بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ucapan Tokoh Ulama dan Amir Hizbut Tahrir
Al-Alim Al-Jalil Sheikh Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah (Semoga Allah Melindunginya)
Sempena Peringatan Tahun ke-105 Runtuhnya Daulah Khilafah
Segala puji bagi Allah, dan selawat serta salam ke atas Rasulullah, keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan para pengikutnya. Amma ba’du..
Kepada umat Islam, umat jihad, keadilan dan kebajikan, dengan izin Allah. Umat terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia. Semoga Allah memberikannya kemenangan dan kekuasaan.
Kepada para pendukung dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah Rasyidah (Khilafah yang mendapat petunjuk), yang kami menganggap mereka, dengan izin Allah, sebagai golongan yang soleh, suci, mulia dan diberkati.
* Pada hari-hari yang serupa ini, 105 tahun yang lalu, pada akhir bulan Rajab 1342H, bersamaan dengan awal Mac 1924M, penjajah kafir yang dipimpin oleh Britain ketika itu, dengan kerjasama para pengkhianat Arab dan Turki, telah berjaya menghancurkan Khilafah. Penjenayah zaman itu, Mustafa Kemal, secara terang-terangan melakukan kekufuran yang nyata dengan menghapuskan Khilafah, mengepung Khalifah di Istanbul dan mengusirnya di waktu subuh pada hari itu juga. Maka berlakulah satu goncangan dahsyat yang melanda negeri-negeri umat Islam dengan runtuhnya Khilafah, sumber kemuliaan mereka dan keredhaan Tuhan mereka.
Sudah menjadi kewajipan ke atas umat untuk memeranginya dengan pedang, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi ﷺ yang disepakati, daripada Ubadah bin al-Samit r.a:
«وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْراً بَوَاحاً عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ»
“Dan bahawa kami tidak akan merebut kekuasaan daripada pemiliknya, kecuali jika kamu melihat kekufuran yang nyata (kufran bawaahan), yang kamu mempunyai bukti daripada Allah mengenainya.”
Namun umat telah cuai dalam hal ini, dan tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk menghentikan penjenayah itu dan para penyokongnya serta menewaskan mereka. Bahkan, goncangan akibat kehilangan Khilafah terus berlanjutan. Kemudian pengaruh penjajah kafir merebak di negeri-negeri umat Islam, lalu mereka membahagikan tanah-tanah itu dan mengoyakkannya sehingga menjadi kepingan-kepingan yang mencapai kira-kira 55 serpihan!
* Kemudian para pemerintah ruwaybidah (pemerintah kecil, hina dan tidak layak) di negeri-negeri umat Islam menambah satu lagi goncangan dengan kegagalan mereka menghalang orang-orang Yahudi daripada menduduki Tanah yang Diberkati, tempat Isra’ dan Mikraj Nabi ﷺ. Mereka kemudian jatuh lebih hina lagi dengan berlumba-lumba melakukan normalisasi dengan entiti Yahudi tanpa sebarang pengunduran (tanpa syarat penarikan diri, pent.) daripadanya!
Sebahagiannya melakukan jenayah normalisasi secara tertutup, sementara yang lain melakukannya secara terang-terangan, siang dan malam. Oleh itu, mereka semua bergegas ke arah kejahatan ini, tanpa menghiraukan kehinaan yang menyelubungi mereka dari kepala hingga ke kaki.
(سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ)
“…Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.” (TMQ Al-An’aam [6]:124)
* Beginilah keadaan kalian wahai kaum Muslimin selepas Khilafah dilucutkan daripada kalian, dan kalian diperintah oleh pemerintah ruwaybidah yang hari ini tunduk pada perintah thaghut Trump yang zalim, termasuklah dalam urusan di Gaza (Hashim) dan seluruh Tanah yang Diberkati (Palestin).
Pada September 2025, Trump mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri Arab Saudi, UAE, Qatar, Mesir, Jordan, Turkiye, Indonesia dan Pakistan, di sela-sela Perhimpunan Agung PBB, yang disifatkannya sebagai mesyuarat paling penting. Kemudian dia mengemukakan, atau lebih tepat memaksakan, satu rancangan 20 perkara ke atas mereka. Perkara-perkara dalam rancangan itu jelas menggambarkan kehilangan Gaza, penundukannya dan penjajahannya untuk dijadikan `laman belakang’ bagi kesenangan Trump dan entiti Yahudi.
