Kesatuan Ummah dan Negara Adalah Isu Vital
(Terjemahan)
Oleh: Ustaz Muhammad Jami’ (Abu Ayman)
Isu vital ialah isu yang melibatkan keputusan hidup atau mati. Isu vital adalah persoalan hidup dan mati. Al-Quran al-Karim menegaskan bahawa umat Islam itu adalah satu Ummah, berbeza daripada semua yang lain. Allah SWT berfirman:
﴿وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ﴾
“Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu.” (TMQ al-Mu’minun: 52).
Islam mengharamkan perpecahan dan pemecahan umat ini, serta menjadikan kesatuannya dan kesatuan negaranya sebagai soal (perkara) takdir, yang menuntut hanya satu pilihan: hidup atau mati. Rasulullah SAW bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim:
«فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ، فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِناً مَنْ كَانَ»
“Sesiapa yang ingin memecah-belahkan urusan ummah ini sedangkan ia bersatu, maka penggallah dia dengan pedang, siapa pun dia.”
Apabila isu vital kesatuan ini diketepikan daripada tempatnya yang sepatutnya, maka orang-orang kafir yang dipimpin oleh Amerika, dengan bantuan sebahagian kaum Muslimin, telah berjaya memecah-belahkan Sudan dan memisahkan bahagian selatannya. Sebahagian kaum Muslimin berdiam diri terhadap dosa besar ini, sebagaimana mereka juga berdiam diri terhadap pemusnahan Gaza dan pembunuhan penduduknya dalam saat-saat sempit ini. Mereka juga berdiam diri terhadap kejatuhan El Fasher selepas berbulan-bulan dikepung secara zalim, dibedil dan dibunuh secara tidak adil. Begitu juga sama seperti mereka sebelum ini berdiam diri terhadap penghancuran Khilafah, pencerobohan Iraq dan Afghanistan, pemecahan Kashmir, kehilangan Chechnya, Bosnia dan Herzegovina, Burma dan Turkistan Timur, serta pencabulan terhadap wanita-wanita Muslim. Ummah sedang diselubungi kelalaian dan sikap tidak bertindak, sementara jenayah-jenayah ini berlalu di depan mata dan sampai pada pendengarannya.
Setelah selesai memisahkan Sudan Selatan, Amerika kini kembali untuk melaksanakan rancangan yang sama bagi memecah-belahkan Darfur, melalui apa yang dinamakan sebagai rancangan “Sempadan Berdarah” (Blood Borders). Rancangan ini diterbitkan pada 1 Jun 2006 bersama peta baharu Timur Tengah yang diterbitkan oleh jurnal ketenteraan Amerika yang khusus, Armed Forces Journal. Peta yang dilukis oleh Ralph Peters, seorang kolonel tentera Amerika Syarikat yang telah bersara, membahagikan rantau ini kepada negara-negara “Sunni”, “Syiah” dan “Kurdi”, di samping apa yang beliau namakan sebagai “Negara Suci Islam” (Islamic Sacred State) yang merangkumi dua Masjid Suci dan bebas daripada Arab Saudi, Lubnan Raya, Jordan yang diperluas ke arah selatan, serta entiti-entiti kecil lain. Kajian ini merupakan perkembangan kepada projek pemecahan yang dirangka oleh Bernard Lewis, yang dikenali sebagai “Doktrin Lewis” dan “Perjanjian Sykes-Picot baharu” sejak tahun 1980-an, iaitu suatu susunan nasionalis sekular demokratik yang dibentangkan dalam Syarahan Memorial Henry M. Jackson pada 11 Mac 1992 bertajuk “Rethinking the Middle East”.
Amerika, yang mengatur pemisahan Sudan Selatan atas nama perjanjian damai palsu yang kononnya, dengan menggunakan tangan para pemerintah dan pemberontak, dengan restu ahli politik, sebahagian tokoh media, serta diamnya para ulama agama, kini cuba—setelah menyediakan paltform di Darfur yang dikuasai oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF)—untuk memisahkannya daripada Sudan. Pihak pemisah kini menguasai seluruh Darfur dan telah menubuhkan apa yang mereka panggil sebagai negara mereka dengan mengisytiharkan kerajaan sejajar (parallel government) di Nyala, ibu negeri Darfur Selatan. Ini kerana Amerika sedang berusaha mendapatkan gencatan senjata selama tiga bulan yang akan dilanjutkan kepada sembilan bulan, bagi membolehkan Pasukan Sokongan Pantas menyusun barisan dan membina sebuah negara, berdasarkan pelan hala tuju yang dibentangkan oleh kerajaan Burhan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Duta Al-Harith Idris, wakil Sudan ke PBB, kepada Setiausaha Agung António Guterres pada 10/3/2025, dan yang menjadi asas kepada kenyataan negara-negara Quad dalam mesyuarat mereka di Washington yang dipimpin oleh Amerika pada 12/9/2025. Hal ini disahkan oleh kenyataan Massad Boulos, utusan Trump bagi hal ehwal Afrika, yang sering diulanginya, termasuk yang terbaharu dalam wawancaranya bersama saluran Al Jazeera pada 15/11/2025: “Washington telah mengemukakan inisiatif gencatan senjata kemanusiaan selama tiga bulan di Sudan, dengan sokongan rakan-rakan Quad.” Beliau menjelaskan bahawa inisiatif tersebut bertujuan melaksanakan pelan hala tuju terperinci yang dipersetujui Quad pada 12 September tahun lalu untuk mencapai keamanan berkekalan di Sudan.
