Doa Memohon Kecukupan daripada Kebergantungan
Rasulullah SAW mengajar kepada kita bahawa kita hanya perlu bergantung kepada Allah sahaja, bukan kepada makhluk. Atas sebab ini, kita mesti berdoa untuk kesejahteraan dan diselamatkan daripada kebergantungan ini. Diriwayatkan dalam Kitab Ibn as-Sunni dari Abu Sa’id al-Khudri RA., bahawa ketika matahari terbit, Rasulullah SAW membaca:
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذي جَلَّلَنا اليَوْمَ عافِيَتَهُ، وَجاءَ بالشَمْسِ مِنْ مَطْلَعِها، اللَّهُمَّ أصْبَحْتُ أشْهَدُ لَكَ بِما شَهِدْتَ بِهِ لِنَفْسِكَ، وَشَهِدَتْ بِهِ مَلائِكَتُكَ وحَمَلَةُ عَرْشِكَ وَجَمِيعُ خَلْقِكَ إنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ القائِمُ بالقِسْطِ، لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ، اكْتُبْ شَهادَتي بَعْدَ شَهادَةِ مَلائِكَتِكَ وأُولِي العِلْمِ،
اللَّهُمَّ أنْتَ السَّلامُ وَمِنْكَ السَّلامُ وَإِلَيْكَ السَّلامُ، أسألُكَ يا ذَا الجَلالِ والإِكْرَامِ أنْ تَسْتَجِيبَ لَنا دَعْوَتَنَا، وأنْ تُعْطِيَنَا رَغْبَتَنا، وأنْ تُغْنِينَا عَمَّنْ أغْنَيْتَهُ عَنَّا مِنْ خَلْقِكَ
“Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan kepada kami pada hari ini, dan yang telah menerbitkan matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, di pagi hari ini aku bersaksi kepadaMu atas apa yang Engkau persaksikan untuk diriMu, dan atas apa yang disaksikan oleh para malaikatMu, para pemikul ArasyMu, serta seluruh makhlukMu: bahawa Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Yang menegakkan keadilan. Tiada Tuhan selain Engkau, Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. Tulislah kesaksianku setelah kesaksian para malaikat-Mu dan para ahli ilmu.
Ya Allah, Engkaulah sumber kesejahteraan, dariMulah datangnya kesejahteraan, dan kepadaMu kembalinya semua kesejahteraan. Hamba memohon kepadaMu, wahai Pemilik Keagungan dan Kemuliaan, agar Engkau mengabulkan doa kami, memberikan kepada kami apa yang kami harapkan, dan mencukupkan kami dari kebergantungan kepada siapa saja yang telah Engkau cukupkan kurnia di antara makhlukMu.”
Sumber: “Al-Adzkar” – Imam an-Nawawi
#DoaPilihan #KitabAlAdzkar #KebergantungankepadaAllah #Rezeki #SyukurSelalu #Nikmat