Kempen “Ramadhan: Merangkul Visi Sejati Demi Perubahan”
Oleh Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Para pengunjung yang dikasihi:
Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir ingin mengucapkan tahniah dan ucapan harapan terbaik kepada anda semua. Semoga anda semua dilimpahi rahmat dan diberkati, dan semoga Allah SWT menerima doa-doa kami dan anda semua. Amiin. Kami memohon kepada Allah SWT agar membantu kami dan anda semua dalam melaksanakan setiap tanggungjawab dan ibadah puasa, dan menerima semua amal soleh yang dilakukan semata-mata kerana-Nya. Amiin.
Kami mengajak anda semua untuk menjadikan bulan yang agung ini sebagai bulan untuk bekerja keras dan tekun — seperti yang telah dilakukan oleh Nabi dan para sahabatnya — agar kita dapat mencapai matlamat yang paling mulia dan tertinggi iaitu “mengembalikan kepimpinan dengan hukum Allah.”
Hukum dan ketetapan Allah telah dihapuskan daripada kehidupan kita. Umat Islam dan manusia secara amnya telah hidup dalam kemiskinan, kesengsaraan, dan kesusahan. Adakah terdapat pekerjaan yang lebih mulia daripada bekerja untuk mengembalikan Islam, agama yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya, untuk memerintah manusia dan membimbing kehidupan mereka? Atas sebab ini, kami menyeru anda semua, yang dihormati, untuk berjalan bersama kami dan semua orang yang ikhlas kepada agama ini dengan langkah yang teguh serta keyakinan penuh terhadap pemerkasaan dan kemenangan dari Allah, agar, Insya-Allah, kita dapat dikira antara mereka yang berusaha untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam, mendapatkan kembali statusnya, menerangi negara-negara lain, dan membawa mereka keluar dari kegelapan kapitalisme ke dalam cahaya Islam.
Kami menyeru anda semua di bulan yang agung ini untuk menjadikan kerja mulia ini sebagai keutamaan anda dan untuk menyertai kami dalam usaha kami, serta menyokong kami dalam menyebarkan konsep yang betul, menangkis idea-idea yang rosak lagi merosakkan yang telah berakar umbi dalam minda manusia hari ini. Berusahalah untuk menegakkan Khilafah Rasyidah berdasarkan manhaj Kenabian yang akan memerintah berdasarkan hukum-hukum Allah dan menyebarkan Islam ke seluruh bumi. Oleh itu, marilah kita bertekad, dan semoga Allah menerima amalan kami dan anda, dan membimbing langkah kita. Amiin Allahumma Amiin.
Ikuti kempen ini secara langsung di laman rasmi HT-CMO-WS : https://www.facebook.com/share/1Dqa5ZksVw/
#Ramadan #VisiSejatiPerubahan #PerubahanHakiki