Tanpa Sebuah Negara yang Bersatu yang Dipimpin berdasarkan Petunjuk yang Benar, Umat Islam akan Terus Berpecah dan Terfragmentasi
Keadaan yang dialami oleh umat Islam selepas runtuhnya negaranya, Khilafah (Kekhalifahan), dipenuhi dengan tragedi, kemiskinan, peperangan dan penguasaan Barat. Agar umat bangkit kembali daripada kejatuhannya, ia mestilah kembali kepada keadaan asalnya — iaitu hari ketika ia dibezakan daripada bangsa-bangsa lain melalui sistem pemerintahan Islam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad (saw) ketika Baginda mendirikan negara di Madinah. Negara ini telah melahirkan satu cara hidup yang tersendiri dengan karakteristik yang unik, kerana ia menghimpunkan seluruh manusia, masing-masing ditadbir di bawah hukum-hukum Islam dan kekuasaannya. Kekuasaan inilah yang menyatukan umat Islam sebagai satu entiti, di bawah satu sistem dan satu panji.
Orang-orang kafir menyedari sumber kekuatan ini, yang terletak pada kesatuan umat Islam dan kewujudan kekuasaan mereka, lalu mereka pun berusaha memecah-belahkan umat Islam. Tanggal 28 Rajab menjadi satu tarikh yang menyakitkan, iaitu tarikh runtuhnya Khilafah. Kemudian ia disusuli dengan Perjanjian Sykes–Picot, iaitu sempadan-sempadan nasional yang sangat menyumbang kepada kelemahan umat Islam. Mereka tidak berhenti di situ, malah terus berusaha untuk meruntuhkan apa yang sudah pun terkoyak dan memecahbelahkan apa yang telah pun terfragmentasi.
Ikatan sebenar yang mampu menyatukan kembali generasi umat ini sekali lagi hanyalah Islam, dan tiada yang lain. Ia merupakan penyelesaian yang, apabila diterapkan dalam Khilafah, akan menghimpunkan umat, menyatukannya, dan menghapuskan kesengsaraannya. Kesatuan umat Islam tidak akan tercapai kecuali dengan kembali kepada Islam sebagai sistem pemerintahan dan cara hidup. Ketaatan kepada hukum-hukumnya memerlukan umat Islam menjadi satu negara, sebagaimana mereka adalah satu umat. Tuhan mereka satu, Nabi mereka satu, agama mereka satu, al-Quran mereka satu, kiblat mereka satu, dan mereka sepatutnya mempunyai satu Khalifah yang memerintah mereka dengan Islam serta menyampaikannya ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad di jalan Allah.
Memandangkan kesatuan umat tidak mungkin wujud kecuali melalui satu entiti politik yang diasaskan atas sebuah ideologi yang merangkumi sistem yang menyeluruh, dan memandangkan ideologi umat ialah Islam, – maka tugas yang perlu dilaksanakan ialah kembali kepada asas ini. Menggali daripada asas itu akan sistem dan penyelesaiannya, serta mengembalikan setiap urusan kepada kedudukannya yang sebenar. Islam memiliki semua unsur sebuah umat yang agung dan bertamadun: ideologi, akidah, dan hukum-hakam yang bersumberkan wahyu Ilahi.
Sebuah umat ideologi yang memiliki pemikiran universal dan manhaj universal yang seiring dengannya adalah umat yang menyedari tanggungjawabnya terhadap bangsa-bangsa lain. Ia mempersiapkan dirinya untuk peranan ini, merumuskan kepentingannya pada skala global, dan meleburkan seluruh manusia ke dalam satu umat yang bangkit, bersatu, kuat dan padu — sebagai sebuah umat yang menyerap kepelbagaian manusia ke dalam acuannya, lalu menjadikan mereka sebahagian daripada sebuah umat global, baik dari segi bentuk mahupun hakikat.
Daripada semua yang telah dijelaskan, kita menyedari bahawa apa yang sangat diperlukan oleh umat Islam hari ini ialah satu negara dan satu pemimpin, di bawah panjinya, umat berjuang, mendapat perlindungan, dan mempertahankan diri daripada kezaliman musuh-musuhnya. Pemimpin ini akan menyatukan tindakan dan dasar-dasarnya dengan melaksanakan Islam secara menyeluruh (kaffah) di dalam negeri serta menyampaikan risalahnya ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad. Kesatuan umat Islam yang hanya berasaskan akidah dan syariah semata-mata tidak mencukupi; ia tidak dapat menggantikan kesatuan politik dan penyatuan dalam satu jemaah di bawah satu Khalifah.