Selepas itu, Sisi mengadakan sambutan di Mesir (al-Kinanah) untuk Trump dan rancangan jahatnya itu. Ini merupakan permulaan kepada Resolusi Majlis Keselamatan 2803, yang mengenakan sistem peramanahan atau majlis penjajahan untuk mentadbir Gaza (Hashim), yang dia namakan sebagai Majlis Keamanan! Kemudian Trump mengisytiharkan bahawa dia akan mengumumkan ahli-ahli majlis tersebut yang dipimpin olehnya di Gaza pada awal tahun ini, 2026. Al Jazeera juga memetik Trump sebagai berkata bahawa dia berkemungkinan akan melantik seorang jeneral Amerika untuk mengetuai pasukan pengaman di Semenanjung Gaza (Al Jazeera, 11/12/2025).
Dengan kata lain, Trump mengawal majlis pemerintahan dan pasukan keselamatan di Gaza! Kemudian, utusannya Witkoff, bertemu dengan negara-negara `perantara’—Turkiye, Mesir dan Qatar—di Miami pada 19/12/2025 untuk memajukan fasa kedua perbincangan mengenai cara mengerahkan pasukan pengaman dan melucutkan senjata Hamas, serta membincangkan langkah-langkah praktikal pelaksanaannya!
Selepas itu, Trump bertemu Netanyahu di Florida dan berkata : “Pertemuan itu sangat produktif”. Dia menambah kepada wartawan : “Rundingan itu membincangkan isu pelucutan senjata Hamas, menekankan bahawa mereka perlu melucutkan senjata dalam tempoh masa yang agak singkat, dan (jika tidak) ada `neraka’ yang akan mereka bayar” (BBC, 30/12/2025).
Trump berkata demikian sembari membekalkan entiti Yahudi dengan semua jenis senjata, senjata berat dan pemusnah, dalam perang kejam ke atas Gaza yang mengancam manusia, pokok-pokok dan batu-batu. Trump melakukan semua ini di bawah perhatian dan dalam pengetahuan para pemerintah negeri-negeri umat Islam yang telah mengkhianati Tanah yang Diberkati, dengan sikap berdiam diri terhadap pembebasannya, malah memuji Trump atas rancangan 20 perkaranya!
* Palestin bukan satu-satunya tempat yang dikhianati oleh para pemerintah ini. Mereka juga mengkhianati negeri-negeri yang mereka tadbir, bertindak bagi pihak dan atas arahan penjajah kafir, terutamanya Amerika. Sudan Selatan dipisahkan dari Utara, dan Darfur kini menuju jalan yang sama. Libya juga tenggelam dalam konflik dan dibahagikan kepada dua negara. Yaman terbahagi kepada Utara dan Selatan, manakala Selatan pula semakin berpecah!
Syria baharu telah mencampakkan dirinya ke dalam pelukan Amerika, membebaskan kaki tangan dan samseng rejim kuku besi terdahulu, namun menahan anggota Hizbut Tahrir yang menyeru kepada Khilafah, memenjarakan mereka dan menjatuhkan hukuman terhadap mereka sehingga sepuluh tahun.
Tidak berpuas hati dengan setakat itu, para pemerintah ruwaybidah ini kemudian menyerahkan bahagian lain dari tanah Islam. Kashmir diilhak oleh kaum musyrik Hindu. Rusia pulak mengilhak Chechnya dan wilayah Muslim lainnya di Asia Tengah. Timor Timur dirampas dari Indonesia. Cyprus, yang sekian lama menjadi kubu umat Islam, kini sebahagian besarnya dikuasai Greece. Umat Islam Rohingya dibantai di Myanmar, dan apabila mereka menjadi pelarian ke Bangladesh, rejim di sana pula menindas mereka dan gagal membantu melawan musuh mereka. Begitu juga Turkistan Timur, yang diserang dengan kejam oleh China—kekejaman yang bahkan binatang buas pun menghindar. Namun negara-negara yang sedia ada hari ini di tanah-tanah umat Islam bungkam ibarat kuburan; dan jika mereka bersuara, mereka mengatakan bahawa penindasan China terhadap umat Islam adalah urusan dalaman!
(كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِباً)
“…besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.” (TMQ Al-Kahfi [18]:5)
Wahai para tentera dalam angkatan tentera umat Islam!
