Beginilah Cara Mengetahui Sama Ada Allah SWT Menerima Shaum dan Amal-Amal Ramadhan Kita atau Tidak.
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
DITERIMA ataukah tidak shaum dan amal-amal Ramadhan kita oleh Allah SWT, sudah tentu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Namun demikian, sebahagian ulama menetapkan satu kriteria penting apakah shaum kita, dan amal-amal kita sepanjang Ramadhan, diterima oleh Allah SWT ataukah tidak.
Kriteria penting tersebut, antara lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahulLaah:
*أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم: ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها*
“Kembali berpuasa setelah menunaikan puasa Ramadhan adalah salah satu tanda amalan puasa Ramadhan itu diterima oleh Allah SWT. Sebabnya, jika Allah menerima amalan seorang hamba, Allah akan memberikan dia taufik untuk melakukan amalan soleh selanjutnya setelah itu. Sebagaimana dikatakan oleh sebahagian ulama, “Imbalan (pahala) atas kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.” Oleh kerana itu, siapa saja yang melakukan kebaikan, lantas dia ikuti dengan kebaikan seterusnya, maka itu adalah tanda amalan kebaikan sebelumnya diterima oleh Allah SWT. Sebaliknya, siapa saja yang melakukan kebaikan, lantas setelahnya malah diikuti dengan kejelikan, maka itu tanda kebaikan tersebut tertolak dan tidak diterima oleh Allah.” (Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathaa-if al-Ma’aarif, hlm. 388).
Dalam bahasa sebahagian ulama lain dikatakan:
*إن من ثواب الحسنة الحسنة بعدها، وإن من جزاء السيئة السيئة بعدها*
“Sungguh di antara yang termasuk imbalan (pahala) atas suatu kebaikan adalah kebaikan lagi setelahnya. Sebaliknya, di antara yang termasuk balasan atas keburukan adalah keburukan lagi setelahnya.”(Imam Ibnu Katsir, Tafsiir al-Qur-aan al-‘Azhiim, 2/498).
Kesimpulannya: Ketaatan yang diikuti dengan ketaatan berikutnya (baca: istiqamah dalam taat kepada Allah SWT), itulah tanda bahawa Allah SWT menerima amal-amal kita.
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaahi ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
#Ramadhan #Syawal #Istiqamah