[Khilafah Rasyidah] Putar belit Fakta Sejarah dan Kaedah Menghadapinya (Bahagian 1/2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Kita masih membicarakan perang penyesatan dan politik pengaburan menentang Daulah Islamiah di negeri-negeri Barat. Di antara cara penyesatan dan pengaburan yang rendah dan jijik itu adalah putar belit fakta sejarah.
Sesungguhnya masalah pengaburan potret sejarah Islam oleh para pemikir (intelektual) Barat bukanlah hal baru. Juga tidak akan menjadi hal baru ketika berdirinya Daulah Islamiah. Jika kita kembali sejenak meninjau pada awal abad yang lalu (abad ke-19) atau pertengahan abad ke-19, kita akan menemukan bahawa politik Barat ini sudah dan senantiasa terus berlangsung dengan maksud mengaburkan potret Islam dan potret sejarah Islam yang merepresentasikan sejarah para Khalifah dan para panglima.
Orang-orang Barat –khususnya kaum orientalis— telah berusaha mengaburkan potret sejarah Islam pada masa Khilafah Umayyah dan masa Khilafah Abbasiyah. Bahkan di antara mereka ada yang mengaburkan potret Khulafaur Rasyidin, seperti Imam Ali ra. dan beberapa panglima pada masa Khulafaur Rasyidin, seperti Khalid bin al-Walid.
Oleh kerana itu, para intelektual Barat dengan bantuan negara-negara mereka yang dengki terhadap Islam dan penganutnya, serta aktif menghancurkan Daulah Islamiah, akan sekali lagi berusaha untuk mengaburkan potret sejarah Islam. Mereka akan memaparkan potret sejarah Islam itu dalam gambaran paling buruk yang dibenci Barat.
Di antara potret yang akan menjadi fokus para pemikir Barat dalam perang jijik dan dusta itu adalah gambaran fitnah yang terjadi pada awal sejarah Islam, iaitu pada awal era Umayyah dan akhir era Khulafaur Rasyidin. Ini adalah fitnah peperangan yang terjadi antara Imam Ali ra. dengan Muawiyah bin Abiy Sufyan rahimahullah.
Di antaranya juga, mereka menonjolkan potret keburukan para khalifah pada masa Umayyah, khususnya berbagai keburukan yang terjadi dalam masalah-masalah pemerintahan dan pelantikan, serta berbagai pertikaian politik. Begitu juga, para pemikir Barat akan berusaha menampakkan beberapa potret yang sudah diputar belitkan mengenai para Khalifah Abbasiyah, semisal Harun ar-Rasyid, dan yang lainnya.
Di antara perkara dusta yang di dalamnya orang-orang Barat secara terus menerus berusaha memutar-belitkan gambaran, adalah tentang zaman keemasan sejarah Islam. Ini terjadi pada abad pertengahan dengan realiti kehidupan Eropah pada abad yang sama. Orang-orang Barat akan terus menerus berusaha memutar-belitkan gambaran ketinggian, kemajuan, dan kekuatan Islam. Kemudian, mereka mengaitkan dengan abad-abad kegelapan dan kezaliman dalam sejarah Eropah pada masa dominasi agamawan dan gereja.
Adapun gambaran yang akan diusahakan oleh para pemikir Barat dan para pemimpin mereka dalam memutar-belitkan potret Islam adalah potret Islam masa kini. Putar belit itu dilakukan dengan memaparkan potret kezaliman yang dilakukan oleh para penguasa kaum muslim di bawah slogan Daulah Islamiah. Juga potret kemiskinan dan kemunduran dalam semua perkara yang menjadi realiti hidup bangsa-bangsa Islam di negeri-negeri dunia Islam.
Adapun berkaitan dengan gambaran sejarah Islam, maka kami katakan bahawa sejarah bukan merupakan argumentasi atas pemikiran juristik bagi satu agama mana pun. Sesuatu yang menjadi argumentasi bagi pengusungnya dan orang lain tidak lain adalah pemikiran. Dengan demikian, pembahasan perlu difokuskan pada kesahihan atau kesalahan pemikiran yang dibawa oleh para penyeru perubahan baru yang bersifat total dan mendasar di bawah Daulah baru itu.
Pembahasan bukan difokuskan pada sejarah Islam. Sebabnya, sejarah Islam tidak layak menjadi dasar penilaian atas pemikiran suatu ideologi. Sejarah tidak ditransformasikan dengan kaedah yang dalam. Oleh kerananya, sejarah menjadi sasaran para pemuja mahupun para pencela sesuai keinginannya. Juga sesuai dengan fakta-fakta politik yang dijalani oleh dunia Islam sepanjang abad-abad yang berlainan.
Misalnya, seandainya kita memperhatikan masa Khalifah Abbasiyah Harun ar-Rasyid rahimahullah, kita akan melihat bahawa para sejarawan telah menulis sejarahnya dalam dua bentuk yang berbeza:
Kelompok pertama berpendapat bahawa Harun ar-Rasyid adalah seorang pemabuk, gila wanita, dan keji.
Sebaliknya, kelompok kedua (ini adalah kelompok yang proporsional atau seimbang, lebih objektif) berpendapat beliau Adalah tokoh yang adil. Kelompok kedua ini menggambarkan Harun ar-Rasyid sebagai lelaki yang adil, banyak melakukan jihad, dan pembebasan. Kelompok kedua ini akan menyifatkan zaman Khilafah Abbasiyah sebagai era keemasan. Sebabnya, ia adalah zaman yang di dalamnya penuh pencapaian kemajuan ilmu pengetahuan, keadilan, dan kemakmuran, serta penerapan syariat Islam.
Oleh itu, masyarakat Barat, khususnya kaum intelektual, mereka diseru dan diarahkan perhatian akalnya kepada beberapa perkara berikut:
- Sejarah selamanya bukan merupakan argumentasi atas suatu pemikiran, sebaliknya pemikiran dan ideologi yang semestinya perlu didiskusikan.
- Sesungguhnya tidak ada satu zaman pun dalam sejarah umat manusia, kecuali di dalamnya ada beberapa keburukan pelaksanaan dan kesalahan, hal ini tidak terkecuali kaum muslim. Kaum muslim dalam sejarah mereka yang panjang juga terjadi beberapa keburukan dalam menerapkan Islam oleh para khalifah, amir, dan panglima. Keburukan-keburukan itu boleh diketahui dengan membandingkan perbuatan-perbuatan tersebut dengan ideologi Islam. Ini dari satu sisi.
Adapun dari sisi kedua, sesungguhnya manusia dalam kapasitinya sebagai manusia, pasti melakukan berbagai kesalahan dalam diri mereka. Sebabnya, hal itu merupakan tabiat manusia secara umum. Sepanjang sejarah Khulafaur Rasyidin terjadi beberapa kekeliruan yang ringan. Kekeliruan yang dengan cepat dan mudah diluruskan dan dibenahi sebagai hasil dari adanya muhasabah dalam diri kaum muslim. Juga kerana adanya semangat penerimaan dan takwa yang ada dalam diri para khalifah.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.