Tidakkah kamu mampu mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu dari kalangan para tentera Muslim terdahulu dan menunaikan kewajipan Allah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa, dengan membebaskan Palestin dan Gaza (Hashim) melalui jihad di jalan Allah, (yang merupakan) puncak tertinggi ajaran Islam? Dan kemudian mengembalikan setiap inci tanah umat Islam yang telah dipisahkan dari asalnya atau dirampas oleh penjajah kafir di timur dan barat bumi, serta mengejar mereka hingga ke negeri mereka sendiri?
Tidakkah kamu mampu?
Ya, demi Allah, dengan izin-Nya, kamu pasti mampu.
* Kamu adalah anak-anak kepada umat Islam, Umat Rasulullah ﷺ, Umat Muhajirin dan Ansar, Umat Khulafa’ ar-Rasyidin (Para Khalifah yang mendapat petunjuk) serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka; keturunan Harun ar-Rasyid, yang membalas tindakan Maharaja Byzantine yang telah memungkiri perjanjian dengan umat Islam dan menyerang mereka dengan kata-kata: “Jawapannya adalah apa yang kamu lihat, bukan apa yang kamu dengar!” — dan ia benar-benar terjadi. Kamu juga adalah keturunan al-Mu‘tasim, yang memimpin tentera besar untuk menolong seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom, setelah wanita itu menjerit, “Wahai Mu‘tasim!”. Dan kamu adalah keturunan Salahuddin al-Ayyubi, penakluk Tentera Salib dan pembebas al-Aqsa daripada kekotoran mereka pada 27 Rejab 583H (2 Oktober 1187M).
* Kamu adalah keturunan Muhammad al-Fatih, amir muda yang dimuliakan Allah dengan pujian Rasulullah ﷺ sebagai penakluk Konstantinopel:
«فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ»
“Sebaik-baik amir (pemimpin) adalah amirnya (pemimpinnya), dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
Kota itu kemudian dibuka olehnya pada tahun 857H (1453M).
Kamu juga adalah keturunan Sultan Selim III, pada zamannya Amerika Syarikat membayar ufti tahunan kepada walinya (gabenor) di Algeria sebanyak $ 642,000 dalam emas, sebagai tambahan kepada 12,000 lira emas Uthmaniyyah, sebagai imbalan untuk pembebasan tawanan mereka yang ditahan di Algeria, serta izin berlayar di Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean tanpa sekatan daripada armada laut Uthmaniyyah.
Buat pertama kalinya juga, Amerika terpaksa menandatangani perjanjian bukan dalam bahasa mereka sendiri, tetapi dalam bahasa Daulah Uthmaniyyah, pada 21 Safar 1210H (5 September 1795M).
* Kamu adalah keturunan Khalifah Abdul Hamid, yang memanggil duta Perancis di Istanbul dan sengaja menemuinya dengan berpakaian seragam tentera, lalu mengancamnya supaya menghentikan sebuah pementasan yang menghina Nabi Muhammad ﷺ dengan berkata:
“Aku adalah Khalifah umat Islam… Aku akan menjungkirbalikkan dunia di atas kepala kamu jika pementasan itu tidak dihentikan.”
Perancis akur dan mengharamkannya pada tahun 1307H (1890M).
Kamu juga adalah keturunan sang Khalifah ini, juga tidak tergoda oleh tawaran jutaan syiling emas yang ditawarkan oleh orang Yahudi kepada Perbendaharaan Negara (Baitul Mal), dan beliau juga tidak gentar dengan tekanan antarabangsa supaya membenarkan mereka menetap di Palestin. Kata-katanya yang masyhur:
“Lebih mudah bagiku tubuh ini dipotong-potong daripada melihat Palestin dipisahkan daripada Khilafah.”
Beliau juga berpandangan jauh dengan berkata:
“Biarlah orang Yahudi menyimpan jutaan mereka… Jika Khilafah dikoyakkan (runtuh) suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.”
Dan itulah yang benar-benar berlaku!
Wahai umat Islam! Wahai tentera-tentera di negeri-negeri umat Islam!