Bagaimanakah rakyat Muslim Sudan boleh membenarkan Amerika melakukan perkara ini di negara mereka, memerangi Deen mereka, merompak kekayaan mereka, dan memecah-belahkan negara mereka?! Di manakah orang-orang bijaksana dan cendekiawan negara ini? Di manakah mereka yang berpuasa dan mendirikan solat malam, yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?! Di manakah para pegawai setia dalam angkatan tentera, yang telah berjanji kepada Allah SWT untuk melindungi agama, tanah air dan maruah?! Di manakah para ulama yang mulia, pewaris para Nabi SAW? Di manakah orang-orang terhormat Sudan, lelaki dan wanita, tua dan muda, serta keturunan mereka yang bangkit menentang British, menewaskan mereka dengan tegas, dan membunuh ketua mereka pada 26 Januari 1885, Mejar Jeneral Charles George Gordon, anak kepada seorang pegawai tentera Britain, negara yang terkemuka ketika itu. Bapanya juga seorang mejar jeneral dalam tentera British, manakala beliau sendiri menerima pendidikan di Fullands School di Taunton, Taunton School, dan Akademi Tentera Diraja Woolwich. Pembunuhannya merupakan peristiwa besar dalam sejarah Britain pada waktu itu. Mereka inilah yang membebaskan Khartoum daripada penjajah Inggeris, mematahkan kekuasaannya, dan menamatkan riwayat seorang jeneral yang membunuh manusia demi meluaskan jajahan British. Peristiwa itu menyakiti Britain dan memaksa mereka berfikir semula tentang penjajahan Sudan.
Penyelesaian yang radikal ialah mendirikan negara Islam, negara berteraskan akidah dan Syariah, Khilafah Rasyidah menurut manhaj kenabian. Ia sahaja yang memelihara ummah, mempertahankan kesatuannya, dan menegakkan hukum Syariah Tuhannya. Ia merupakan antara kewajipan Syariah yang paling wajib (mahkota kewajipan) pada hari ini, agar kita dapat menunaikan sabda Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim daripada ‘Arfajah:
«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ، أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوهُ»
“Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu bersatu di bawah seorang pemimpin, lalu dia mahu memecahkan kesatuan kamu atau memisahkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia.”
Kami berusaha merealisasikan janji Allah SWT tentang penggantian kekuasaan (istikhlaaf) di bumi, peneguhan (tamkeen) Deen, dan penggantian rasa takut dengan keamanan. Allah SWT adalah Tuhan kami, Ilah kami dan Pencipta kami. Janji-Nya adalah benar, dan Allah tidak memungkiri janji-Nya:
﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً﴾
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)…” (TMQ an-Nur: 55).
Peluang masih ada untuk menggagalkan rancangan musuh Amerika hari ini dan mematahkan konspirasi ini, yang tidak akan terhenti melainkan dengan pergantungan (tawakkal) rakyat Sudan kepada Allah SWT dan permohonan kemenangan (nasr) daripada-Nya. Ini adalah disebabkan daripada iman mereka dan kefahaman mereka terhadap kewajipan Syariah tentang kesatuan ummah dan kesatuan negara, serta pengharaman memecah-belahkan ummah dan merobek negara, dan bahawa ia adalah isu vital yakni sangat penting lagi utama, yang demi mempertahankannya nyawa dan jiwa dikorbankan.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
﴿يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
“Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (TMQ an-Nur: 55).
Wahai kaum Muslimin Sudan: Adakah kita mempercayai janji Allah SWT dan khabar gembira daripada kekasih kita Muhammad SAW yang bersabda:
«ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
“Kemudian akan ada Khilafah menurut manhaj kenabian,”
atau adakah kita tunduk kepada Amerika serta ejen-ejennya dan rancangan-rancangan mereka?
Kami di Hizbut Tahrir telah memilih untuk bersama Allah Yang Maha Agung, menolong-Nya, beriman kepada-Nya, dan merealisasikan khabar gembira Rasul-Nya SAW dengan mendirikan Negara Islam, Khilafah Rasyidah menurut manhaj kenabian. Maka marilah bersama kami, kerana Allah SWT pasti akan menolong kami. Allah SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (TMQ Muhammad: 7).
* Penolong Jurucakap Hizbut Tahrir di Wilayah Sudan
Sumber: Akhbar Al-Rayah – Edisi 577 – 10/12/2025
#SudanCrisis #KrisisSudan #SaveSudan #WeNeedKhilafah #IslamUnity #AynalMuslimun #UmmatanWahidah #1Ummah1Perjuangan