[ Rejab 1447H : Tahun Umat Islam Tanpa Khilafah | Mengangkat Khalifah Adalah Kewajipan Yang Paling Utama ]
Keutamaan Khalifah Umar Atas Perlantikan Khalifah
Semasa Umar (ra) merasakan yang ajalnya akan tiba, beliau telah mencalonkan enam orang sahabat untuk dipilih salah seorang daripadanya sebagai Khalifah. Umar (ra) berkata kepada keenam-enam calon tersebut:
Terjemahan:
“Apabila aku meninggal, bermesyuaratlah kalian selama tiga hari. Hendaknya Shuhaib yang mengimami solat orang ramai sehingga janganlah masuk hari keempat, kecuali kalian wajib sudah memiliki seorang amir (Khalifah)…kemudian Umar (ra) berkata kepada Shuhaib (ra), “Pimpinlah solat orang ramai selama tiga hari…jika lima orang telah bersepakat dan meredhai seorang (untuk menjadi Khalifah), lalu ada seorang yang menolak, maka penggallah leher orang yang menolak itu dengan pedang…” [Tarikh ath-Thabari, Juz 4, hal 229].
Begitulah ketegasan dan “ketaksuban” Umar dalam melantik seorang Khalifah, sehingga beliau memerintahkan agar dibunuh sahabat yang tidak bersetuju selepas berlalunya 3 hari.
Sejak dari pelantikan Abu Bakar (ra) sebagai Khalifah pertama umat Islam, umat Islam tidak pernah kosong dari mempunyai seorang Khalifah. Di sepanjang sejarahnya, umat Islam sentiasa melantik dan mempunyai seorang Khalifah walaupun di saat kelemahan pemerintahan Khilafah Uthmaniah. Umat Islam terus melantik dan memiliki seorang Khalifah sehinggalah runtuhnya Daulah Khilafah pada tahun 1924 di Turki, yang menjadi sejarah hitam ke atas umat Islam hingga kini.
Oleh kerana itulah, ramai ulama yang menegaskan bahawa mengangkat seorang Khalifah adalah kewajipan yang paling utama.
Sumber: Mykhilafah
#Rejab #RejabBulanHaram #RefleksiRejab #MuhasabahRejab
#KebangkitanUmmah #Khilafah #BringbackKhilafah #TegakkanKhilafah
#KhilafahSistemNegaraIslam