Memahami Rukyat Hilal Global
Oleh : KH. Hafidz Abdurrahman
Alhamdulillah bulan suci telah menaungi umat Islam sedunia, itulah Ramadhan tamu istimewa sekaligus syiar Islam yang mulia. Namun sangat disayangkan, Ramadhan yang semestinya menjadi simbol kesatuan umat terkadang terganggu oleh kes perbezaan awal dan akhir Ramadhan.
Hal ini merupakan masalah yang kerap berlaku di dunia Islam. Antara satu negara dengan negara lain. Tentunya di era globalisasi informasi dan kecanggihan teknologi komunikasi dewasa ini, perbezaan tersebut mengusik fikiran kita.
Jika siaran langsung solat tarawih dari Masjid Haram sepanjang bulan Ramadhan dapat diikuti secara langsung oleh kaum muslimin di seluruh dunia, termasuk di Asia, tapi mengapa tidak dapat diadakan siaran langsung informasi rukyatul hilal, serta kesamaan awal dan akhir Ramadhan?
Padahal bulan sabit (hilal) yang menjadi objek pengamatan bertujuan untuk menentukan masuknya bulan baru adalah bulan yang satu. Sebab bulan bagi planet bumi kita memang hanya ada satu.
Faktor Penyebab Perbezaan
Perbezaan dalam menentukan awal dan akhir Ramadhan, menurut analisis sebahagian pemikir muslim boleh berlaku disebabkan oleh tiga faktor: (1) faktor astronomi, (2) fikih dan (3) faktor politik. Dari ketiga-tiga faktor ini, faktor politiklah jelas yang paling dominan.
Secara politik, umat Islam kini hidup terpecah-belah dalam berbagai bangsa dan negara. Setiap ketua negara (pemimpin) menentukan awal dan akhir Ramadhannya sendiri-sendiri tanpa memperhatikan nas-nas syarak. Kalaupun mereka melihat pendapat fuqaha, nampaknya hanya dijadikan dalil sekunder atau bahkan sekadar justifikasi.
Dalil primernya adalah kekuasaan dan fanatisme ke atas wilayah negara dan bangsa mereka. Padahal keterpecahan mereka dalam berbagai bangsa dan negara adalah hasil rekayasa imperialisme barat. Bukan sekadar perasaan kebangsaan yang murni.
Tengoklah bangsa Arab yang berpenduduk sekitar 325 juta terpecah dalam sekitar 24 negara? Kemudian Indonesia, Malaysia, Brunei, yang serumpun pun menjadi negara-negara yang terpisah. Bukankah sepatutnya 1.7 bilion kaum muslimin di dunia hidup dalam satu naungan negara, sebagaimana masa peradaban Islam dahulu!
Faktor politik kebangsaan inilah yang menjadikan umat Islam tidak bersatu, termasuk dalam penentuan awal-akhir Ramadhan. Misalnya pada tahun 1999, ketika pemerintah Yaman mengumumkan hilal pada tanggal 7/12/1999. Sehingga 1 Ramadhan pun jatuh pada tanggal 8/12/1999, namun pemerintah Arab Saudi tidak mahu mengikuti mereka dan menetapkan 1 Ramadhan di Arab Saudi pada tanggal 9/12/1999. Padahal dari segi jarak, Yaman dan Saudi adalah dua wilayah yang berdekatan.
Manakala pada tahun 2012, ada sebahagian umat Islam di Indonesia yang berpuasa 1 Ramadhan pada Khamis 19/7/2012, ada yang Jumaat 20/7/2012, sedangkan pemerintah pada masa itu memutuskan puasa pada Sabtu 21/7/2012. Adapun kaum muslim di belahan negeri yang lain (seperti Timur Tengah, Eropah, dan Asia) menetapkan awal puasa Ramadhan pada Jumaat 20/7/2012. Jadi, perbezaan kerana faktor politik kebangsaan inilah yang menjadikan umat Islam tidak bersatu dalam puasa Ramadhan.
Masalah Mathla’ Moden
Mengenai perbezaan mathla’ (tempat-waktu terbitnya hilal), yang digunakan sebahagian pihak sebagai alasan untuk berbeza dalam berpuasa dan berAidilfitri, sebenarnya merupakan manâth (fakta untuk penerapan hukum) yang telah dikaji para ulama terdahulu.
Fakta pada masa itu, kaum muslim memang tidak dapat menginformasikan berita rukyatul hilal ke seluruh penjuru wilayah Khilafah Umayyah atau Abbasiyyah yang teramat luas dalam waktu satu hari, kerana sarana komunikasi yang terbatas. Namun, kini fakta telah berubah.
Malah bila konsep terbitnya bulan (mathla’) digunakan menjadi tidak logik dan menyukarkan diri sendiri. Dalam konsep mathla’, setiap daerah yang berjarak 24 farsakh atau 133 km memiliki mathla’ sendiri. Ini bermakna, sebagai contoh: penduduk Jakarta, Indonesia dan sekitarnya dalam radius 133 km hanya terikat dengan rukyat yang dilakukan di Cakung, tanpa terikat dengan hasil rukyat di Pelabuhan Ratu. Manakala penduduk Surabaya dan sekitarnya hanya terikat dengan rukyat di Tanjung Kodok tanpa perlu terikat rukyat di Makassar, demikian seterusnya. Dengan konsep mathla’ wilayah Indonesia ini yang jarak hujung Barat hingga hujung Timur sekitar 5200 km itu, tentu akan disintegrasi menjadi 39 mathla’.
