Aksi Demonstrasi: Bolehkah Menjadi Pendidikan Politik Anak?
Oleh: Arini Retnaningsih
Banyaknya aksi demonstrasi dan protes mutakhir ini. Jadi, Ayah dan Bonda, bagaimana kalau suatu saat anak kita tiba-tiba mengatakan ingin mengikuti demonstrasi ? Patutkan kita mengizinkan sebagai bahagian dari pendidikan politik anak?
Pentingnya Pendidikan Politik Bagi Anak
Benar, Ayah dan Bonda, kita memang perlu memberikan pendidikan politik kepada anak sebagai bahagian dari persiapannya untuk memikul kepimpinan umat. Anak-anak kita adalah masa depan umat ini. Mereka yang akan menentukan wajah umat, sepuluh, dua puluh atau sekian puluh tahun lagi ke depan. Namun tunggu, ternyata Islam memiliki konsep politik yang berbeza dengan konsep politik kapitalis yang diterapkan saat ini. Inilah yang perlu terlebih dulu kita fahamkan pada anak.
Politik dalam Islam adalah pengaturan urusan umat di dalam dan luar negeri. Politik dilaksanakan oleh negara dan umat. Negaralah yang secara langsung melakukan pengaturan ini secara praktikal, sedangkan umat mengawasi negara dalam pengaturan tersebut (An-Nabhani, Mafâhîm Siyâsi, 2005). Politik Islam bermaksud pengaturan urusan umat di dalam dan luar negeri dengan hukum Islam. Dengan demikian kesedaran politik adalah kesedaran akan pengaturan urusan-urusan umat: apa yang menjadi urusan umat dan bagaimana memenuhinya. Apa yang menjadi hak-hak umat dan bagaimana negara menunaikan hak-hak mereka.
Kesedaran politik inilah yang akan membawa umat pada kebangkitan dan kejayaannya, kerana mereka tahu bagaimana mengatur urusan-urusan dalam dan luar negerinya. Tanpa kesedaran politik, umat Islam hanya akan diperalat, dimanfaatkan, dikuasai dan dijajah negara-negara kapitalis besar.
Mengingat betapa pentingnya menumbuhkan kesedaran politik bagi umat, anak juga perlu kita tumbuhkan dan asah pemahaman politiknya dengan benar. Kerana itu, di tengah marak aksi demonstrasi , kita perlu pandai mengambil kesempatan untuk pengajaran politik secara praktikal. Adakah itu bermaksud kita membenarkan anak mengikuti demonstrasi ? Sebentar, Ayah dan Bonda, sebelum itu kita semak dahulu tentang tujuan dari aksi demonstrasi dan bagaimana Islam memandang tindakan semacam ini.
Demonstrasi ala Demokrasi: Bolehkah Membawa Perubahan?
Demonstrasi dalam sistem demokrasi dianggap hal yang lumrah. Bahkan demonstrasi merupakan salah satu bentuk penyampaian aspirasi dari rakyat kepada penguasa. Hal ini dijamin oleh sistem yang demokratik sebagai bahagian dari hak berpendapat dan bersuara.
Kadang demonstrasi dijadikan juga sebagai kaedah untuk membuat perubahan. Contoh, demonstrasi yang terjadi di akhir Ogos lalu di Indonesia. Rakyat menginginkan perubahan dalam bentuk terwujudnya keadilan antara rakyat dan wakil rakyat. Contoh lain, demonstrasi di awal masa reformasi tahun 1998 yang menginginkan perubahan dari sistem yang dianggap diktator ke sistem yang lebih demokratik.
Namun, Ayah dan Bonda pasti menyedari, berkali-kali terjadi demonstrasi , tidak kelihatan adanya perubahan yang signifikan. Fakta inilah yang perlu Ayah dan Bonda sampaikan kepada anak untuk membangun kesedaran politiknya. Fakta bahawa demonstrasi , seramai apapun, pada dasarnya tidak akan membawa perubahan politik di tengah umat, bahkan hanya membawa pada kerosakan yang lain lagi. Lepas dari mulut buaya masuk ke mulut singa.
