[Khilafah Rasyidah] Politik Pengaburan dan Penyesatan (Perang Pemikiran)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Dalam perbincangan sebelum ini, telah kami sebutkan jenis pertama dari cabaran luar negeri yang akan dihadapi oleh Khilafah yang telah dijanjikan, iaitu perang fizikal. Kami juga telah menyentuh tentang kaedah atau metode untuk menangkis, menyerang, dan tetap teguh dalam menghadapinya.
Sekarang kami akan memaparkan jenis cabaran luar negeri yang kedua, iaitu politik pengaburan (atau penyembunyian) dan penyesatan, serta perang pemikiran dengan segala bentuknya.
Sebelum kita mengupas jenis cabaran yang akan datang setelah berdirinya Daulah Khilafah ini, kami ingatkan kembali apa yang dilakukan oleh kaum kafir hari ini. Mereka melakukan politik pengaburan dan penyesatan, serta perang pemikiran dalam segala bentuk dan coraknya. Semua itu dilakukan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiah.
Perang penyesatan yang dimanfaatkan oleh negara-negara kafir saat ini untuk menghalang manusia dari jalan Allah itu besar, serta banyak corak dan gambarannya. Di antaranya adalah pengaburan deskripsi tentang Islam dan para aktivis kaum muslim. Di antaranya juga dalam bentuk berbagai tulisan yang diulang-ulang ditulis oleh orang-orang yang berpengaruh.
Salah satunya adalah apa yang dilakukan Amerika dan negara-negara kafir dengan merekayasa suatu peristiwa, kemudian mengaitkannya dengan umat muslim. Kemudian mereka mempropagandakan bahawa Islam adalah agama keganasan, manakala kaum muslim pula adalah pengganas yang bertujuan untuk memusnahkan bandar-bandar, membunuh manusia, dan mengembalikan umat manusia ke zaman kegelapan seperti abad pertengahan Eropah.
Penyesatan dan pengaburan itu sangat ketara semasa peristiwa 11 September 2001. Pada ketika itu, AS mula menggerakkan tentera secara besar-besaran untuk menentang Islam dan umat Islam di seluruh dunia dan di dalam AS sendiri. AS malah telah melancarkan peperangan yang direkayasa di Afghanistan dan Iraq dengan alasan dusta tersebut.
AS bahkan terus membuat kerosakan, kehancuran, dan kemusnahan di Afghanistan dan Iraq. Amerika juga terus merompak kekayaan negara tersebut dan menguasai seluruh kekayaannya di bawah slogan dusta, iaitu war on terror (perang melawan terorisme).
Masalah ini seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya, bukanlah hal baru di dalam sejarah Islam. Bahkan kaum kafir memang bersemangat mengaburkan gambaran Islam di mata manusia dan menyesatkan mereka dari hakikatnya. Kemudian, mereka akan memalingkan manusia dari jalan Allah. Demikian pula kaum kafir berusaha keras untuk mencipta pelbagai penipuan dan stigma yang ditempelkan kepada Islam dan kaum muslim.
Semua itu dilakukan untuk menggagalkan upaya-upaya dakwah, baik sebelum Daulah berdiri mahupun sesudahnya. Kaum kafir juga berusaha untuk membuat berbagai penipuan dan pembohongan dalam rangka memobilisasi tentera untuk memerangi Islam dan kaum muslim. Mereka juga mendominasi negeri-negeri kaum muslim, baik secara politik mahupun ekonomi.
Masalah ini akan tetap digunakan oleh Barat dalam merealisasikan tujuan-tujuan jahat mereka untuk memalingkan manusia dari jalan Allah. Juga untuk meruntuhkan pelbagai pencapaian yang telah berjaya direalisasikan kaum muslim dalam kehidupan nyata.
Oleh itu, merupakan suatu kenescayaan bahawa kaum kafir akan merujuk kepada cara-cara penuh kebencian, keji, dan hina tersebut. Mereka melakukan semua ini untuk menghancurkan pencapaian besar dan agung yang berjaya diwujudkan oleh kaum muslim dengan berdirinya Khilafah Rasyidah. Akan tetapi dengan izin Allah, mereka tidak akan pernah mampu mewujudkannya.
Allah Swt. berfirman, “ Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.“ (TMQ Al-Anfaal [8]:30)
“Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.“ (TMQ Al-Anfaal [8]:36)
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.