Solusi Jihad: Peringatan Allah SWT Kepada Penguasa dan Tentera Kaum Muslimin
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman menyampaikan peringatan daripada Allah SWT kepada penguasa dan tentera kaum Muslimin supaya berjihad memerangi entiti Yahudi.
“Apa yang patut dilakukan oleh penguasa kaum Muslimin, apa yang patut dilakukan oleh tentera kaum Muslimin, Allah SWT menyatakan, dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. Orang dah perang dengan kita maka jawapan kepada kita adalah jihad fi sabilillah. Ini jawapan yang Allah bagi,” ungkapnya dalam program Kupas Tuntas bersama Jurucakap HTM bertajuk Kejahatan ‘Israel’ dan Amerika Wajib Dijawab Dengan Jihad, Jumaat (3/10/2025).
Beliau menyatakan bahawa solusi untuk masalah Palestin adalah dengan menghapuskan pemangsa iaitu entiti Yahudi laknatullah.
“Ini dia ambil solusi daripada Trump. Padahal ini solusi, ini jawapan yang datang daripada Allah SWT. Perangi mereka ini, perangi orang yang memerangi kamu dan jangan kamu melampaui batas,” jelasnya.
Lanjutnya, kemenangan bagi kaum Muslimin telah dijamin oleh Allah SWT jika mengikuti perintah Allah SWT.
“Allah bukan sekadar memerintahkan kepada penguasa, kepada tentera untuk berperang, tapi Allah memberi jaminan kemenangan kepada pasukan Islam dan kekalahan kepada pasukan musuh,” katanya.
Beliau menunjukkan perintah Allah SWT tentang jihad dalam ayat ke-14 surah at-Taubah.
“Allah menyatakan, perangilah mereka ini, perangilah musuh ini, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan perantaraan tangan-tangan kamu. Tugas kita, Allah kata, perang. Yang akan menghancurkan mereka ini, Allah,” tegasnya.
Beliau mempersoalkan di mana letaknya akidah pemimpin kaum Muslimin yang tidak mahu berperang dengan Yahudi.
“Kalau nak berperang dengan Yahudi, bagi macam-macam alasan. Alasan jauhlah, alasan tidak cukup kelengkapanlah, alasan Yahudi diback up oleh Amerika lah, apa semua sekali. Dia tak nampak yang back up dia itu Allah, dia dah nampak yang back up Yahudi ini adalah Amerika. Allah dah janji kemenangan dah, kat mana letak akidah kalau tidak percaya kepada janji daripada Allah SWT?” soalnya.
Tambahnya, Allah SWT juga ada menyatakan dalam surah Ali Imran ayat 111 tentang kekalahan kaum Yahudi.
“Allah kata Yahudi ini tidak akan dapat memudaratkan kamu kecuali sedikit gangguan dan kalau dia berperang dengan kamu, dia akan lari. Maksudnya akan kalah kan,” tegasnya.
Beliau menyampaikan peringatan kepada pemimpin kaum Muslimin yang tunduk dan patuh kepada Trump dengan menjelaskan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 166-167.
“Allah dah bagi warning dah, Allah dah beritahu dah, kamu nanti kat akhirat nanti, orang yang diikuti akan berlepas diri daripada orang yang mengikuti, orang yang mengikuti pula minta supaya Allah kembalikan dia ke ke dunia sebab dia nak berlepas diri daripada orang ni, sebab dia nampak dah azab ini sekarang ini kan,” katanya.
Tidak ketinggalan, beliau juga mengingatkan tentera-tentera kaum Muslimin tentang perintah jihad.
“Jangan ikut penguasa yang tidak menggerakkan kamu untuk berjihad. Jangan ikut. Peringatan juga untuk tentera-tentera kaum Muslimin. Dia mentaati penguasa dia yang mana penguasa dia tidak menggerakkan dia. Dia taat pada penguasa dia,” lanjutnya.
Beliau turut mempersoalkan di mana letaknya akal sihat para penguasa kaum Muslimin yang tidak mengambil solusi jihad bagi masalah Gaza.
“Di mana letaknya akal sihat para penguasa kaum Muslimin ini sehingga penguasa kaum Muslimin ini tidak mengambil solusi jihad yang sebenarnya ada dalam al-Quran? Sebaliknya mengambil solusi yang dibawa oleh musuh Allah, yang dibawa oleh musuh dia sendiri yakni Trump, ke atas Gaza,” akhirinya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1AGS1JVxJB/