Politik Ekonomi dalam Islam
Politik ekonomi adalah tujuan yang ingin dicapai melalui peraturan-peraturan tentang pengelolaan urusan manusia. Politik ekonomi dalam Islam ialah menjamin keperluan asas setiap individu dipenuhi sepenuhnya, serta memberi kemampuan kepadanya untuk memenuhi keperluan tambahan mengikut kemampuannya, dengan mengambil kira kehidupan mereka dalam masyarakat dengan gaya hidup tertentu.
Islam memandang setiap orang secara individu, bukan sekadar melihat keseluruhan penduduk sesebuah negeri secara kolektif. Islam memandang individu terutamanya sebagai manusia, yang keperluan asasnya mesti dipenuhi sepenuhnya. Kemudian, ia dipandang sebagai individu yang mesti diberi kesempatan untuk memenuhi keperluan tambahan mereka. Pada masa yang sama, mereka juga dipandang sebagai makhluk sosial yang berinteraksi dengan orang lain, dengan pola interaksi yang diatur mengikut peraturan tertentu.
Oleh itu, terdapat 4 perspektif yang menjadi asas kepada politik ekonomi Islam:
1. Setiap orang adalah individu yang keperluan individunya mesti dipenuhi keperluannya.
2. Keperluan asas mesti dipenuhi secara menyeluruh. Dasar untuk menjamin kelangsungan hidup setiap individu adalah perkara yang berperikemanusiaan.
3. Mencari rezeki hukumnya mubah, yang berlaku sama rata bagi setiap orang, sehingga terbuka jalan yang luas bagi setiap orang untuk berusaha mencari kekayaan yang diingini.
4. Nilai-nilai murni yang mulia mesti mendominasi setiap interaksi antara individu.
Jadi, tujuan politik ekonomi Islam bukan sekadar meningkatkan pendapatan nasional secara agregat. Ia juga bukan sekadar menyediakan seberapa banyak barangan dan perkhidmatan yang mungkin kemudian membiarkan manusia begitu sahaja untuk berusaha mencapainya dengan memberikan kebebasan pemilikan dan kebebasan bekerja.
Tetapi, fokus politik ekonomi Islam adalah menyelesaikan keperluan asas setiap individu sebagai manusia, di samping memberi kemampuan kepada setiap orang untuk meningkatkan taraf hidupnya dan mencapai kesejahteraan, serta menjadikan nilai-nilai murni mendominasi setiap interaksi. Di atas dasar inilah terbinanya peraturan ekonomi Islam.
Dipetik dari: “As-Siyâsah al-Iqtishâdiyyah al-Mutslâ” – Abdurrahman al-Maliki
#sistemekonomi #ekonomi #politikekonomi #politikislam #ekonomiislam