34 negara baru telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini terhasil daripada gelombang nasionalisme yang melanda seluruh dunia sepanjang dekad pertengahan 1990-an. Sempadan-sempadan khayalan dilukis untuk memberikan pelbagai kelompok hak merdeka dan berkerajaan sendiri, hingga negara seperti Sudan yang sebelumnya bersatu turut jatuh ke kancah konflik dan kekacauan.
Walau bagaimanapun, pembahagian baru itu tidak menyelesaikan masalah yang wujud, sebaliknya merumitkan mereka. Dalam kes Sudan, salah satu cara memahami komplikasi ini adalah dengan melihat kepada sektor perindustrian dan sektor minyak mereka. Ia merupakan teras utama negara asal dan kemudian menjadi tunjang kepada kedua-dua ekonomi yang baru dibentuk. Masalahnya ialah, sempadan yang baru telah meruntuhkan industri minyak Sudan yang dahulunya berpusat. Di negeri-negeri yang baru terbentuk, Selatan memiliki sebahagian besar telaga minyak, tetapi Utara menguasai infrastruktur eksport termasuk saluran paip dan penapisan. Jadi, Sudan Selatan yang baru telah menjadi daratan yang terkurung. Ia tidak memiliki akses kepada laut dan bergantung pada saluran paip Sudan ke Laut Merah. Perkara ini telah membawa kepada pertikaian mengenai caj transit, yang berulang kali menjejaskan eksport minyak – eksport yang masih menjadi nadi ekonomi kedua-dua negara. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Sudan Selatan menghentikan pengeluaran minyak kerana perselisihan ini, dan ia menjadi satu langkah yang memberi kesan besar kepada pendapatan kedua-dua negara. Walaupun perjanjian telah dibuat untuk menyambung semula eksport, ketegangan dan kesulitan ekonomi masih berlarutan.
Jadi, sejak 2011, apa yang kita lihat adalah dua negara berasingan yang sangat bergantung antara satu sama lain. Mereka mempunyai sumber, tetapi kekurangan pembangunan yang diperlukan untuk memanfaatkannya. Justeru, walaupun menguasai kira-kira 8 bilion tong minyak, mereka tetap dilanda kemiskinan yang melampau.
Keadaan ini boleh berubah sekiranya kedua-dua negara bersatu dan stabil. Tetapi ini tidak mungkin berlaku di bawah sistem Kapitalis sekarang kerana sistem ini hanya memburukkan lagi konflik antara rakyat, kemudian memberikan mereka sistem pemerintahan yang menggalakkan idea seperti “survival of the fittest”, yang terus menyemarakkan ketegangan dalaman dan antara negara.
Bagi mengubah keadaan di Sudan, dan memastikan negara itu mencapai kestabilan politik serta mampu berkembang dari sudut ekonomi, ia perlu dikembalikan di bawa kembali ke bawah panji Islam. Dengan itu, sektor minyaknya boleh dimanfaatkan dengan betul, sektor pertaniannya boleh dibangunkan, sektor perlombongan dan perindustriannya boleh berkembang, serta infrastrukturnya dalam perdagangan boleh dipertingkatkan.
Semua ini dapat dilakukan di bawah pimpinan Khalifah dan pentadbirannya yang memahami kewajipan mereka untuk membangunkan wilayah-wilayah dalam Daulah Islam, serta memanfaatkan sumbernya demi kepentingan umat Islam. Mereka akan berdosa jika mengabaikan tanggungjawab ini.
Potensi pembangunan Sudan adalah nyata. Ia berupaya menjadi pengeluar dan pengeksport makanan utama dengan tanah subur yang luas, kira-kira 84 juta hektar, walaupun kurang daripada 20% yang dibangunkan. Antara tanaman utamanya termasuk kapas, kacang tanah, bijan, jagung, gandum, dan tebu. Sudan juga kaya dengan sumber mineral seperti emas, asbestos, kromium, mika, kaolin, dan tembaga. Ia turut memiliki infrastruktur untuk beberapa industri ringan seperti pemprosesan pertanian, pemasangan elektronik, plastik, perabot, dan pengeluaran tekstil.
