WAJIB MEMBEBASKAN SELURUH WILAYAH PALESTIN
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ (الأحزاب: ٧٠–٧١).
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, sesungguhnya dia menang dengan kemenangan yang agung.” [TMQ al-Ahzab (33): 70-71]
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Takwa adalah bekal terbaik menuju keselamatan di dunia dan akhirat. Dengan takwa, umat Islam akan kuat, bersatu dan terlindung daripada segala tipu daya musuh-musuhnya.
Gencatan senjata antara penjajah Zionis dan para pejuang Gaza kembali diumumkan. Dunia merasa lega, seolah semua penderitaan di Palestin telah berakhir. Namun sesungguhnya, Palestin belum merdeka.
Gencatan senjata itu hanyalah jeda di antara dua gelombang luka. Ratusan ribu tan bom telah meluluhlantakkan rumah, sekolah, masjid, bahkan hospital. Lebih daripada enam puluh ribu nyawa terkorban. Ribuan lainnya tertimbun di bawah reruntuhan. Gaza hari ini bukan hanya penjara terbesar di dunia, malah menjadi ladang pembantaian terbesar dalam sejarah kemanusiaan.
Perjuangan rakyat Palestin bukan semata perjuangan kemerdekaan politik, tetapi termasuk perjuangan akidah. Perjuangan mempertahankan tanah suci yang Allah tetapkan sebagai bahagian dari negeri kaum Muslimin.
Ketika Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab ra. menakluki Baitul Maqdis, beliau tidak menumpahkan darah penduduknya, melainkan menebarkan keadilan Islam. Sejak itu Palestin menjadi tanah kharaj, bahagian daripada wilayah kekuasaan Islam hingga berabad-abad lamanya.
Kini, setelah Zionis merampas wilayah Palestin, dunia justeru mencadangkan “solusi dua negara” — sebuah nama indah bagi kezaliman yang disahkan. Maknanya jelas: membenarkan penjajahan di atas tanah Islam.
Padahal Allah ﷻ telah berfirman:
﴿وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ﴾
“Dan janganlah kalian cenderung kepada orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka..” [TMQ Hūd (11): 113].
Ironinya betapa ramai pemimpin Muslim hari ini yang cenderung kepada kaum yang zalim itu. Mereka duduk bersama penjajah, berjabat dengan tangan yang berlumuran darah, dan tersenyum di hadapan mereka yang menistakan Masjid al-Aqsa yang penuh berkah.
Mereka bersembunyi di sebalik alasan kemanusiaan dan diplomasi. Padahal sesungguhnya mereka telah menelantarkan umatnya sendiri. Sungguh mereka telah mengabaikan sabda Rasulullah ﷺ:
مَا مِنِ ٱمْرِئٍ يَخْذُلُ ٱمْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، إِلَّا خَذَلَهُ ٱللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نَصْرَتَهُ
“Tidaklah seorang Muslim menelantarkan saudaranya di tempat di mana kehormatannya direndahkan, melainkan Allah akan menelantarkannya di tempat di mana dia sangat ingin ditolong.” (HR. Abū Dāwūd dan Aḥmad).
Gencatan senjata tidak bererti kemerdekaan telah dituai. Penyaluran bantuan tidak bererti penjajahan telah berakhir. Selagi kekuasaan Zionis masih berlaku, selagi tentera kafir masih menginjakkan kaki di bumi para nabi itu, selagi hukum Allah belum ditegakkan di sana — maka Palestin belum merdeka.
Solusi dua negara hanyalah perangkap. Ia bukan jalan perdamaian, tetapi jalan bagi menangguh perlawanan. Ia bukan keadilan, tetapi pengkhianatan terhadap darah para syuhada yang tumpah demi membela agama Allah.
Oleh kerana itu, wahai kaum Muslim, kita wajib kembali pada pandangan Islam tentang penjajahan: bahawa mengusir penjajah adalah kewajipan jihad fi sabilillah.
Imam Ibnu Qudāmah al-Maqdisī rahimahullāh menegaskan: “Jika kaum kafir menduduki suatu negeri kaum Muslim, maka penduduk negeri itu wajib memerangi mereka. Jika mereka tidak mampu, maka kewajipan itu meluas kepada kaum Muslim di negeri-negeri sekitarnya.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughnī, 9/228).
Begitulah pandangan Islam. Penjajahan tidak dilawan dengan perundingan, tetapi dengan jihad. Bukan dengan diplomasi, tetapi dengan kepemimpinan yang menegakkan syariah Allah secara kaffah.
