“Jihad” Hanya Berkaitan dengan Peperangan
Syeikh Muhammad Muhammad Ismail dalam karya beliau “Al-Fikr al-Islâmiy” menjelaskan bahawa:
“Jihad adalah usaha mengerahkan seluruh kemampuan untuk berperang di jalan Allah, sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti dengan memberikan bantuan kewangan, menyampaikan pendapat berkaitan jihad, atau membangkitkan semangat pasukan. Peperangan yang bertujuan menegakkan kalimah Allah inilah yang dinamakan ‘jihad’.”
Beliau turut menjelaskan bahawa jihad melalui penyampaian pendapat dapat dikategorikan sebagai jihad jika pendapat itu mempunyai hubungan langsung dengan peperangan. Contohnya, memberi pandangan tentang strategi perang, menyusun rancangan pertahanan, atau mengemukakan cadangan yang berkaitan dengan strategi perang dan sebagainya, maka usaha seperti ini termasuk dalam kategori jihad.
Berbeza dengan menyampaikan pandangan tentang keadaan musuh, maka ia tidak termasuk dalam makna jihad. Tetapi, berpidato di hadapan tentera untuk membangkitkan semangat mereka, atau menulis artikel yang mengobarkan peperangan, termasuk dalam kategori jihad.
Jika sesuatu usaha tidak berkaitan langsung dengan aspek-aspek tersebut, maka ia tidak boleh dikategorikan sebagai jihad. Oleh itu, makna “jihad” secara syarak adalah khusus kepada peperangan atau segala sesuatu yang mempunyai kaitan langsung dengannya. Para mujahid adalah mereka yang benar-benar terlibat secara langsung dalam medan perang.”
Daripada penjelasan ini, dapat disimpulkan bahawa “jihad” merupakan istilah khusus dengan makna tertentu, dan tidak boleh digunakan untuk amalan lain yang tidak berkait langsung dengan peperangan di jalan Allah. Oleh sebab itu, menuntut ilmu dan mengajarkannya, menyantuni fakir miskin, atau mengurus anak-anak yatim, walaupun amalan-amalan ini sangat mulia dan berpahala, tetap tidak boleh disebut sebagai “jihad”. Ia hanya boleh disebut jihad dalam erti bahasa semata-mata, iaitu sekadar “bersungguh-sungguh”.
Sumber: “Al-Fikr al-Islâmiy” – Muhammad Muhammad Ismail
#jihad #qital #perang