Jika Khilafah kembali, kamu akan kembali kepada kegemilangan nenek moyang kamu, kerana perbuatan mereka menjadi bukti kekuatan mereka dan keredhaan Allah lah yang paling agung. Mereka mendirikan Khilafah dan menjaganya, jadi mereka dimuliakan, dimenangkan, serta meraih keredhaan Tuhan mereka. Kamu adalah keturunan mereka, jadi kembalilah kepada kebenaran yang mereka ikuti dan ikutlah ia, serta kembalilah kepada kegemilangan yang mereka ciptakan dan ciptakanlah ia. Tegakkan kembali Khilafah dan peliharalah ia.
Hizbut Tahrir berada di tengah-tengah kamu, maka sokonglah ia, kerana ia bekerja siang dan malam untuk mengembalikan cara hidup Islam dengan menegakkan Khilafah Rasyidah (Khilafah di atas metode yang benar). Ia memimpin umat dan membimbing mereka ke arah tugas besar ini, serta `mengganggu’ ketenteraman tidur para penjajah kafir dengan seruannya kepada Khilafah. Jadi, apa yang akan terjadi apabila Khilafah ditegakkan kelak dan sempadan-sempadan ciptaan penjajah kafir dihapuskan — yang ditarik dari pinggir Lautan Pasifik (tempat Indonesia dan Malaysia terletak) hingga ke pantai Atlantik (tempat Maghribi dan Andalusia terletak)?! Ketika itu umat Islam akan kembali menjadi satu umat di bawah satu negara, Khilafah Rasyidah, yang akan memuliakan Islam dan umat Islam serta menghinakan kekufuran dan orang kafir. Ia akan menuntut semula tanah-tanah umat Islam daripada tangan orang-orang kafir yang menjajah, mengejar mereka hingga ke dalam tanah mereka sendiri, serta kembali menerangi dunia sekali lagi.
Pada hari itu, kebenaran akan menang dan kebatilan akan sirna:
(وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً)
“Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (TMQ Al-Israa’ [17]:81)
Mungkin ada yang bertanya: “Adakah Khilafah mampu mencapai semua ini? Menciptakan kemenangan dan mengusir kekalahan? Membebaskan negeri Muslim dari penjajah bahkan mengejar mereka ke negerinya?”
Kami katakan: Ya, kerana Tuhan kami berfirman:
(إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ)
“…kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (TMQ Muhammad [47]:7)
Kemenangan sejati hanya dapat dicapai melalui penegakan negara Islam yang melaksanakan hukum-hukum Allah. Apabila ia ditegakkan, Allah (swt) akan memberinya kemenangan, dan ia menjadi teguh dan berkuasa, sehingga sekutu-sekutunya menghormatinya dan para musuh takut kepadanya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
«الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Imam adalah perisai; manusia berperang di belakangnya dan dilindungi olehnya.”
Khalifah (pemimpin) dan Khilafah (negara Islam) adalah perisai, iaitu pelindung. Dan sesiapa yang mendapat perlindungan, dengan izin Allah, akan menang pada akhirnya; tanahnya tidak akan hilang, dan musuhnya tidak akan berani mendekatinya.
Sejarah Khilafah membuktikan hal ini. Di manakah Byzantium dan tongkat kebesarannya? Di manakah Kisra dan empayarnya? Dan siapa lagi selain Daulah Islam, tentera Islam, dan keadilan Islam yang mengangkat seruan takbir di tanah-tanah luas yang terbentang dari lautan ke lautan? Sekiranya Khilafah mengetahui tanah-tanah di luar dua lautan, timur dan barat, nescaya ia pasti akan mengharungi kedalamannya untuk menyeru (berdakwah) kepada Allah, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Bijaksana.
* Dikatakan juga bahawa Hizbut Tahrir tidak mempunyai `barang dagangan’ (agenda, pent.) lain selain Khilafah; Ke mana sahaja ia pergi, yang dibicarakannya hanyalah Khilafah; ia tidak mengetahui apa-apa selain itu, dan tidak akrab dengan apa-apa selain itu. Kita katakan, ya, Khilafah adalah `dagangannya’ dan projeknya; ia adalah kemuliaan dan kekuatannya; ia adalah penjaga agama dan kehidupan dunia; ia adalah asas dan intipati.
