[Khilafah Rasyidah] Pengaburan Potret Daulah Islamiah (Bahagian 3/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 2/3)
ii). Memprovokasi bangsa Barat untuk menentang idea-idea dan deskripsi-deskripsinya, khususnya pandangan terhadap empat idea kebebasan.
Sudah diketahui bersama bahawa kebebasan bagi Barat adalah pencapaian paling mahal yang pernah diraih. Apa pun yang menyentuh kebebasan itu bermakna telah menyentuh sesuatu yang diagungkan dan dimuliakan di tengah kehidupan mereka.
Pemerintah-pemerintah Barat akan melontarkan potret Daulah Islamiah dan berbagai aktivitinya dengan potret yang berlawanan dan telah dipotong di sana sini. Hal itu untuk menancapkan di dalam pemikiran orang Barat bahawa Daulah Islamiah memerangi kebebasan, menyerukan untuk menghapuskan kebebasan, dan mempersempitkan manusia.
Perkara itu demi menimpakan kesempitan terhadap manusia dan membelenggu mereka, tanpa menyebutkan sedikit pun aspek pemikiran dalam pandangan kaum muslim terhadap masalah kebebasan. Juga tanpa menyebutkan secuil pun masalah salah dan benar dalam perkara kebebasan itu.
iii). Memutar-belitkan berbagai fakta sejarah dalam menggambarkan potret suram tentang Daulah Islamiah. Hal ini dilakukan berdasarkan anggapan bahawa hal itu mirip dengan gambaran masa kegelapan abad pertengahan dalam kehidupan Barat.
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Barat membenci masa-masa abad pertengahan. Sebabnya, abad pertengahan merepresentasikan tempoh sukar dan penderitaan di tengah-tengah kehidupan Barat akibat berbagai tindakan buruk yang dilakukan oleh kaum gerejawan.
Perkara ini akan dieksploitasi oleh pemerintah kafir dengan para intelektual yang menyesatkan dalam memprovokasi Barat menentang Daulah Islamiah yang baru. Mereka beranggapan bahawa Daulah Islamiah mewakili sejarah hitam yang buruk. Juga mewakili kezaliman, kegelapan, dan kemunduran dengan segenap potret dan bentuk-bentuknya, baik secara fizikalnya mahupun maknawi.
- Memutar-belitkan berbagai fakta di hadapan Barat dalam menggambarkan potret masa lalu dan kontemporari yang mewakili potret para penguasa sesat yang keluar dari ajaran-ajaran Islam. Pada saat yang sama, dipaparkan potret kemiskinan dan kepapaan dari beberapa bangsa di berbagai kawasan bangsa-bangsa Islam di negeri-negeri kaum muslim dan di hadapan generasi-generasi Islam di Eropah. Kemudian mereka melekatkan semua itu dengan Islam sebagai suatu ideologi (mabda).
Hal yang benar adalah bahawa sejarah Islam itu di dalamnya terdapat penyimpangan dan keburukan. Hampir-hampir tidak ada satu masa pun yang kosong dari penyimpangan dan keburukan itu, kecuali masa Khilafah Rasyidah dan masa khalifah yang adil, yakni Umar bin Abd al-‘Aziz, baik keburukan itu terjadi dalam masalah fitnah dan peperangan meraih kekuasaan atau yang lainnya.
Adapun potret kemiskinan, sesungguhnya kemiskinan pada hari ini tampak menonjol di setiap negeri dunia Islam tanpa terkecuali. Hampir semua negeri paling kaya di kawasan Teluk pun tidak kosong dari masalah kemiskinan. Hal itu akibat penjajahan, – sama ada dari segi politik, ketenteraan, mahupun ekonomi – ke atas negeri-negeri kaum muslim.
Inilah di antara potret penyesatan dan pengaburan yang dimaksudkan dalam masalah ini, yang akan dilontarkan oleh negara-negara kafir untuk menentang Daulah Islamiah. Hal itu demi memobilisasi Barat melawan Daulah Islamiah dan memprovokasi mereka di dalam peperangannya menghadapi Daulah Islamiah.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.