[Khilafah Rasyidah] Pengaburan Potret Daulah Islamiah (Bahagian 1/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Adapun politik pengaburan dan penyesatan yang akan dijadikan rujukan oleh kaum kafir, maka hal itu akan memiliki beberapa bentuk. Kami sebutkan sebahagian di antaranya. Pertama, pengaburan potret Daulah Islamiah di mata bangsa-bangsa Islam. Kedua, pengaburan potret Daulah Islamiah di mata bangsa-bangsa Barat.
- Pengaburan Potret Daulah Islamiah Di Mata Bangsa-Bangsa Islam.
Sesungguhnya Barat akan mengerahkan segenap daya dan cara yang mampu mereka lakukan untuk membuat kebohongan ke atas Daulah Islamiah dan para aktivis di dalamnya. Barat juga akan menggerakkan semua ejennya dari para penguasa, serta para pengikut dan pemikir untuk mewujudkan tujuan keji dan rendah itu.
Daulah Islamiah sebagaimana yang diketahui oleh Barat, jika berhasil mengukuhkan kedudukan pada awal mula berdirinya, maka semua cara dan jalan memerangi Daulah Islamiah itu tidak akan bermanfaat sama sekali untuk menghalangi manusia dari menerima Daulah tersebut. Sebabnya, semua kedustaan dan penyesatan itu akan dengan cepat tersingkap hakikatnya.
Daulah Islamiah dengan politik, aktiviti, dan berbagai pandangannya yang disampaikan kepada bangsa-bangsa Islam, akan dengan cepat mampu membongkar berbagai kebatilan dan kedustaan yang direkayasa. Dari sisi ini, negara-negara kafir akan memberikan fokus dan mengerahkan segala dayanya untuk menghancurkan Daulah Islamiah ketika ia baru lahir.
Ini dari satu sisi. Sedangkan pada sisi lainnya, sesungguhnya Barat sangat memahami bahawa mereka tidak memiliki kemampuan untuk berhadapan langsung dengan Islam, khususnya di pusat wilayah Islam. Bukan hanya sekali, dalam rentang sejarah yang berbeza-beza, terjadi gempuran ke atas negeri-negeri kaum muslim, tetapi semuanya gagal total.
Kemudian, Barat mula mencari sarana dan cara-cara lain yang boleh digunakan untuk mendominasi kaum muslim. Berbagai perang imperialisme pada awal abad ke-19 lalu tidaklah jauh dari kenyataan ini.
Dalam aspek ini dan untuk menggerakkan kaum muslim, serta menyesatkan mereka agar menentang Daulah Islamiah yang telah berdiri, maka Barat akan merujuk kepada politik kebohongan, pengaburan, dan memutar-belitkan fakta.
Berikut adalah beberapa cara yang akan digunakan oleh kaum kafir dengan bantuan ejen-ejen mereka dari kalangan para penguasa dan intelektual.
Pertama, masalah nasionalisme dan sektarianisme. Kaum kafir akan berusaha dengan sungguh-sungguh—seperti dahulu mereka telah berusaha sungguh-sunguh untuk menghancurkan khilafah— untuk membenturkan Khilafah dengan masalah nasionalisme dan sektarianisme. Hal itu dilakukan dengan membangkitkan pemikiran tentang penguasaan satu negeri atas negeri yang lain, berserta kekayaan dan pendapatan yang dimiliki.
Barat menanamkan idea pemisahan dan perpecahan di dalam benak manusia secara terus-menerus. Barat juga mengobarkan peperangan antara negara-negara yang saling bertetangga untuk menciptakan perpecahan dan membentuk pemisahan di antara negara-negara.
Barat telah memanfaatkan masalah ini dengan sangat baik dalam mendominasi bangsa-bangsa dunia Islam. Barat juga telah memanfaatkan masalah ini dengan baik dalam memprovokasi bangsa-bangsa di dunia Islam dengan menentang idea penggabungan Iraq dengan Kuwait pada 1990.
Di antara perkara yang akan digunakan kafir Barat untuk memprovokasi masyarakat adalah dengan membangkitkan semangat nasionalisme dan kecenderungan kepada pemisahan. Hal ini dibenturkan dengan masalah dominasi satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang mendominasi itu akan menguasai kekayaan dan pendapatan-pendapatan fizikal di bawah dominasinya.
Perang terhadap Islam dan pemikiran Daulah Islamiah akan menggunakan alasan palsu ini untuk tujuan fizikal tersebut. Para penguasa penjenayah akan berusaha membangkitkan kecenderungan nasionalisme dan pemisahan di dalam barisan bangsa-bangsa dan ketenteraan, serta merujuk kepada penghasilan istimewa negara-negara tetangga Khilafah, seperti minyak, kemakmuran yang tinggi, atau yang lain di antara perkara-perkara yang menjadi seruan perut dan syahwat.
