Penting Mengajarkan Sejarah Kepada Anak
Oleh: Arini Retnaningsih
“Iran hebat.”
“Iran berjaya mengalahkan Israel.”
“Iran telah memberikan pelajaran kepada Israel agar tidak melakukan sewenang-wenang terhadap Islam.”
“Iran satu-satunya negara yang berani melawan Israel dan AS.”
“Hanya Iran yang berani membela Palestin.”
Ibu dan ayah, pendapat seperti di atas telah tersebar di media sosial kita baru-baru ini. Memang sepintas lalu, ia kelihatan seperti itu. Pendapat ini direka untuk menunjukkan kehebatan Iran dan kekalahan entiti Yahudi, khususnya di Indonesia yang telah lama membenci negara Zionis tersebut.
Maka kita, yang telah sekian lama kecewa melihat saudara-saudara kita di Gaza dibantai oleh Zionis Yahudi tanpa boleh berbuat apa-apa, ikut bersorak gembira melihat dron dan peluru berpandu Iran menghentam bandar mereka. Padahal, itu semua hanyalah “lakonan pentas” di arahkan AS sebagai pengarahnya. Bagaimana kita tahu bahawa itu adalah lakonan? Iaitu daripada kenyataan fakta hari ini dan fakta sejarah yang panjang dari perjalanan Iran, “Israel” dan AS.
Masalahnya, dalam masyarakat Indonesia misalnya, sejarah bukanlah salah satu bentuk bacaan yang popular. Apatah lagi menurut data UNESCO, minat membaca masyarakat Indonesia sangat rendah, hanya 0.001%. Ini bermakna, daripada setiap 1,000 orang Indonesia, hanya 1 orang yang rajin membaca (Kompas.com, 01/12/2025).
Inilah sebabnya mengapa rakyat marhaen begitu mudah diperbodohkan, tanpa menyedari adanya penyelewengan fakta dan sejarah. Itulah sebabnya, mengapa kita mesti mendidik anak-anak kita untuk celik sejarah!
Pentingnya Mempelajari Sejarah
Membaca sejarah akan membantu kita untuk memperoleh perspektif yang holistik tentang sesuatu isu. Tidak terjebak hanya pada peristiwa yang boleh dilihat. Hal ini akan membolehkan kita menganalisis isu dengan jelas. Seterusnya, kita boleh merumuskan solusi atau langkah-langkah yang diperlukan ke hadapan dengan tepat.
Sebagai contoh, jika kita melihat PBB hari ini, kita mungkin membuat kesimpulan bahawa ia memainkan peranan penting untuk perdamaian. Namun, jika kita meneliti sejarah pembentukannya, nampaknya ia hanyalah alat yang digunakan oleh negara-negara besar untuk mengawal negara-negara lain. Dengan demikian, sejarah boleh mengajar kita untuk berhati-hati dalam membuat kesimpulan. Kesimpulan yang salah, boleh menyebabkan kita tersalah langkah.
Sejarah juga menentukan bagaimana kita merumuskan masalah beserta solusinya. Solusi two state kepada perang Gaza dengan entiti Yahudi adalah solusi daripada mereka yang tidak memahami sejarah. Dari sejarahnya, tanah Palestin adalah milik umat Islam yang diduduki oleh British pasca kekalahan Khilafah Uthmaniyah dalam Perang Dunia I. Britishlah yang membawa masuk orang-orang Yahudi ke Palestin dan menubuhkan negara “Israel” di wilayah Palestin. Maka dari itu, membentuk two state di Palestin adalah seperti kita membenarkan pencuri memasuki rumah kita tanpa persetujuan kita, mengambil alih sebahagian daripada rumah kita, kemudian menindas dan selalu mencederakan kita. Padahal kita adalah tuan rumah.
Sejarah juga memberi pengajaran kepada kita agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti mereka pelaku sejarah pada masa lalu. Apabila kita tahu bahawa Yahudi dalam sejarahnya selalu mungkir janji, kita tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka dalam menyelesaikan masalah kita.
Dengan demikian, jika kita ingin menguasai landskap politik global, sejarah adalah perkara yang mesti kita pelajari. Begitu juga, jika kita mahu anak-anak kita menjadi ahli politik dan para pemimpin Islam, mengajarkan sejarah kepada mereka adalah perkara penting yang perlu dilakukan.
Cara Mengajar Sejarah kepada Anak
Ibu dan ayah, berikut adalah beberapa tips untuk mengajar sejarah kepada anak.
Pertama: Membentuk perspektif yang benar kepada anak sebelum belajar sejarah. Perspektif ini adalah ibarat pisau yang akan digunakan untuk mengupas persoalan. Tanpa perspektif ini, sejarah hanya sekadar hafalan tentang nama, tahun, dan tempat.
Seorang Muslim hanya menggunakan akidah Islam sebagai perspektifnya dalam melihat setiap peristiwa. Oleh itu kita hendaklah membentuk dan menguatkan akidah anak-anak terlebih dahulu sehingga mereka memiliki standard dalam menilai suatu peristiwa sejarah. Sebagai contoh, walaupun dia belajar bahawa sejarah Kekhilafahan kadangkala diwarnai dengan pertumpahan darah, dia memahami bahawa Khilafah adalah satu-satunya metode untuk menerapkan syariah Islam agar dia tidak membesar memusuhi Khilafah.
