Undangan Trump ke Malaysia Tindakan Salah, Umat Perlu Muhasabah
Oleh: Aliya Ab Aziz
Berucap dalam perhimpunan Demonstrasi Aman dan Penyerahan Memorandum Membantah Kedatangan Donald Trump ke Malaysia, Aktivis HTM, Ustaz Umar Husein mengingatkan umat agar melakukan muhasabah terhadap pemimpin dalam hal ini.
“Malangnya pada hari ini kita rasa cukup sedih apabila Perdana Menteri beria-ia mengundang Trump dalam sidang ASEAN pada akhir Oktober ini dengan pelbagai alasan yang diberikan. Tetapi kita sebagai umat Islam, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk melakukan muhasabah, menyampaikan mesej kepada PMX bahawa `tindakan kamu itu adalah merupakan tindakan yang salah. Bukan tindakan yang dibenarkan oleh syarak’,” ucapnya di Putrajaya pada Jumaat (17/10/2025).
Beliau menyifatkan Trump sebagai lambang kezaliman dan kebiadaban Amerika terhadap umat Islam di seluruh dunia.
“Dunia semua mengetahui bahawa sesungguhnya Trump adalah merupakan Amerika, dan Amerika adalah merupakan negara yang membantu secara langsung Yahudi laknatullah membantai, mengebom dan membunuh saudara-saudara kita,” ujarnya lantang.
Amerika, tegasnya, adalah pelaku sebenar pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di dunia, tanpa mengira siapa yang menjadi presidennya.
“Pelaku sebenar jenayah pembunuhan secara besar-besaran kepada umat Islam adalah Amerika laknatullah. Siapa pun pemimpin mereka, sama ada daripada parti Republikan mahupun Demokrat, mereka adalah merupakan pemimpin yang mewakili Amerika,” katanya.
Ustaz Umar juga menyatakan Amerika sebagai negara kapitalis melakukan penjajahan sebagai cara untuk mengembangkan ideologi kapitalisme mereka. Kemudian, beliau mengungkapkan contoh kezaliman yang pernah dilakukan Amerika di Iraq dan Afghanistan.
“Kita melihat bagaimana Amerika telah mengepung, telah menzalimi, telah menindas saudara-audara kita yang berada di Iraq, yang berada di Afghanistan. Bayangkan saudara dan saudari, peperangan di Afghanistan memakan masa 20 tahun. Inilah kezaliman dan kejahatan. Bayangkan saudara dan saudari, satu juta muslimah di Iraq menjadi janda kesan daripada kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Amerika,” jelasnya memperingatkan.
Rancangan damai yang ditawarkan Trump kepada dunia Islam turut disentuh dalam ucapannya, disifatkan sebagai bentuk penipuan dan penjajahan gaya baru Amerika.
“Setelah hancur Gaza, tidak ada yang tinggal di Gaza itu melainkan batu-batu, melainkan tanah tanah yang dibom. Tiba -tiba Trump menawarkan plan damai. Dua puluh satu poin ini merupakan pembohongan, bukannya perdamaian. Tetapi merupakan penjajahan dalam bentuk baru yang dilakukan oleh Amerika,” tegasnya.
Sambungnya lagi, siapa pun pemimpin Amerika, dasar dan sifat mereka tidak akan pernah berubah.
Justeru itu menurutnya, “Jadi pada hari ini, Trump merupakan pemimpin yang paling berkuasa, maka Trump melangsungkan dan melanjutkan kezaliman dan kejahatan dan sifat kebinatangan Amerika.”
Ustaz Umar seterusnya mengingatkan kepada pemimpin supaya tidak condong kepada kezaliman, kerana orang-orang yang zalim tempatnya adalah di neraka dan supaya tidak menjadikan musuh Allah sebagai teman dan pelindung.
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengambil musuh Aku dan musuh Allah sebagai pembantu kamu, sebagai pelindung kamu, sebagai teman rapat kamu,” ucapnya mengutip peringatan dari Al-Quran.
Beliau mengingatkan bahawa umat Islam mesti bertindak berdasarkan hukum syarak.
“Syarak telah jelas mengatakan bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan kafir harbi fi’lan,” lanjutnya.
Sebagai penutup, beliau mengakhiri ucapan dengan peringatan tegas bahawa Trump adalah musuh, bukannya tetamu. Maka kedatangannya mesti ditolak!
“Trump datang sepatutnya bukan sebagai tetamu. Trump datang sepatutnya kita menolak Trump, kerana Trump adalah merupakan musuh Allah dan musuh Rasul,” tutupnya.[]