Melaluinya hukum-hukum ditegakkan, sempadan ditakrifkan, pembukaan (futuhat) dicapai dan kepala ditegakkan (maruah diangkat) dalam kebenaran. Itulah apa yang dilakukan umat terdahulu sebelum mereka menyempurnakan urusan pengebumian jenazah Rasulullah ﷺ , walaupun ia adalah urusan yang sangat penting dan signifikan. Dan semua itu adalah disebabkan oleh keagungan dan kepentingan Khilafah, sebagaimana para Sahabat senior terdahulu melihat bahawa memberi tumpuan kepadanya adalah urusan yang lebih penting daripada kewajipan besar tersebut, iaitu menguruskan pengebumian Rasulullah ﷺ .
Wahai umat Islam! Wahai tentera-tentera di negeri Islam:
Penegakan Khilafah adalah persoalan hidup dan mati (qadhiyah mashiriyah) kaum Muslim. Kami yakin dengan janji kemenangan (pertolongan) Allah, dengan kemuliaan Islam dan umat Islam, dengan kembalinya Khilafah Rasyidah, dan perjuangan yang benar, dengan penghapusan entiti Yahudi yang menjajah Palestin, dan dengan pembukaan Rom sebagaimana Konstantinopel dibuka dahulu dan menjadi “Istanbul” yakni kota Islam (Darul Islam).
Kami yakin akan hal itu, sekalipun ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit di hati mereka berkata,
(إِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ غَرَّ هَؤُلَاءِ دِينُهُمْ)
“(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: “Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)”. “ (TMQ Al-Anfal [8]:49)
Semua kemenangan umat Islam ini adalah berdasarkan janji Allah (swt):
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ)
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi.” (TMQ An-Nur [24]: 55)
Dan itu adalah khabar gembira Rasul-Nya ﷺ bahawa selepas pemerintahan zalim (mulkan jabriyyan) yang kita jalani hari ini:
«ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَت»
“… Kemudian Dia mengangkatnya. Kemudian berlaku zaman pemerintahan kuku besi (Mulkan Jabriyyan). Maka berlaku zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian dia mengangkat apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlaku Zaman Khalifah yang berjalan seperti zaman kenabian Khalifah.” Kemudian Baginda diam.” (HR Ahmad)
Jadi Khilafah pasti akan kembali dengan izin Allah. Walau bagaimanapun, ia memerlukan usaha yang serius dan tekun untuk menegakkannya. Kerana sunnatullah, telah menetapkan bahawa Dia tidak akan menurunkan malaikat untuk menegakkan Khilafah untuk kita, dan memenuhi janji Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia serta khabar gembira Rasul-Nya ﷺ sementara kita hanya duduk diam. Sebaliknya, Dia akan menurunkan malaikat untuk membantu kita sementara kita bekerja dengan tekun, bersungguh-sungguh, jujur, dan ikhlas. Ketika itulah Allah (swt) akan memberikan kita kemenangan dan kejayaan di kedua-dua dunia (dunia dan akhirat), dan itulah kemenangan yang tertinggi.
Hizbut Tahrir sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuknya, dan menyampaikan khabar baik bahawa penegakannya sudah semakin hampir. Oleh itu, bersegeralah, wahai umat Islam! Bersegeralah wahai pemilik kekuatan (ahlul quwwah)! Sertailah seruan ini dan berikan dukungan (nusrah), dan bersegeralah untuk menegakkan Khilafah bersama-sama parti (Hizbut Tahrir), bukan sekadar menyaksikannya dari kejauhan. Kerana sesungguhnya kemenangan, dengan izin Allah, sudah hampir:
(إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً)
“Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”(TMQ At-Talaq [65]: 3)
وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ)
“…orang-orang yang beriman akan bergembira – Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (TMQ Ar-Rum [30]: 4–5)
Doa terakhir kami adalah segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan sekalian alam.
Wassalamu ‘Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Saudaramu,
Ata Bin Khalil Abu Al-Rashtah
Rajab 1447H
Januari 2026M
النسخة العربية
Teks asal (Arab): https://www.facebook.com/mediaoffice032025/posts/122157197564719924
Teks (Inggeris):
https://www.facebook.com/share/p/1BbEw2XYL5/
#أقيموا_الخلافة
#ReturnTheKhilafah
#YenidenHilafet
#TurudisheniKhilafah
#خلافت_كو_قائم_كرو
#Rejab #RejabBulanHaram #RefleksiRejab #MuhasabahRejab
#KebangkitanUmmah #Khilafah #BringbackKhilafah #TegakkanKhilafah