[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 3/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 2/6)
- Menyeru Bangsa-bangsa Kaum Muslim dan Kaum Kafir secara Baik
Kami telah menyebut di awal perbincangan bahawa negara-negara kafir akan menggunakan apa sahaja yang mereka mampu untuk menghasut pandangan umum (opini umum) antarabangsa dan menghasut negara-negara jiran negara itu, termasuk negara-negara Islam. Dalam hal ini, negara-negara kafir akan menggunakan pembohongan, menyesatkan, dan propaganda terhadap Negara Islam.
Di sinilah pentingnya seruan yang baik kepada negara-negara untuk menerangkan realiti apa yang sebenarnya. Ini mungkin termasuk dalam cara dan kaedah berikut:
Pertama, mendirikan pelbagai stesen penyiaran, baik radio mahupun televisyen, lalu mengarahkannya ke negara-negara jiran. Jika stesen itu dirosakkan, negara akan mengadakan stesen-stesen rahsia sebagai pengganti. Jika memungkinkan, stesen penyiaran itu akan didirikan sehingga di dalam wilayah negara-negara jiran.
Kedua, memanfaatkan segala sarana yang ada untuk menyampaikan seruan Daulah, penjelasan mengenai hakikat apa yang terjadi, serta penjelasan tentang berbagai pembohongan dan penyesatan yang dilakukan oleh kaum kafir dalam menentang Daulah.
Usaha ini juga boleh dilakukan melalui internet dan pelbagai medium penerangan. Ia juga boleh dilakukan dengan menjalin hubungan dengan individu-individu berpengaruh di dalam wilayah negara-negara jiran. Jika memungkinkan, pelbagai seminar, kajian, atau ceramah boleh diadakan di masjid-masjid, dewan mesyuarat, dan sebagainya. Di sinilah terdapat peranan penting daripada para penggerak dakwah di negara-negara kaum Muslim untuk menggerakkan umat berjuang menggabungkan negeri-negeri mereka ke dalam Daulah Islamiah.
Hakikatnya, masalah penyampaian seruan kepada bangsa-bangsa negeri kaum Muslim dilakukan sesuai dengan keadaan-keadaan yang memungkinkan. Masalah itu tidak mungkin dihadkan hanya dalam satu atau dua sarana saja. Akan tetapi dimungkinkan untuk mengehadkan karakter seruan yang terencana itu dalam poin-poin yang akan dijelaskan berikut ini:
Karakter Seruan yang Diarahkan kepada Negeri-negeri Islam
Pertama, penjelasan tentang sifat Daulah Islamiah yang telah didirikan. Sebabnya, media-media pihak lawan akan berusaha melemparkan segala macam tuduhan terhadap Daulah Islamiah yang baru tumbuh itu. Hal ini persis seperti para pemimpin Quraisy dahulu yang berusaha memesongkan imej Daulah Islamiah di mata orang-orang Arab.
Pemimpin Quraisy menyebarkan berbagai propaganda, misalnya bahawa Daulah Islamiah melanggar kehormatan bulan-bulan haram. Daulah Islamiah menyekat laluan-laluan perdagangan. Daulah Islamiah ingin menghancurkan institusi-institusi yang ada di sekitarnya, menguasai kekayaannya, serta pelbagai tuduhan lain yang cuba disangkutkan oleh para pemimpin Quraisy kepada Daulah Islamiah di Madinah al-Munawwarah.
Oleh itu, penjelasan dan penerangan kepada negara-negara di sekitar Daulah Islamiah wajib dilakukan dengan sangat cepat. Ini kerana penundaan dalam hal ini bermakna membuka kemungkinan kepada para pemimpin negara-negara sekitar untuk menyebarkan racun dan menggoncang para tentera. Akibatnya, para pemuda bangsa-bangsa di sekitar itu akan menentang Daulah Islamiah yang baru tumbuh.
Dengan demikian, secepat mungkin dan dengan segenap sarana yang tersedia, perlu dijelaskan hakikat (jati diri) para penguasa negara-negara tetangga Daulah Islamiah. Begitu juga dengan makar mereka bersama negara-negara kafir (darul kufur) untuk menghancurkan Daulah Islamiah.
Kedua, jika sebahagian negara-negara tetangga tetap nekad menggerakkan tentera mereka ke arah perbatasan Daulah Islamiah, Daulah Islamiah dalam situasi ini akan mengarahkan seruan kepada kaum muslim di antara para syabab (kaum lelaki) negara-negara tersebut untuk menentang tindakan para pemimpin politik atau tentera negaranya. Begitu juga seruan tersebut, dengan segenap cara dan sarana yang memungkinkan, diarahkan kepada orang-orang ikhlas di antara anggota tentera negara-negara tersebut.
