[Wawancara | Bahagian 1] KH Shiddiq al-Jawi: Dunia Islam Mesti Bersatu di Bawah Naungan Khilafah
Pengantar:
Gaza makin membara. Duka mereka makin menganga. Genosid ke atas bangsa Palestin masih terus dilakukan oleh Yahudi secara membabi-buta. Namun, dunia tetap diam seribu bahasa. Tak ada yang sudi membela. Termasuk negara-negara Arab dan sekitarnya. Mereka seolah-olah tak berdaya.
Bilakah derita Palestin akan berakhir? Mengapa semua ini terjadi? Apa akar penyebabnya? Mengapa Dunia Arab dan Muslim seolah-oleh tak berdaya. Sebaliknya, mengapa Israel seolah-olah begitu begitu berkuasa? Bagaimana solusi bagi semua persoalan yang mendera umat ini, khususnya di Palestin.
Itulah di antara beberapa pertanyaan yang diajukan kepada KH Shiddiq al-Jawi daripada Institut Muamalah Indonesia dalam wawancara dengan Redaksi Alwaie kali ini. Berikut wawancara lengkapnya.
[Soalan] Ustaz, sebagaimana diketahui, derita penduduk Gaza semakin berat. Kelaparan begitu mendera mereka. Bantuan makanan sudah banyak, namun tidak dapat masuk kerana dicegah oleh Israel. Akhirnya, banyak rosak. Bagaimana menurut Ustaz?
Keadaan ini lebih tepat disebut “pelaparan” (tawjî’, tindakan menyebabkan kebuluran secara sengaja). Ada unsur kesengajaan atau by design. Bukan “kelaparan” (al-majâ’ah) yang terjadi secara semulajadi, misalnya kelaparan kerana gagal bercucuk tanam atau bencana alam. Ini situasi yang sangat buruk dan menyayat hati. Ini jelas bertentangan dengan norma-norma ajaran Islam. Tidak dapat diterima sama sekali oleh nilai-nilai kemanusiaan (qîmah insâniyyah) yang universal. Kerana itulah, simpati dan dukungan kepada penduduk Gaza tidak hanya datang daripada umat Islam, tetapi juga datang daripada berbagai komuniti non-Muslim setempat dan antarabangsa. Mereka merasakan kepedihan yang sangat mendalam kerana terusik rasa kemanusiaannya.
[Soalan] Di sisi lain Mesir menjaga ketat pintu Rafah. Banyak sukarelawan yang tidak dapat masuk. Mengapa Mesir boleh bersikap seperti itu?
Mesir mempunyai setidaknya tiga alasan. Pertama: Mesir khuatir sukarelawan atau konvoi bantuan akan dibom oleh pesawat Israel. Kedua: Mesir khuatir kalau membuka lintasan Rafah, Hamas dan simpatisannya akan menyusup masuk ke Mesir. Ketiga: Mesir mengelakkan eksodus besar-besaran penduduk Palestin dari Gaza daripada masuk ke Mesir.
Tiga alasan ini sebenarnya hanya dalih saja. Alasan sebenarnya ada dua. Pertama, kerana Mesir telah mengikuti garis politik AS untuk mendominasi Timur Tengah. Ini sebagai timbal balik yang diberikan Mesir. Sebabnya, AS selama ini telah melindungi rejim-rejim diktator di Timur Tengah, termasuk Mesir. Kedua, kerana rejim Mesir telah kehilangan karakter aslinya sebagai orang Arab dan penguasa Muslim, iaitu karakter “bertanggungjawab kepada orang lain” (al-mas‘ûliyât ‘an al-ghayr) dan “karakter militeristik (siap berperang)” (al-thabî’at al-’askariyah). Demikian sebagaimana pernah dijelaskan oleh Imam Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya, Mafâhîm Siyâsiyyah (hlm. 64).
[Soalan] Mengapa negeri-negeri kaum Muslim begitu lemah terhadap Israel? Tidak dapat memaksa Israel hatta memaksa Israel agar bantuan makan boleh masuk ke Palestin?
Ada dua sebab utama. Pertama, kerana negeri-negeri Muslim tidak mempunyai kekuatan politik yang cukup untuk memaksa Israel agar bantuan boleh masuk ke Palestin. Kekuatan politik yang lemah ini disebabkan perpecahan negeri-negeri Islam akibat konsep nation-state dari Barat yang automatik melemahkan persatuan dan kesatuan umat Islam. Kedua, kerana pemimpin negeri-negeri Islam tahu bahawa di sebalik Israel ada negara besar yang menjadi pelindungnya, iaitu Amerika Syarikat. Para pemimpin negeri Islam itu adalah ejen-ejen Amerika Syarikat itu juga. Ini sudah tentu membuat para pemimpin Muslim itu segan dan serba salah untuk memaksa Israel agar bantuan makanan dapat masuk ke Palestin.
[Soalan] Mengapa Israel kelihatan kuat?
Israel terlihat kuat sebenarnya bukan kerana kekuatan diri sendiri, melainkan kerana ada unsur eksternal di luar dirinya, iaitu Amerika Syarikat. Israel telah mendapat dukungan politik, dana dan militer yang sangat besar dari Amerika Syarikat. Dukungan politik, misalnya pada 4 Jun 2025 lalu, Amerika Syarikat memveto draf resolusi Majlis Keamanan PBB, yang menyerukan gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa batas di Gaza. Bantuan dana dan senjata Amerika Syarikat kepada Israel selama ini juga terbukti sangatlah besar.
Lembaga think-tank bernama Council on Foreign Relations menyatakan Israel telah menerima lebih daripada USD 300 bilion dalam bentuk bantuan ketenteraan dan ekonomi sejak Israel ditubuhkan pada tahun 1948. Menurut laporan tahun 2023 daripada Congressional Research Service (CRS), Israel adalah penerima bantuan luar negeri paling besar secara kumulatif daripada AS sejak Perang Dunia II.
[Soalan] Di sisi lain, negeri-negeri Islam di Timur Tengah begitu menyambut gembira lawatan Donald Trump ke negeri mereka. Trump bahkan mendapat pelaburan yang besar. Ini menunjukkan apa, Ustaz?
Hal ini menunjukkan bahawa para pemimpin Timur Tengah tidak menjalankan politik sesuai syariah (siyasah syar’iyyah), melainkan semata-mata berdasarkan penghitungan untung-rugi sesuai dengan prinsip pragmatisme. Para pemimpin Arab itu menyambut kunjungan Donald Trump kemungkinan kerana Trump memiliki kebijakan yang lebih menguntungkan kepentingan Arab. Misalnya dukungan terhadap program nuklear Iran dan penggulingan terhadap rejim Assad di Syria, yang sejalan dengan keutamaan beberapa negara Arab. Lawatan Trump ini juga dapat menguntungkan secara ekonomi, khususnya dalam komoditi mineral dan semikonduktor, yang dapat memperkuat hubungan dagang dan ekonomi antara negara-negara Arab dan Amerika Syarikat. Padahal sepatutnya mereka melihat Trump daripada perspektif syariah, iaitu melihat AS sebagai pemimpin negara kafir penjajah, yang selalu berusaha mengeksploitasi kekayaan Dunia Islam. Mereka juga sepatutnya melihat Trump sebagai pendukung Israel yang melakukan genosid yang sangat kejam kepada Muslim Palestin.
(Bersambung)
Sumber: Alwaie.Net
#Khilafah #Dakwah #Palestin #Gaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #SpeakUpforPalestine #AynalMuslimah #1Ummah1Perjuangan