INILAH CARANYA…
KHILAFAH AKAN MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENJANA KEMAKMURAN
Kemakmuran dan kelimpahan seperti pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu bukanlah satu janji kosong, tetapi merupakan khabar gembira daripada Rasulullah SAW, kerana:
«ِ اإلِمَام ُ رَاع ٍ وَهُو َ مَسْئُول ٌ عَن ْ رَعِيَّتِه»
“Imam adalah penjaga, dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya.”
يَٓا اَيُّهَا الَّذ۪ينَ اٰمَنُوا اسْتَج۪يبُوا لِلّٰهِ وَلِلرَّسُولِ اِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْي۪يكُمْۚ وَاعْلَمُٓوا اَنَّ اللّٰهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِه۪ وَاَنَّهُٓ اِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.”
[TMQ Al-Anfal (8): 24]
Sistem ekonomi Islam tidak membenarkan pengumpulan kekayaan dan sumber hanya di tangan segelintir pihak. Oleh itu, apabila wujud ketidakseimbangan, Khalifah wajib berusaha mewujudkan keseimbangan dengan melaksanakan ayat berikut:
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
[TMQ Al-Hashr (59): 7]
Islam melarang secara mutlak penimbunan harta dan mewajibkan zakat bagi memastikan kekayaan diagihkan dalam kalangan masyarakat. Allah SWT memberi peringatan dalam hal ini:
ِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَاب ٍ أَلِيمَّ ة َ وَل َ يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيل ِ ٱللَّهَب َ وَٱلْفِضَّذِين َ يَكْنِزُون َ ٱلذَّوَٱل
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[TMQ At-Taubah (9): 34]
Masalah salah urus dan kekurangan infrastruktur yang kita hadapi hari ini tidak akan berlaku di bawah sistem Khilafah. Di bawah Khilafah, Islam secara unik akan menggerakkan dana besar dalam ekonomi untuk memacu pembangunan pertanian dan perindustrian tanpa cukai yang membebankan, melalui penstrukturan semula yang menyeluruh terhadap pemilikan negara, awam dan persendirian, serta langkah-langkah lain.
Sebagai contoh, Afrika jauh sekali daripada menjadi benua termiskin dan paling kebuluran di dunia semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, kerana beliau tidak melaksanakan apa-apa selain hukum dan prinsip agama Islam.
Diriwayatkan oleh Yahya bin Sa‘id, yang merupakan gabenor pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (ra), beliau berkata:
“Aku telah diutus oleh Umar bin Abdul Aziz untuk mengutip zakat di Afrika. Setelah mengutipnya, aku berniat untuk mengagihkannya kepada orang-orang miskin, namun aku tidak menemui seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan seluruh rakyat kaya pada waktu itu. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menggunakan dana zakat tersebut bagi membeli dan membebaskan hamba-hamba.” (Ibn Abd al-Hakam, Abdullah (1994), Al-Khalifah al-‘Adil Umar Ibn Abd al-Aziz: Khamis al-Khulafa’ al-Rasyidin, Dar al-Fadhilat, Kaherah, hlm. 78)
#Khilafah #KhilafahSistemIslam #KhilafahAjaranIslam #PolitikEkonomiIslam