Kedua: Mengajarkan sejarah daripada sumber-sumber yang terpercaya. Sejarah selalunya ditulis oleh pihak yang berkuasa. Dengan demikian, sering berlaku bias dan penyelewengan sejarah sesuai dengan kepentingan penulisnya. Malah, boleh jadi ada fakta-fakta yang dihilangkan, disamarkan, atau diubah untuk membentuk persepsi tertentu. Kerana itulah, kita tidak boleh membaca sejarah hanya dari satu sumber atau sejarah yang mempunyai rujukan yang lemah. Kita perlu menyampaikan perkara ini kepada anak-anak agar mereka kritis dalam merujuk pelbagai peristiwa sejarah dan mengelak daripada membuat kesimpulan yang salah.
Ketiga: Kita boleh mengajarkan sejarah kepada anak melalui pelbagai media. Misalnya melalui buku-buku sejarah daripada sumber-sumber terpercaya yang disesuaikan dengan tahap umur mereka. Kita juga boleh menggunakan YouTube, rancangan di TV dan pelbagai platform media sosial yang telah dipilih dengan teliti untuk kesahihannya. Berdasarkan dari buku atau apa yang dia lihat, kita boleh memulakan perbincangan. Perbincangan ini sangat penting kerana ia boleh gunakan untuk membetulkan jika ada fakta-fakta sejarah yang menyimpang dan mengajar anak-anak bagaimana membuat kesimpulan dan menyikapi suatu peristiwa. Adalah penting untuk diingat, bahawa suasana perbincangan mestilah sedemikian rupa agar menarik minat anak-anak dan membangkitkan keinginan mereka untuk mempelajari lebih banyak.
Keempat: Materi sejarah yang kita ajarkan boleh disesuaikan dengan tahap umur dan perkembangan pemikiran anak-anak. Untuk anak usia dini sehingga hampir baligh, kita mulakan dengan menyampaikan sejarah Islam, keteladanan Rasulullah SAW, sahabat beliau dan pahlawan-pahlawan dalam Islam. Seiring bertambahnya informasi anak, kita boleh mengajarkan sejarah penaklukan Islam ke pelbagai tempat di dunia termasuk Palestin.
Setelah anak mulai remaja, kita tingkatkan pengajaran dengan sejarah yang lebih luas, termasuk konfigurasi poltik dunia sebelum dan selepas zaman Renaissance, Perang Dunia, usaha meruntuhkan Daulah Islam, kemunculan PBB sehingga kemunculan strategi untuk menghalang penubuhan Khilafah melalui nasionalisme, liberalisme, sekularisme dan moderasi beragama. Kita menyampaikan semua ini pada saat yang sesuai. Tidak perlu tergesa-gesa untuk menyampaikan semuanya sekaligus.
Kelima: Perkara yang paling penting ialah kita mesti memahamkan kepada anak tentang hakikat bahawa sejarah bukan dalil Syariah, melainkan sekadar himpunan fakta-fakta yang menyokong kesimpulan dan pelajaran kepada kita. Kerana itu, adalah satu kesilapan besar jika mengatakan bahawa hukum mengambil undang-undang Barat adalah boleh kerana pernah diterapkan oleh Khilafah Uthmaniyyah sebagai perundangan negara.
Namun, boleh bagi kita untuk menyampaikan kepada anak-anak bahawa Khilafah Uthmaniyyah menerima pakai perundangan Barat disebabkan oleh kekeliruan. Sebagai umat Islam, kita mesti belajar daripada sejarah ini, iaitu mesti memahami Islam dengan benar agar tidak terjerumus dalam kesalahan yang sama seperti pendahulu kita.
Keenam: Untuk mengajarkan sejarah kepada anak-anak dengan baik, kita juga mesti mengkaji dan memahami sejarah yang benar. Kerana itu, ibu bapa hendaklah rajin membaca, mengikuti perkembangan situasi terkini, mendengarkan pendapat para ahli sejarah, dan membincangkan dengan ibu bapa yang lain untuk memperluas wawasan politik.
Demikianlah, ibu dan ayah. Kita tidak cukup hanya mendidik anak-anak dengan kefahaman agama, tsaqafah Islam dan sains. Kita juga perlu mewarnai pemahaman anak dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah manusia. Kita berharap anak-anak mampu mengambil ibrah, berfikir politik untuk menyelesaikan masalah-masalah umat dan mampu merumuskan langkah-langkah yang tepat dengan pemahamannya tentang fakta yang sedang atau yang telah berlaku. Allah Maha Benar sebagaimana firman-Nya:
لَقَدۡ كَانَ فِي قَصَصِهِمۡ عِبۡرَةٞ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِۗ ١١١
”Sungguh pada kisah-kisah mereka (para nabi dan umat mereka) itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal (sihat).” (TMQ Yusuf [12]: 111).
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat