[Siri Ayuh Umat Bangkit] The Most Precious Thing in the World
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ
“Demi Allah, bila ada satu orang saja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu lebih baik bagimu daripada pada unta-unta merah (yang paling bagus).” (HR. Bukhari)
Hadis ini secara lengkap menceritakan tentang fragmen kisah perang Khaibar. Saat itu Rasulullah SAW mengatakan akan memberikan panji islam kepada seseorang yang dengannya Allah akan taklukan Khaibar. Sosok yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan Allah dan Rasul-Nya pun mencintainya. Setiap orang dari sahabat pun menunggu-nunggu siapa kiranya yang akan diberikan panji tersebut oleh Nabi.
Ketika pagi tiba maka Nabiyullah bertanya Ali bin Abi Thalib di mana? Dikhabarkan bahawa beliau sedang sakit mata, maka dikirimlah orang-orang untuk mendatangkan Ali bin Abi Thalib. Nabi melihat mata Ali dalam keadaan sakit kemudian Nabi meludah ke mata Ali dan berdoa untuk kesembuhannya. Sontak Ali pun sembuh seperti tidak terkena penyakit mata sama sekali.
Setelah panji Islam tersebut diberikan kepada Ali, maka beliau pun bertanya, “Ya Rasulullah adakah saya memerangi orang Khaibar sehingga mereka menjadi seperti kami?” Rasulullah meminta Ali agar tidak terus memerangi penduduk Khaibar. Beliau memerintahkan Ali agar mengajak mereka masuk ke dalam Islam.
*****
Peperangan Nabi pada hakikatnya adalah dakwah. Jika agama Allah tegak dengan dakwah maka tidak ada alasan lagi perang dikumandangkan. Tertunjukinya seseorang kepada Islam melalui perantaraan beliau jauh lebih baik daripada mendapatkan unta merah. Dalam konteks hadis ini, unta merah adalah yang paling berharga pada saat itu mungkin setara dengan kenderaan yang paling mahal saat ini.
Maka, berdasarkan hadis ini Imam Ibnu Hajar berkata,
“Hendaklah kita berlemah lembut kepada orang kafir, berdakwah kepada mereka agar mereka masuk Islam itu lebih baik dan utama dibandingkan kita segera membunuh mereka. Hal yang perlu ada dalam benak kita adalah satu orang sahaja yang mendapat hidayah melalui perantaraan kita, itu lebih baik di sisi Allah dibandingkan seluruh harta kekayaan dunia. Walau siapa pun mereka yang kita dakwahi.”
Sumber: Revive your Dakwah (Ayu Paranitha)
#Dakwah #KelebihanDakwah #Untamerah #Dakwahislamkaffah
#MasyarakatMuslimIdeal #AyuhUmatBangkit #VisiSejatiDemiPerubahan