[Aktiviti] Roundtable Discussion : ‘ Wahyu Sebagai Lentera Pembinaan Masyarakat’
Alhamdulillah telah berlangsung acara meja bulat yang mengangkat perbincangan berkonsepkan refleksi Surah An-Nur. Acara ini mengajak para peserta memahami pentingnya wahyu sebagai panduan membina masyarakat yang sejahtera. Lebih-lebih lagi dalam mendepani gelapnya cabaran dan krisis moral yang semakin parah dalam masyarakat hari ini.
Semoga inti pengisian membina kesedaran para peserta akan pentingnya tanggungjawab sosial masyarakat yang Islami, sekaligus dapat dikongsikan kepada masyarakat di luar sana. Sesungguhnya setiap individu mempunyai peranan yang perlu bersinergi dengan masyarakat dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Hal ini juga sebenarnya perlu diterajui dan diperkukuhkan oleh negara yang bertanggungjawab menerapkan hukum Islam selari dengan wahyu yang diturunkan. Dengan itu, masyarakat akan benar-benar terpelihara daripada anasir yang merosakkan sekaligus membentuk peradaban yang bercahaya dan bersih di atas petunjuk ilahi, insyaAllah.
#RefleksiSurahAnNur #MajlisKajianMuslimah #WahyuCahayaUmmah #WahyuLenteraPeradaban




