Seruan itu hendaklah seruan yang meyakinkan, menyentuh, dan berpengaruh. Di dalamnya dijelaskan hukuman di dunia dan di akhirat bagi orang yang menentang Islam. Juga dijelaskan hukuman dan seksaan bagi sesiapa yang membunuh orang yang membela Islam dan umat Islam. Setelah penjelasan itu, anggota-anggota pasukan negara-negara tersebut diseru untuk mengingkari perintah-perintah dan berbagai ketetapan yang bersifat melawan umat Islam serta meruntuhkan sistem yang mereka terapkan.
Ketiga, mengingatkan umat Islam terhadap bencana dan malapetaka yang ditimbulkan oleh para penguasa kaki tangan kafir terhadap mereka. Bencana dan malapetaka tersebut berupa kehinaan dan kemunduran yang menimpa umat Islam, serta rompakan kekayaan dan perampasan berbagai kemaslahatan mereka. Seruan ini diarahkan kepada semua bangsa dengan metode yang mengobarkan kebencian kepada negara-negara ejen kafir. Begitu juga bangsa-bangsa itu diingatkan akan makna pembebasan dari kehinaan dan ketundukan kepada imperialis.
Keempat, setelah gelombang kekacauan yang muncul dari negara-negara tetangga reda dan bahayanya pun telah lenyap, maka seruan diarahkan untuk menumbangkan pemerintahan ejen-ejen kafir itu dan menggabungkan wilayahnya ke dalam Daulah Islamiah yang baru.
Dalam hal ini ada dua jenis seruan. Pertama, seruan kepada para penguasa untuk mencampakkan kehinaan dari diri mereka sendiri, iaitu kehinaan berupa ketundukan kepada imperialis. Kedua, seruan untuk tidak menentang bangsa-bangsa dalam kecenderungannya untuk bergabung ke dalam pangkuan Daulah Islamiah.
Para penguasa itu diingatkan akan perkara yang telah menimpa para penguasa terdahulu, di mana bangsa (kaumnya) sebaliknya bangkit menentangnya dan mencampakkannya seperti sandal yang ditanggalkan kaki. Kemudian negara-negara kafir menolak mereka, setelah mereka dibuang oleh bangsa mereka sendiri.
Mereka juga boleh diingatkan kepada peristiwa yang terjadi pada Syah Iran ketika bangsa Iran menentangnya. Kemudian dia lari ke negara-negara Eropah hingga pada akhir pelariannya, dia bahkan tidak mampu mendapatkan tempat untuk dikuburkan. Para penguasa itu diingatkan bahawa jalan terbaik untuk mendapatkan keselamatan adalah membebaskan diri dari ketundukan kepada imperialis dan bergabung dengan Daulah Islamiah.
Jika sebahagian para penguasa itu menolak atau boleh jadi tidak ada yang menolak, dalam keadaan ini seruan diarahkan kepada anggota-anggota tentera dan bangsa di negara-negara itu secara bersamaan untuk bangkit bersatu padu menentang para penguasanya, menumbangkan, serta menginjaknya dengan kaki, seperti seekor kumbang kecil.
Kelima, seruan Islami yang penuh semangat diarahkan kepada seluruh aktivis gerakan-gerakan Islam yang ada di negara-negara tetangga agar menjauh dari berbagai kesesatan dan pembohongan para penguasa. Juga agar bersama-sama dengan para aktivis yang ikhlas, mereka bangkit meninggalkan dan mengakhiri kepimpinan bejat itu, lalu bergabung ke pangkuan Daulah Islamiah.
Di dalam seruan itu, mereka diminta untuk bergabung dengan para aktivis parti di seluruh negeri Islam untuk mengemban risalah ini. Seruan yang diarahkan kepada para aktivis gerakan Islam itu difokuskan pada beberapa perkara berikut.
- Wajib bergabung ke pangkuan Daulah Islamiah dan berjuang untuk tujuan tersebut. Sebabnya, kesatuan negeri-negeri kaum muslim adalah wajib.
- Wajib berdiri menentang para penguasa ejen. Ini kerana para penguasa itu adalah musuh yang memerangi seluruh kaum muslim, termasuk para aktivis gerakan-gerakan Islam itu sendiri.
- Mengobarkan masalah kesatuan perjuangan Islam pada posisi ini. Sebabnya, masalah itu tidak ada perbezaan antara sebahagian kaum muslim dengan yang lain.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.