Usaha untuk menegakkan negara (khilafah) ini merupakan kewajipan syarie dan keperluan yang praktikal. Ia adalah satu-satunya jalan untuk mengembalikan kesatuan dan kekuatan umat Islam selepas satu abad kemerosotan yang bermula dengan pelemahan Khilafah, bahkan semakin mendalam sehingga kita menjadi umat yang paling lemah dan dieksploitasi secara berterusan.
﴿لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ﴾
“Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).”
[TMQ As-Saffat (37): 61]
Tanpa negara penyatu ini, umat akan terus berpecah dan terfragmentasi, kekuatannya disia-siakan dalam konflik, kelemahan dan kerapuhannya berterusan, serta penindasan dan eksploitasi ke atasnya terus berlaku. Namun, apabila usaha orang-orang yang ikhlas tertumpu kepada mengembalikan negara yang rasyid (dipimpin dengan petunjuk) ini, umat akan kembali kepada apa yang Allah kehendaki: satu Umat yang bersatu, kuat, terpimpin dengan benar dan penuh semangat.
Nabi (saw) telah memerintahkan agar umat Islam mempunyai satu negara dan satu pemimpin. Baginda bersabda:
«كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ» قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: «فُوا بِبَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ»
“Dahulu Bani Israil dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, ia akan digantikan oleh nabi yang lain. Akan tetapi, sungguh tidak ada nabi lagi sesudahku. Sepeninggalku akan ada khalifah-khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, “Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Baginda menjawab, “Tunaikanlah baiat yang telah diberikan kepada (khalifah) yang paling pertama kemudian yang berikutnya. Penuhilah hak mereka dan mintalah kepada Allah apa yang menjadi hak kalian, kerana sesungguhnya Allah akan mempertanyakan mereka tentang apa yang mereka pimpin.” [Muttafaq `alaih]
Disebabkan pentingnya kewajipan ini, Rasulullah (saw) bahkan memerintahkan pembunuhan terhadap sesiapa yang berusaha memecahkan kesatuan politik umat Islam. Baginda (saw) bersabda:
«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ، أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوهُ»
“Siapa yang datang kepada kalian sementara kalian telah menyepakati seorang pemimpin, lalu ia hendak merusak kesepakatan kalian atau memecah persatuan kalian, maka bunuhlah dia.” [HR Muslim]
Baginda (saw) juga bersabda:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ ، فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ ، فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ
“Akan ada keburukan-keburukan yang muncul di masa mendatang. Siapa pun yang berusaha untuk memecah belah urusan umat ini saat mereka bersatu, maka hendaklah kalian memenggalnya dengan pedang, siapa pun dia.” [HR Muslim]
Dan Baginda (saw) juga bersabda:
إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الآخَرَ مِنْهُمَا
“Jika telah diambil bai’at untuk dua khalifah, bunuhlah yang terakhir di antara keduanya.” [HR Muslim]
Perintah untuk membunuh seorang Muslim dan menumpahkan darahnya menunjukkan adanya legitimasi objektif yang sah yang mesti dicapai, dan pemeliharaan objektif atau tujuan ini jauh lebih penting daripada kesucian darah individu Muslim tersebut. Ini menegaskan betapa perlunya kesatuan politik umat Islam di bawah satu pemimpin, yang di belakangnya umat Islam akan bersatu sebagai jemaah yang satu.
Umat secara keseluruhannya telah mula kembali kepada Islam selepas beberapa dekad tersesat dan terperangkap dalam kitaran slogan-slogan yang disangkakan sebagai Islami. Mereka telah mula menemui jalan ke arah kesatuan. Walau bagaimanapun, usaha ke arah kesatuan politik dan memulihkan jemaah (Islamiyyah) sentiasa dipenuhi bahaya dan rintangan. Namun, kemenangan datang bersama kesabaran, dan bersama kesukaran ada kemudahan. Allah (swt) berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”
[TMQ Muhammad: 7]
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Rana Mustafa
*Diterjemah daripada HT CMO
#Khilafah #KhilafahAjaranIslam #KhilafahSistemIslam #PolitikIslam #IslamPolitik #1Ummah1Perjuangan #OneUmmah #ItsTimetobeOneUmmah #AynalMuslimun #KesatuanUmmah #KhayraUmmah #UmmatanWahidah