[Aktiviti] Mini Talk “Dari Rumah ke Jannah” telah diadakan pada 12 Oktober 2025 (Ahad). Acara ini telah dikendalikan oleh Cik Nurdiyana selaku moderator dan ahli panel Puan Nurul Ilmi dengan kehadiran tetamu seramai 70 orang.
Puan Nurul Ilmi telah memulakan perbincangan dengan cetusan persoalan berhubung perbezaan cabaran dalam kehidupan pada masa dahulu dan sekarang serta perspektif Islam dalam menangani cabaran tersebut.
Cetusan ini mendapat respon yang memberangsangkan daripada beberapa tetamu jemputan melalui perkongsian pengalaman dalam menghadapi cabaran serta peranan yang dimainkan sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu dan menantu.
Seterusnya tetamu jemputan Puan Zulaikha tampil mengupas persoalan tersebut menyatakan bahawa permasalahan yang muncul bertitik tolak akibat kurangnya ketakwaan individu dan sikap masyarakat yang tidak ambil peduli. Semua ini adalah akibat daripada pengaturan sistem kehidupan yang mengasingkan agama dari kehidupan (sekular) yang diterapkan dalam kehidupan.
Tambah beliau, para muslimah perlu bangkit berusaha melakukan perubahan secara bersama dengan cara mencari ilmu bagi meningkatkan ketakwaan individu dan mula membiasakan perbuatan amar makruf nahi mungkar untuk membawa kepada kepedulian masyarakat.
Beliau menyimpulkan bahawa sebenarnya masyarakat memerlukan sistem pengaturan kehidupan berlandaskan al-Quran dan Sunnah bagi menggantikan sistem sekular yang mengatur kehidupan saat ini.
Mudah-mudahan dengan berakhirnya acara ini, para tetamu yang hadir beroleh manfaat dan berusaha menjadi hamba yang lebih baik. Sekaligus dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah yang mampu mengemudikan peranannya dalam keluarga dengan baik.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat










