Haram Mengakui Kedaulatan Entiti Zionis!
Oleh: Dr. Riyan M.Ag.
Akar masalah Palestin adalah penjajahan. Penjajahan hanya boleh dilenyapkan dengan pengusiran. Secara manfaat, bantuan tentu akan berguna. Namun, walaupun akar masalah tidak diselesaikan dengan tuntas, maka masalah yang lain tidak akan selesai.
Begitu juga solusi dua negara (two state solution). Solusi ini dipaksa oleh PBB dan negara-negara kafir barat (AS dan Eropah). Ini juga solusi palsu. Pertama: negara kafir Barat tidak setuju dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Namun, mereka memaksa solusi dua negara kepada Palestin ketika Zionis Yahudi menjajah Palestin. Zionis Yahudi juga tidak mahu kerana mereka ingin menguasai seluruh Palestin. Demikian juga rakyat Palestin juga tidak mahu. Sudah tentu kerana Palestin adalah rumah mereka. Menyetujui solusi ini bermakna mengiktiraf kewujudan Zionis Yahudi sebagai negara yang tidak sah.
Kedua, dalam Syariah Islam, mengiktiraf kewujudan penjajah Zionis hukumnya haram. Zionis telah merompak, merampas dan menjajah Palestin yang statusnya adalah tanah kharajiyah, yang dibebaskan semasa Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Maksudnya, status Palestin hingga hari Kiamat adalah tanah air umat Islam seperti mana Iraq, Syria, Lubnan, Mesir, dan lain-lain. Palestin sudah tentu bukan sahaja Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tetapi semua wilayah termasuk yang diduduki oleh Zionis. Bagaimana mungkin antara yang dijajah dan penjajah hidup berdampingan? Ibarat rumah kita dirompak dan dirampas oleh perompak, jiran-jiran kita berkata: kalian hidup saja berdampingan biar masalah selesai. Ini adalah solusi bodoh dan tidak masuk akal. Perompak dan perampas mesti dihalau dari rumah kita. Geng perompak mesti dihukum mati. Satu perkataan untuk penjajah: Usir mereka!
Perlu ditegaskan bahawa akar masalah Palestin ialah penjajahan Zionis Yahudi yang disokong oleh negara-negara kafir penjajah Barat, khususnya Amerika. Sikap terhadap penjajah adalah satu: Usir mereka! Bagaimana untuk mengusir mereka? Sudah tentu dengan menghantar tentera-tentera Islam yang akan berjihad fi sabilillah. Namun, jihad akan berkesan jika dikomando seorang pemimpin, seorang khalifah dalam sistem Khilafah.
Sumber: Solusi Tuntas Krisis Palestin, Dr. Riyan M.Ag
#FreePalestin #ArmiesToAqsa #ArmiesToGaza #FreePalestineWithJihadAndKhilafah