[Khilafah Rasyidah] Mengenal Khilafah Rasyidah (Muqaddimah) (Bahagian 1/2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Peristiwa paling agung dalam sejarah umat manusia adalah sejak Nabi Adam as. hingga awal tahun pertama sejak hijrahnya Nabi Muhammad SAW ke Madinah al-Munawwarah. Setelah beliau diangkat menjadi Rasul adalah peristiwa berdirinya Daulah Islamiah. Peristiwa itu merupakan hentakan sangat kuat yang gaungnya menggoncang dunia beserta umat manusia yang ada di dalamnya.
Kebangkitan semula Khilafah Rasyidah yang kedua, yang telah dijanjikan pasti akan berdiri, juga akan menjadi peristiwa paling agung sejak tertegaknya Daulah Islamiah yang pertama hingga ke zaman kita sekarang. Dengan tertegaknya kembali Khilafah Rasyidah yang kedua itu, akan berlaku goncangan yang dahsyat, persis seperti yang terjadi ketika Daulah Islamiah pertama didirikan. Gemanya akan merentasi seluruh manusia di muka bumi ini.
Akan tetapi, peristiwa agung satu-satunya itu tidak akan pernah terbebas dari berbagai cabaran yang menghadang sejak awal mula berdirinya. Hal itu sama seperti yang dialami oleh Daulah Islamiah pertama, yang tidak luput dari berbagai cabaran dan kesulitan besar yang berdiri menghadang jalan pendiriannya, penegakannya, kelahirannya, dan pancaran cahayanya.
Setiap pemikiran baru yang ingin diwujudkan dalam bentuk praktikal secara nyata, pasti tidak bebas dari berbagai cabaran besar yang menghadangnya. Begitu pula perubahan yang hendak dilakukan terhadap berbagai tradisi dan pemikiran yang ada. Namun, bagaimana jika perkara itu adalah kelahiran Daulah Islamiah yang ditakuti oleh seluruh “kader” pengusung kekufuran, berserta seluruh negara dan institusi fizikalnya yang ada di muka bumi ini?
Para Nabi dan Rasul telah menghadapi berbagai cabaran yang enggan dipikul oleh gunung-gunung yang kukuh sekali pun. Hal itu terjadi di tengah-tengah usaha para Nabi dan Rasul menghadapi realiti yang rosak dengan menggunakan pemikiran yang kuat dan berpetunjuk. Di antara para Nabi dan Rasul itu, cabaran yang paling besar adalah apa yang dihadapi utusan untuk umat ini, iaitu Muhammad ﷺ.
Sebelum berdirinya Daulah Islamiah, iaitu selama tahapan dakwah, Rasulullah SAW menghadapi berbagai cabaran besar. Beliau bersama para sahabatnya berhasil melangkaui cabaran tersebut dengan bekal keimanan dan kesabaran, serta berkat pertolongan Allah SWT yang diturunkan kepada mereka menuju suatu kebaikan. Akan tetapi kebaikan itu belum aman dan segera tersebar ke luar, walaupun pemimpinnya adalah manusia terbaik dan disertai oleh generasi manusia-manusia terbaik di muka bumi ini.
Rasul SAW di Madinah al-Munawwarah menghadapi lebih dari satu kali percubaan penghancuran, iaitu dalam peperangan Badar al-Kubra dan Khandaq. Rasul SAW juga menghadapi permusuhan yang dilancarkan pihak Quraisy beserta kabilah-kabilah Arab yang mengelilingi Madinah. Rasul SAW juga pernah menghadapi embargo ekonomi dan permusuhan secara idea dalam segala bentuknya.
Rasul SAW pernah menghadapi berbagai masalah dan cabaran di dalam negeri, seperti masalah penyediaan bahan makanan, penyediaan persenjataan, aktiviti untuk mewujudkan kestabilan dalam negeri, usaha meleburkan berbagai kabilah dalam wadah Islam, menyelesaikan berbagai bentuk kerosakan warisan sistem sebelumnya, dan kesulitan-kesulitan lainnya.
Seandainya Allah SWT tidak menolong kelompok orang mukmin dan penghulu para Nabi dan Rasul, pastilah kelompok orang-orang mukmin itu akan tercerabut dari muka bumi ini hingga akar-akarnya dan tidak akan pernah kembali lagi.
Sebelum kami mula memaparkan contoh-contoh cabaran dan kesulitan yang akan dihadapi dan akan menghadang di hadapan Daulah Islamiah yang telah dijanjikan, terlebih dahulu perhatian para pengemban dakwah hendaklah diarahkan kepada satu perkara yang penting, iaitu bahawa Khilafah dan perjalanannya setelah berdiri tidak akan tersebar dengan cepat dan mudah, tetapi sebaliknya akan berat.
Cabaran-cabarannya juga besar sebagaimana besarnya taraf keagungan peristiwa agung itu, serta kedahsyatan bahayanya terhadap sistem-sistem kufur, ideologi, dan negara-negaranya yang telah usang.
Tidak berlebihan jika kami katakan bahawa reaksi negara-negara kufur itu akan sampai pada tahap reaksi orang yang mempertahankan diri dari kematian dan orang yang sedang menjaga eksistensi dirinya. Reaksi mereka itu akan terang-terangan, menentang, dan keras dalam semua cara yang dimiliki oleh kaum kafir dan dalam berbagai medan.
Pemaparan tentang berbagai cabaran yang besar dan keras ini, bukan bererti meremehkan daulah atau mengecilkan kemampuan daulah untuk menghadapinya. Akan tetapi maknanya adalah mewujudkan persiapan dan menyiapkan diri.
Juga menyusun strategi secara pemikiran dan praktikal yang dapat membantu kita dalam mempersiapkan peristiwa agung itu dan menghadapi bahaya serta cabaran yang menghadangnya.
Hal itu sama sama sebagaimana yang telah dipersiapkan oleh para pengemban dakwah sebelumnya. Maknanya adalah pengkajian dalam bentuk pemikiran secara sempurna, dalam perincian tatacara perjuangan sebelum berdirinya daulah. Juga tentang konstitusi/perlembagaan yang dengannya daulah akan memerintah sesuai dengan sistem-sistemnya, baik politik, ekonomi, pergaulan, dan lainnya.
Cabaran-cabaran dan kesulitan-kesulitan yang mungkin muncul setelah berdirinya daulah tidak kurang mendesak dari cabaran dan kesulitan yang ada sebelum berdirinya daulah. Bahkan seperti yang telah kami katakan, cabaran dan kesulitan setelah berdirinya daulah, justru lebih dari cabaran-cabaran sebelum daulah berdiri, baik dalam jumlah maupun bentuknya.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.