Negara ini mempunyai keupayaan untuk membekalkan sumber kepada seluruh tanah Muslim, sembari turut mendapat manfaat daripada apa yang mereka tawarkan. Hal ini memandangkan ia berada di lokasi strategik antara negara-negara Teluk dan Afrika Barat, serta memiliki akses ke Laut Merah.
Pelabuhan utama Sudan ialah Pelabuhan Sudan, sebuah pelabuhan semula jadi air dalam yang mampu mengendalikan kapal besar. Ia menyokong pelbagai jenis kargo termasuk kontena, barangan pukal, dan minyak. Bersama pelabuhan Sudan yang lain, ia menyediakan Sudan hubungan langsung kepada laluan perkapalan antarabangsa melalui Laut Merah. Ini bukan sahaja menghubungkan Sudan dengan jirannya di Afrika, tetapi juga dengan pasaran Timur Tengah termasuk bandar pelabuhan Jeddah di Arab Saudi. Keadaan ini penting kerana jiran Sudan kebanyakannya negara daratan yang terkurung tanpa perairan, dan memerlukan akses laut Sudan untuk berdagang dengan dunia Muslim lain . Bukan hanya di Afrika dan Timur Tengah tetapi juga Asia, Eropah, dan Teluk Parsi, melalui kedudukan strategik Sudan di Laut Merah dan berhampiran dengan laluan Terusan Suez.
Disebalik situasi yang bergolak, infrastrukturnya masih beroperasi. Sudan kini mengeksport minyak mentahnya ke UAE dan Malaysia melalui Terminal Marin Bashayer dan Terminal Marin PLOC. Eksport ini dihantar melalui infrastruktur pelabuhan Sudan di Laut Merah, dan sebahagian besarnya terdiri daripada minyak mentah yang dihasilkan di Sudan Selatan.
Oleh yang demikian, potensi sememangnya ada untuk wilayah ini berkembang sebagai sebahagian penting daripada Daulah Islam. Setelah tanah-tanah kaum Muslim disatukan semula, Sudan akan dapat berdagang dengan seluruh umat Islam. Hal ini signifikan kerana Sudan bukanlah satu-satunya negara yang diberkati dengan sumber semula jadi yang cukup untuk memenuhi banyak permintaan global hari ini, malah seluruh benua Afrika dikurniakan sumber sedemikian; benua itu memiliki kira-kira 30% rizab mineral dunia termasuk kobalt, emas, platinum, dan tembaga. Ia juga mempunyai kira-kira 8% simpanan minyak dunia dan sekitar 12% simpanan gas asli global.
Jika kita melihat negara jiran Sudan, ada Mesir yang kaya dengan gas asli dan minyak, serta memiliki Sungai Nil yang menjadi sumber air penting. Eritrea pula mempunyai sumber mineral yang besar termasuk emas, tembaga, dan potash, manakala Ethiopia memiliki potensi tenaga hidro, tanah pertanian, dan mineral. Republik Afrika Tengah kaya dengan berlian, emas, dan uranium, sementara Chad dan Libya pula dengan sumber minyak yang melimpah.
Namun, disebalik semua kekayaan dan potensi ini, Afrika masih menjadi rumah bagi negara-negara termiskin di dunia. Bersama Sudan dan Sudan Selatan, negeri-negeri lain turut dihantui konflik dan kematian. Sumber mereka dicuri dan dieksploitasi.
Di bawah Negara Khilafah, keadaan ini akan berubah. Daulah Islam akan kembali menunaikan kewajipan membangunkan sumber bumi, supaya kita (sebagai umat) mampu berdikari dan tidak bergantung atau dieksploitasi oleh negara musuh. Ini penting, kerana Islam melarang memberi sebarang kelebihan kepada musuh-musuhnya. Dan jelas seperti yang kita lihat, perkara ini boleh dicapai, jika kita mempunyai seorang pemimpin yang menyatukan kaum Muslimin di Sudan serta meredakan ketidakstabilan dan kekacauan yang berlaku.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Fatima Musab
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#sudan #krisissudan #sudancrisis