Kedua, usaha menikam kredibiliti Daulah Islamiah. Barat akan berusaha menikam kredibiliti Daulah Islamiah dengan menyatakan bahawa Daulah Islamiah hanya menjadikan Islam sebagai alasan untuk meraih tujuan-tujuan lain. Ini merupakan sebahagian daripada masalah penyesatan sepanjang sejarah Islam sejak berdirinya Daulah Islamiah yang pertama hingga hari ini.
Dahulu, kaum kafir Mekah telah berusaha melakukan hal yang sama pada fasa awal mula kaum muslim membangun dasar-dasar negara di Madinah al-Munawwarah. Kaum kafir Mekah berusaha memutar-belitkan kebenaran-kebenaran di dalam benak kabilah-kabilah yang bertetangga dengan Daulah Islamiah.
Mereka menyebarkan khabar angin bahawa Muhammad SAW dan para sahabatnya bertujuan untuk menguasai laluan-laluan perdagangan dan kekayaan manusia. Juga bahawa Muhammad SAW dan para sahabatnya menggunakan dakwah baru yang mereka serukan untuk tujuan-tujuan lain.
Negara-negara Barat dengan dibantu oleh kaki tangan mereka, khususnya dari kalangan para penguasa, akan berusaha mencoreng kredibiliti dakwah kaum muslim yang berjuang di Daulah Islamiah. Negara-negara Barat akan membuat pembohongan kepada bangsa-bangsa dengan menyatakan bahawa seruan para pejuang muslim di negara tersebut, seperti seruan penggabungan negeri-negeri Islam dan penyatuan di bawah satu panji Islam. Demikian pula penerapan Islam terhadap bangsa-bangsa muslim dan pembebasan dari kezaliman para penguasa.
Semua itu hanyalah seruan bohong. Tujuannya hanya untuk membangkitkan bangsa-bangsa agar berlindung di bawah sayap mereka untuk meluaskan wilayah kekuasaan. Berikutnya agar memungkinkan untuk merealisasikan tujuan-tujuan sebenar yang mereka perjuangkan, di antaranya adalah penguasaan (dominasi) nasionalisme dan ekonomi.
Berbagai kedustaan dan penipuan itu tidak lain dimaksudkan untuk menghalang manusia agar tidak mendukung Daulah Islamiah. Juga agar masyarakat tidak bergabung dan berlindung di bawah panji Daulah Islamiah, serta tidak memerangi siapa saja dari kalangan para penguasa yang menghalang hal itu.
Ketiga, intimidasi akibat peperangan. Pihak Barat akan berusaha menggambarkan para pejuang yang ingin bergabung dengan Daulah Islamiah, di mata bangsa-bangsa Islam, sebagai golongan yang bertindak secara membabi buta. Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengaburkan gambaran tentang fasa baru yang dipimpin oleh Daulah Islamiah yang baru lahir, dalam usaha membebaskan dunia Islam daripada keadaan kehinaan, ketundukan, dan kemunduran yang serius.
Bangsa-bangsa tersebut — dengan tabiatnya seperti yang kita ketahui — mencintai kehidupan, harta, kedamaian, ketenteraman, dan ketenangan. Sebaliknya, bangsa-bangsa itu membenci peperangan, kerosakan, dan kehancuran. Tabiat mereka adalah menjauhkan diri daripada kesempitan, kelaparan, dan pelbagai bentuk kesusahan.
Oleh itu, para penguasa yang menjadi alat kepada Barat akan bersungguh-sungguh menggambarkan kesulitan dan peperangan yang bakal berlaku, termasuk penentangan sengit terhadap Barat serta sekatan politik dan ekonomi.
Inilah antara perkara yang paling menonjol yang akan diusahakan oleh negara-negara Barat melalui tangan-tangan mereka di kalangan para penguasa. Semua ini dilakukan sebagai usaha untuk mengaburkan gambaran sebenar Islam dan menyesatkan umat Islam agar menentang Khilafah Islamiah yang telah dijanjikan.
Kami memohon kepada Allah SWT agar menjadikan tipu daya mereka sebagai permulaan kepada kebinasaan mereka. Semoga peperangan kotor yang dilakukan oleh golongan kafir ini menjadi sebab terbukanya akal umat Islam dan tidak menyesatkan mereka.
Semoga pula menjadi sebab lebih mendekatkan mereka kepada Islam dan Daulah Islamiah, bukan malah menjauhkan dari paksi persatuan di bawah panji La ilaha illallah Muhammad Rasulullah, dan di bawah syiar Allah Akbar, al-‘izzu li al-Islam wa adz-dzullu wa al-hawan li al-kufri wa al-kuffar (Allah Maha Besar, kemuliaan adalah milik Islam, sebaliknya, kehinaan dan kerendahan adalah milik kekufuran dan kaum kafir).
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.