Dari fakta ini, kita dapat mengajarkan bahawa perubahan hakiki pada masyarakat tidak cukup dengan pergantian penguasa, atau memperbaiki sistem yang hanya sekadar tampal-sulam. Perubahan hakiki perlu bermula dari perubahan sistem yang mengatur kehidupan. Perubahan yang bersifat ideologi dan menyeluruh. Perubahan dari sistem buatan manusia ke sistem yang dibuat oleh Sang Maha Pencipta, iaitu sistem Islam.
Jadi, Ayah dan Bonda, memberikan pendidikan politik pada anak bukan dengan membolehkan mereka ikut berdemonstrasi , apatah lagi demonstrasi yang disertai kekerasan dan kerosakan.
Mendidik Anak Menyampaikan Aspirasi Sesuai Ketetapan Islam
Kalau anak tidak diizinkan berdemonstrasi , bagaimana mereka boleh menyampaikan aspirasi dan menjalankan kewajipan politiknya?
Ayah dan Bonda, apabila anak kita menginjak usia baligh, dalam pandangan Islam status mereka bukan lagi kanak-kanak. Ini bermaksud mereka juga memiliki kewajipan sebagaimana kewajipan setiap Muslim dewasa. Salah satu kewajipan seorang Muslim yang berkaitan dengan politik adalah menegakkan amar makruf nahi mungkar serta muhâsabah lil hukkâm (menasihati penguasa). Kewajipan ini tentu juga kita ajarkan kepada anak dengan menyesuaikan tingkat umur dan kematangan tsaqâfah-nya.
Penyampaian pendapat sebagai bentuk amar makruf nahi mungkar dan muhâsabah boleh kita biasakan dari anak kecil dalam skala kecil, iaitu rumah. Biarkan anak menyampaikan perasaannya tentang Ayah dan Bonda, termasuk kritikan. Ayah dan Bonda tentu saja perlu menyikapinya dengan bijak, menjelaskan alasan tindakan kita atau menerima masukan itu sebagai usaha memperbaiki diri.
Saat anak sudah baligh, kenalkan anak dengan masîrah, iaitu tindakan menyampaikan pendapat, termasuk amar makruf nahi mungkar dan muhâsabah kepada penguasa, namun dengan cara dan adab Islam.
Masîrah merupakan pelaksanaan kewajipan kaum Muslim terhadap perintah Allah. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi SAW bersabda, “Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim atau pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah). Al Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan).
Dengan demikian anak kita, kita ajak untuk menilai apa yang boleh dia ikuti. Jika tujuan sesuatu aksi hanya akan mengekalkan sistem dan kerosakannya, walaupun di permukaan kelihatan bagus, seperti aksi mengembalikan kedaulatan pada rakyat, aksi menuntut pendemokrasian dan sejenisnya, maka tidak perlu kita berikan izin. Berikan penjelasan bahawa aksi semacam ini akan melanjutkan sistem yang rosak dan memalingkan umat dari perubahan hakiki.
Ayah dan Bonda, anak perlu diajak berdialog dan diberikan pemahaman yang benar tentang sistem Islam sebagai sistem yang layak diterapkan, sistem yang akan memberikan penyelesaian sempurna, dan bagaimana sistem itu akan diterapkan. Dengan pemahaman yang benar, anak akan mengetahui mana yang salah sehingga mereka termotivasi untuk berjuang menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, serta melakukan muhâsabah dengan tepat kepada penguasa berdasarkan syariat Islam.
Allah SWT berfirman (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [TMQ Muhammad (47): 7]
Bahkan Rasulullah SAW menyatakan, “Pemimpin para syuhada adalah Hamzah bin ‘Abd al-Muthallib dan orang yang mendatangi penguasa zalim, lalu memerintahkan (kebaikan) dan mencegah (keburukan), kemudian dia (penguasa zalim itu) membunuh dirinya.” (HR. al-Hakim dan ath-Thabarani).
Dengan demikian anak dapat memiliki arah yang benar dan tidak hanya sekadar ikut-ikutan atau bersolidariti terhadap kelompok dan rakannya. Semua tindakannya semata-mata dipenuhi oleh niat untuk menegakkan syariah dan meninggikan kalimat Allah SWT.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
*Dipetik daripada sumber asal : https://alwaie.net/baiti-jannati/aksi-demo-bisakah-menjadi-pendidikan-politik-anak/
#KesedaranPolitik #PolitikIslam #PendidikanPolitik #Politik #Demonstrasi