[Wawancara | Bahagian 3]
KH Shiddiq al-Jawi: Dunia Islam Mesti Bersatu di Bawah Naungan Khilafah
Gaza makin membara. Duka mereka makin menganga. Genosid ke atas bangsa Palestin masih terus dilakukan oleh Yahudi secara membabi-buta. Namun, dunia tetap diam seribu bahasa. Tak ada yang sudi membela. Termasuk negara-negara Arab dan sekitarnya. Mereka seolah-olah tak berdaya.
(Sambungan daripada bahagian 2/3)
[Soalan] Jika negeri-negeri Timur Tengah tidak boleh diharapkan, lalu model Negara Islam bagaimana yang boleh diharapkan agar dapat menyelesaikan semua permasalahan di Timur Tengah, bahkan dunia?
Jelas, yang boleh diharapkan adalah negara yang akan menyatukan seluruh umat Islam di seluruh negeri-negeri Islam di dunia menjadi satu kesatuan politik, iaitu Negara Khilafah. Tidak mungkin kita berharap pada negara-negara Arab yang ada sekarang di Timur Tengah, yang lemah kerana kekuatannya hanya bersifat sebahagian umat (partial), bukan seluruh umat. Selain itu, para pemimpin negara-negara Arab itu adalah ejen-ejen Amerika Syarikat, yang menjadi pelindung Israel. Bagaimana mungkin para budak (hamba) akan berperang melawan musuh yang dilindungi oleh majikannya sendiri?
[Soalan] Apa yang perlu dilakukan agar membangun Timur Tengah yang berpihak pada Islam?
Timur Tengah hendaklah dibangun atas dasar Islam melalui dua perkara strategik: Pertama, melepaskan kedudukan para pemimpinnya daripada ejen-ejen politik negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kedua, membangun kekuatan politiknya sendiri bagi umat Islam di seluruh dunia, dalam Negara Khilafah.
[Soalan] Dengan cara apa Khilafah dapat menyelesaikan permasalahan Timur Tengah dan Dunia?
Dengan menjalankan politik luar negerinya, iaitu nasyrul-Islam atau mengemban dakwah Islam sebagai risalah universal ke seluruh dunia, dengan metode atau tharîqah-nya, iaitu jihad fî sabilillah. Hal ini didahului dengan dakwah kepada negara-negara yang akan diperangi sebagai sasaran jihad. Tujuannya untuk menghilangkan hambatan-hambatan fizikal yang menghalang dari sampainya risalah Islam kepada masyarakat mereka. Jihad fî sabilillah yang dilancarkan oleh Khilafah inilah yang kita harapkan akan dapat melawan Israel, bahkan dapat melawan negara kafir penjajah Amerika Syarikat yang melindungi Israel.
[Soalan] Sumbangan apa yang perlu dilakukan oleh Umat Islam agar Khilafah dapat segera ditegakkan?
Sumbangan umat Islam adalah ikut serta berjuang menegakkan Khilafah itu. Caranya adalah bergabung dengan jamaah dakwah yang ikhlas yang telah dan sedang berjuang menegakkan Khilafah di negeri-negeri Islam di seluruh dunia, agar kita dapat menerapkan Islam secara kâffah (keseluruhan).
WalLâhu a’lam. []
Sumber: Alwaie.Net
#Khilafah #Dakwah #Palestin #Gaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #SpeakUpforPalestine #AynalMuslimah #1Ummah1Perjuangan