Pernikahan Itu Ibadah Terpanjang, Bukan Sekadar Pelampiasan Nafsu
Oleh: Nabila Zidane (Jurnalis)
Di zaman serba segera, perkahwinan kini dipandang hanya sebagai solusi bagi pemenuhan biologi semata. Apa yang penting halal, selesai. Sedangkan, berkahwin dalam Islam bukan hanya soal menundukkan hawa nafsu, tetapi tentang memulakan ibadah terpanjang dalam hidup manusia.
Sebuah perjalanan rohani, sosial, dan peradaban yang menuntut kesabaran, kematangan, dan ketakwaan yang tinggi.
Islam tidak pernah memandang perkahwinan sebagai perkara remeh. Ia adalah akad suci, perjanjian berat yang disaksikan Allah, bukan kontrak ringan yang boleh diputuskan hanya kerana emosi sesaat.
Perkahwinan bukan medan pertandingan untuk menunjuk siapa yang paling romantik, sebaliknya ladang amal jariah yang panjang dan melelahkan, tetapi sarat dengan pahala.
Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian telah mampu memikul tanggungjawab keluarga, maka menikahlah. Kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Perhatikan kalimatnya, `mampu memikul tanggungjawab’. Ertinya, menikah bukan sekadar bersedia secara biologi, tapi bersedia dari segi mental, spiritual, dan tanggungjawab. Bersedia menafkahi, mendidik, membimbing, memimpin, serta memikul beban rumah tangga dengan lapang dada.
Allah SWT juga berfirman,
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak menikah daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaan-Nya.” [TMQ An-Nur (24): 32]
Ayat ini mengajarkan optimisme, tapi bukan bersikap ceroboh. Allah menjamin kecukupan bagi yang menikah, bukan bagi yang nekad tanpa tanggungjawab.
Masalahnya, hari ini banyak orang masuk ke gerbang pernikahan hanya dengan bekal nafsu, bukan atas kesedaran. Ketika romantika memudar dan ujian datang, rumah tangga pun goyah. Sedangkan sejak awal tujuan pernikahan itu bukan kerana kontrak bahagia, melainkan komitmen untuk taat.
Syeikh Ibnu ‘Atha’illah As-Sakandari mengingatkan,
“Tenangnya hati bukan kerana menguasai keadaan, tetapi kerana menyerahkan diri kepada Allah.”
Dalam rumah tangga, ketenangan tidak lahir daripada pasangan yang sempurna, tapi daripada hati yang bersandar penuh kepada Allah. Sebab, tidak ada pasangan tanpa cela. Yang ada hanyalah dua manusia rapuh yang sedang belajar taat bersama.
Syeikh Ibnu ‘Atha’illah juga berkata,
“Jangan menunggu keadaan ideal untuk beramal, kerana Allah tidak pernah menunda pahala bagi orang yang ikhlas.”
Pernikahan adalah ruang latihan ikhlas paling panjang. Ikhlas menghadapi pasangan yang tidak selalu sesuai harapan. Ikhlas menerima kekurangan. Ikhlas menahan ego. Ikhlas memaafkan. Ikhlas melayani. Ikhlas berjuang. Dan semua ini bernilai ibadah.
Dalam perspektif ideologi Islam, sebagaimana dijelaskan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, pernikahan bukan hanya hubungan emosional, tetapi institusi pembentuk peradaban.
Keluarga adalah unit terkecil negara. Dari rumah tangga lahir generasi. Dari generasi lahir masa depan umat. Kerana itu, pernikahan dalam Islam tidak boleh dibangun di atas logika cinta semata, apatah lagi nafsu belaka. Ia harus berdiri di atas akidah dan syariat.
Suami adalah qawwam, pemimpin yang bertanggung jawab, bukan sekadar menyediakan harta dan keperluan hidup (material). Isteri adalah penjaga kehormatan dan pendidikan iman generasi, bukan sekadar pengurus rumah.
Ketika pernikahan dijalankan tanpa kesedaran ideologi ini, rumah tangga akan mudah rapuh disebabkan oleh orientasinya yang sempit, hanya bahagia dunia.
Padahal orientasi Islam jauh lebih tinggi, iaitu meraih redha Allah dan membangun peradaban.
Di sinilah letak kemuliaan pernikahan. Ia bukan pelarian sepi, bukan solusi akibat kesepian, bukan juga sekadar jalan halal melampiaskan syahwat. Ia adalah jihad panjang yang menuntut kesabaran, keikhlasan, dan kedewasaan iman.
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menegaskan bahawa sistem pergaulan Islam bertujuan menjaga kehormatan, keturunan, dan kestabilan sosial. Pernikahan menjadi benteng utama agar hubungan antara lelaki dan perempuan berjalan secara terhormat, terarah, dan bermartabat.
Tanpa sistem ini, masyarakat akan tenggelam dalam kekacauan moral, keruntuhan institusi keluarga, dan generasi yang kehilangan arah.
Maka menikah sejatinya bukan hanya urusan dua insan, tapi urusan umat dan peradaban. Rumah tangga yang lurus akan melahirkan generasi tangguh. Sebaliknya, rumah tangga yang rosak akan melahirkan luka sosial yang panjang.
Oleh sebab itu, siapa pun yang melangkah ke alam pernikahan, hendaknya bertanya pada dirinya sendiri,
“Aku menikah untuk apa? Untuk bahagia sesaat, atau untuk beribadah seumur hidup?”
Jika jawapannya yang kedua, maka bersiaplah menghadapi ujian dengan lapang dada. Sebab pernikahan bukan tentang siapa yang paling dicintai, tetapi siapa yang paling mahu berjuang dan bertahan.
Sebab pada akhirnya, menikah bukan tentang seberapa romantisnya kisah cinta kita, tapi seberapa kuat iman kita saat cinta diuji. Kerana menikah adalah ibadah terpanjang dan ibadah yang tidak pernah ringan.
Tapi selalu bernilai syurga.
Barakallahufikum.
#rumahtangga #baitijannati #suamiqawwam #ibadah #tujuanpernikahan #cintasejati #perjuangan #mitsaqanghaliza