Negeri Kaum Muslimin Tunduk kepada Amerika kerana Pemimpin Khianat.
Oleh: Syamsiyah Jamil
Bagi menjawab soalan yang diajukan oleh peserta, Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman menegaskan bahawa negeri kaum Muslimin tunduk kepada Amerika kerana pemimpinnya yang khianat.
“Masalahnya adalah kerana pemimpin yang ada ini pemimpin yang bacul, pemimpin yang khianat, pemimpin yang tunduk kepada Amerika. Itu yang menyebabkan negeri kaum Muslimin ini tunduk kepada Amerika,” jawabnya dalam program Kupas Tuntas bersama Jurucakap HTM bertajuk Kejahatan ‘Israel’ dan Amerika Wajib Dijawab Dengan Jihad, Jumaat (3/10/2025).
Lanjutnya, saiz negara atau kekuatan tentera bukan faktor tunduknya negeri kaum Muslimin kepada Amerika.
“Bukan kerana saiz negara, bukan kerana kekuatan tentera yang ada, tapi kerana kebaculan dan juga pengkhianatan pada penguasa kaum Muslimin tersebut,” ujarnya.
Beliau berpendapat, pandangan yang mengatakan bahawa wajar bagi Amerika memimpin dunia dan penguasa Muslim tunduk kepadanya, adalah pandangan yang tidak Islami.
“Negara menang mengatur negara yang yang kalah, jadi wajar bagi Amerika untuk mengatur kaum Muslimin, itu kewajaran bagi mereka yang menilai tanpa nilaian syarak, tanpa nilaian Islam,” jelasnya.
Tambahnya, pandangan tersebut hanyalah nilaian manusiawi.
“Kalau mereka menilai dengan nilaian manusiawi semata-mata, ya negara yang menang perang itu contohnya Amerika menang perang, jadi dia mengatur negara lain. Itu nilaian manusiawi, memang betul begitulah,” katanya.
Beliau menyampaikan bahawa negara kaum Muslimin tidak akan tunduk kepada Amerika jika pemerintah menerapkan Islam.
“Tapi kalau kita lihat dari segi nilaian Islam, kalau kita ini berada dalam sebuah negara kaum Muslimin, kalau pemerintah kaum Muslimin adalah seorang pemerintah yang menerapkan Islam, tidak akan berlaku begitu,” terangnya.
Beliau memberikan contoh wujudnya dua kuasa besar ketika Rasulullah SAW mendirikan negara Islam pertama di Madinah.
“Kita boleh lihat bagaimana di zaman Rasulullah, apabila Rasulullah berjaya mendirikan negara Islam di Madinah, negara Islam di Madinah tu kecil je. Yang besar itu adalah Rom dan Parsi, ini dua superpower yang besar,” katanya.
Lanjutnya, walaupun Madinah adalah negara kecil tetapi Madinah tidak tunduk kepada Rom dan Parsi.
“Negara Islam di Madinah itu kecil je berdiri dia tapi adakah negara Islam ni tunduk kepada Rom dan Parsi? Tidak. Dia tidak tunduk pada Rom dan Parsi. Malah dia berperang untuk melawan Rom dan Parsi dan Islam berjaya menawan Rom dan Parsi,” tegasnya.
Beliau memperlihatkan bahawa negara Islam tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana negara.
“Itu kedudukan apabila sebuah negara itu menerapkan Islam. Jadi negara yang menang perang macam mana sekalipun, mereka takkan dapat menundukkan negara ini kalau negara ini diperintah dengan cara Islam,” ujarnya.
Sambungnya, negara Islam yang besar seperti Khilafah akan berjaya menundukkan Amerika.
“Apatah lagi kalau Islam itu merupakan negara yang besar. Kalau Islam merupakan negara yang menang perang macam Khilafah itu, lagilah pula memang insyaAllah, kita akan berjaya menundukkan dia orang ini,” ucapnya.
Beliau menyimpulkan bahawa Amerika bukanlah negara yang kuat jika dibandingkan dengan kekuatan gabungan 50 negeri-negeri umat Islam.
“Kita gabungkan semua negara umat Islam ini, lagi besar daripada daripada Amerika termasuklah dari segi kekuatan tentera,” tutupnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1AGS1JVxJB/