Pelan Damai Gaza: Pelan Licik Amerika dan Yahudi Kuasai Gaza
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman mengungkapkan bahawa Pelan Damai Gaza adalah pelan licik Trump untuk Amerika dan Yahudi menguasai Gaza.
“Dua puluh satu planning ke atas Gaza dan kesan-kesan dia, semua sekali itu merupakan perancangan yang licik daripada Trump untuk Amerika dan juga Yahudi itu menguasai sepenuhnya Gaza,” katanya dalam program Kupas Tuntas bersama Jurucakap HTM bertajuk Kejahatan ‘Israel’ dan Amerika Wajib Dijawab Dengan Jihad, Jumaat (3/10/2025).
Beliau menyebut tentang beberapa perkara dalam Pelan Damai tersebut yang ingin menjadikan Gaza sebagai zon bebas keganasan dan Israel tidak akan menjajah Gaza.
“Contohnya yang pertama, katanya Trump, dia kata perang akan dihentikan dan Israel akan berundur daripada Gaza,” ujarnya.
Namun, beliau mempersoalkan samada umat Islam boleh percaya kepada Amerika dan Yahudi bahawa perang akan dihentikan dan Israel akan berundur daripada Gaza.
“Kita dah tahu dah selama ini, dah berapa banyak perjanjian gencatan senjata yang dibuat, kemudian dia mencabuli perjanjian. Ini perangai Israel. Dia kata nak berundur. Walaupun dia kata nak berundur secara berperingkat dalam gencatan senjata sebelum ini, dia tidak pernah lagi berundur dan apa yang berlaku adalah dia meningkatkan lagi serangan,” terangnya.
Tambahnya, entiti Yahudi memang sudah terkenal sebagai satu kaum yang suka melanggar perjanjian termasuk perjanjian dengan Allah SWT, apatah lagi dengan manusia.
“Kita dah tengok dia punya track record sebelum ini, kita tahu bahawa entiti Yahudi ini merupakan sebuah entiti yang memang jelas-jelas melanggar perjanjian. Tidak ada satu pun yang kita boleh percaya dan memang kita tidak boleh percaya pada dia orang ini,” tegasnya.
Selain itu, beliau menerangkan bahawa Pelan Damai itu juga menyebut tentang pentadbiran baru di Gaza. Amerika tidak mahu Hamas mentadbir Gaza kerana Hamas tidak tunduk kepada Amerika dan Yahudi.
“Maksudnya dia akan melantik satu pentadbiran baru yang sudah pasti dilantik oleh Amerika dan juga entiti Yahudi. Yang mana pemimpin atau pun penguasa yang akan dilantik sudah pasti yang akan tunduk kepada Amerika,” jelasnya.
Beliau melanjutkan, Pelan Damai itu juga mengandungi satu program untuk menghapuskan pemikiran radikal di Gaza.
“Pemikiran radikal maksudnya pemikiran yang lawan Amerika. kalau tidak lawan Amerika, okey no problem, ini moderat. Kalau lawan je Amerika, ini merupakan pemikiran radikal. Dengan kata lain, Amerika tidak mahu ideologi Islam ada dan juga berkembang di Gaza,” tuturnya.
Tambahnya, program itu sudah pasti untuk menghapuskan pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran yang dibawa oleh Amerika.
“Jadi Gaza akan ditadbirkan oleh penguasa boneka dan Gaza itu nanti akan ada satu program yang segala-galanya akan dirangka oleh Amerika termasuklah Amerika akan menghapuskan segala bentuk pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran Barat,” ungkapnya.
Beliau turut menyampaikan bahawa Pelan Damai itu menyatakan akan ada bantuan ekonomi dan kemanusiaan di Gaza yang pasti akan membuka pintu kepada syarikat kapitalis Amerika dan sekutunya.
“Jadi Islam dan juga umat Islamlah tidak akan bangkit dengan Islam, ekonomi dengan apa sajalah yang dibawa oleh Barat. Sebab kita tahu kalau syarikat-syarikat kapitalis daripada Barat itu masuk, bukan masuk saja saja, tetapi dia masuk dengan ideologi dia sekali,” ujarnya.
Secara keseluruhannya, beliau memandang bahawa Pelan Damai itu dirangka supaya Israel boleh mentadbir Gaza.
“Jadi, Israel nak ambil Gaza. Bayangkan tuan tuan, daripada peristiwa 7 Oktober, dia membantai habis-habisan Gaza, membantai umat Islam dan melakukan penghancuran sehancur-hancurnya Gaza, sampai sekarang Yahudi masih belum dapat memiliki Gaza,” katanya.
Beliau menyimpulkan, Yahudi menggunakan Pelan Damai itu untuk menguasai Gaza setelah gagal memilikinya melalui peperangan.
“So pelan damai ini dikemukakan supaya Yahudi dapat menguasai Gaza sepenuhnya. Dengan cara perang tidak dapat, kita (Yahudi) buat dengan cara meja rundingan,” tutupnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1AXqMk9x38/