Umat ini dulu pernah memiliki perisai yang melindungi seluruh kaum Muslim: Khilāfah Islāmiyah. Di bawah kepemimpinan para khalifah, umat Islam bersatu. Satu bendera. Satu pasukan. Satu komando. Apabila satu negeri Muslim diserang, maka seluruh Dunia Islam bangkit membela.
Sejarah mencatat, dulu di era Kekhalifahan Islam, ketika seorang wanita Muslimah ditawan oleh Romawi dan berteriak, “Wā Mu‘taṣimāh!”, maka Khalifah al-Mu‘taṣim Billāh menjawab dengan mengerahkan pasukan besar. Pasukan itu bukan saja berjaya membebaskan Muslimah tersebut, tetapi juga sekaligus berjaya menakluki benteng Amuriyyah. Itulah kekuatan umat ketika mereka memiliki kepemimpinan sejati.
Hari ini, umat Islam tercerai-berai dalam batas negara. Mereka terpecah-belah dalam ketundukan. Mereka dilemahkan oleh sistem kufur buatan manusia. Akibatnya, tidak hairan jika darah umat begitu murah, kehormatan mereka diinjak, dan tanah mereka dijarah.
Mari kita renungkan firman Allah ﷻ:
﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ﴾
“Sesungguhnya kaum Mukmin itu bersaudara.” [TMQ al-Ḥujurāt (49): 10].
Adakah wajar seorang saudara membiarkan saudaranya disembelih? Adakah wajar kita merasa tenang di rumah, sementara saudara kita di Gaza menahan lapar dan ketakutan?
Tidak, wahai kaum Muslimin. Ketenangan kita hari ini adalah ujian. Kepedulian kita adalah bukti keimanan. Diamnya kita terhadap kezaliman adalah tanda lemahnya jiwa.
Palestin belum merdeka. Penderitaan saudara-saudara kita di Gaza belum berakhir.
Kini, marilah kita renungkan, apa yang seharusnya menjadi sikap kita sebagai kaum Muslimin?
Pertama, menumbuhkan rasa peduli dan kepedihan hati terhadap nasib saudara kita. Nabi ﷺ bersabda:
الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang Mukmin bagi Mukmin lainnya bagaikan satu bangunan. Mereka saling menguatkan antara satu sama lain.” (HR al-Bukhārī dan Muslim).
Jangan biarkan hati kita membatu oleh berita yang berulang. Jangan biarkan mata kita kering dari air mata kerana terbiasa dengan darah dan reruntuhan di layar kaca. Setiap tangisan anak Gaza adalah panggilan bagi iman kita.
Kedua, memperbaharui keyakinan bahawa kemenangan sejati hanya akan datang apabila hukum Allah ditegakkan di muka bumi. Tidak ada keadilan sejati di bawah sistem kufur demokrasi. Tidak ada kemerdekaan hakiki tanpa ketaatan kepada Rabbul-‘Ālamīn.
Ketika para khalifah dahulu menegakkan syariah, umat Islam hidup dalam kemuliaan dan keamanan. Tidak ada penjajah yang berani menginjakkan kaki di tanah kaum Muslim. Namun ketika kepemimpinan Khilafah hilang, negeri-negeri Islam pun tercerai-berai, dan penjajah datang silih berganti.
Kita rindu kepada pemimpin seperti Khalifah al-Mu‘taṣim Billāh, yang bangkit menolong seorang wanita Muslimah yang dipermalukan musuh. Kita rindu pada keberanian Sultan Shalāḥuddīn al-Ayyūbī, yang menebus al-Quds daripada tangan Salibis dengan darah dan air mata. Kita rindu pada keadilan Khalifah‘Umar bin al-Khaṭṭāb, yang memuliakan setiap jiwa manusia di bawah panji Islam.
Allah ﷻ berfirman:
﴿وَعَدَ اللّٰهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ﴾
“Allah telah berjanji kepada orang-orang di antara kalian yang beriman dan beramal soleh, bahawa sesungguhnya Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.” [TMQ an-Nūr (24): 55].
Inilah janji Allah SWT yang pasti dan tidak akan pernah Dia ingkari.
Untuk itu marilah kita berdoa agar Allah SWT memuliakan kita kembali dengan tegaknya satu kepemimpinan Islam. Kepemimpinan yang menyatukan seluruh umat, menegakkan syariah secara kaffah serta mengemban risalah Islam dengan dakwah dan jihad ke seluruh penjuru dunia.
Diterbitkan oleh: Tim Media IDAROH [Ikatan Da’i Rohmatan lil ‘Aalamiin]
#FreePalestinWithJihadAndKhilafah #FreePalestine #ArmiesToAqsa #ArmiesToGaza #TegakKhilafah #TerapIslamKaffah