Oleh sebab kesulitan tersebut, sebahagian pihak pun kononnya menciptakan ‘mazhab’ baru yakni wilayah al-hukmi, yakni penyamaan awal dan akhir Ramadhan yang diserahkan pada negara nasional masing-masing. Pertanyaan kita, apa landasan syarie yang membolehkan wilayah kaum muslimin terpecah menjadi lebih dari 50 negara, yakni lebih dari 50 wilayatul hukmi?
Bukankah Islam hanya mengajarkan satu wilayatul hukmi untuk seluruh dunia, sebagaimana masa keemasan Khulafa Ar-Rasyidin! Adapun dalil yang sering digunakan demi membenarkan adanya lebih dari satu mathla’ dalam menentukan awal-akhir Ramadhan adalah riwayat dari Kuraib:
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَيَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ قَالَ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا وَقَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ مُحَمَّدٍ وَهُوَ ابْنُ أَبِي حَرْمَلَةَ عَنْ كُرَيْبٍ أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ قَالَ فَقَدِمْتُ الشَّامَ فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ فَرَأَيْتُ الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ فَسَأَلَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ مَتَى رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَقُلْتُ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ أَنْتَ رَأَيْتَهُ فَقُلْتُ نَعَمْ وَرَآهُ النَّاسُ وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ فَقَالَ لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ أَوْ نَرَاهُ فَقُلْتُ أَوَ لَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ فَقَالَ لَا هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Yahyaa dan Yahyaa bin Ayyuub dan Qutaibah dan Ibnu Hujr -Yahyaa bin Yahyaa berkata-; telah mengkhabarkan kepada kami -sementara dua orang yang lain berkata-; telah menceritakan kepada kami Isma’iil, yakni anak Ja’far, daripada Muhammad bin Abu Harmalah, daripada Kuraib,
“Bahawasanya Ummul Fadhl binti Al Haarits mengutusnya menghadap Mu’aawiyah di Syam. Kuraib berkata; “Aku pun datang ke Syam dan menyampaikan keperluannya kepadanya. Ketika itu aku melihat hilal awal Ramadhan ketika masih berada di Syam, aku melihatnya pada malam Jumaat. Kemudian aku sampai di Madinah pada akhir bulan. Maka ‘Abdullah bin ‘Abbas bertanya kepadaku tentang hilal, dia bertanya, “Bila kalian melihatnya?” Aku menjawab, “Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Dia bertanya lagi, “Apakah kamu yang melihatnya?” Aku menjawab, “Ya, orang-orang juga melihatnya sehingga mereka mula melaksanakan puasa begitu juga Mu’aawiyah.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Akan tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu. Dan kamipun sekarang masih berpuasa untuk menggenapkannya menjadi tiga puluh hari atau hingga kami melihat hilal.” Aku pun bertanya, “Tidakkah cukup bagimu untuk mengikuti ru’yah Mu’aawiyah dan puasanya?” Dia menjawab, “Tidak, beginilah Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami.” (HR. Muslim no. 1087)
Jadi, Ibnu ‘Abbas tidak memperakui rukyat Mu’aawiyah, dan tidak berpuasa mengikuti puasa Mu’aawiyah. Pernyataan tersebut sejatinya tidak boleh dijadikan sebagai dalil syarak, sebab hanyalah ijtihad Ibnu ‘Abbas dalam memahami hadis “Shûmû li Ru’yatihi wa Afthirû li Ru’yatihi.” Imam Asy-Syaukani rahimahullah dengan teliti menjelaskan :
واعلم أن الحجة إنما هي في المرفوع من رواية ابن عباس لا في اجتهاده الذي فهم عنه الناس والمشار إليه بقوله: هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
“Ketahuilah, yang menjadi hujjah hanya hadis marfu’ yang dituturkan Ibnu ‘Abbas saja, sedangkan ijtihad Ibnu ‘Abbas yang difahami orang dan ditunjukkan dengan perkataannya “Beginilah Rasulullah SAW memerintahkan kami” tidak boleh menjadi hujjah.” (Nail Al-Authâr, 4/230)
Selain itu, ijtihad Ibnu ‘Abbas ini juga lemah, kerana bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan dari sejumlah kaum Ansar:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ أَبِي عُمَيْرِ بْنِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُمُومَتِي مِنْ الْأَنْصَارِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا أُغْمِيَ عَلَيْنَا هِلَالُ شَوَّالٍ فَأَصْبَحْنَا صِيَامًا فَجَاءَ رَكْبٌ مِنْ آخِرِ النَّهَارِ فَشَهِدُوا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ رَأَوْا الْهِلَالَ بِالْأَمْسِ فَأَمَرَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُفْطِرُوا وَأَنْ يَخْرُجُوا إِلَى عِيدِهِمْ مِنْ الْغَدِ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata; telah menceritakan kepada kami Husyaim, dari Abu Bisyr, dari Abu ‘Umair bin Anas bin Malik dia berkata; telah menceritakan kepadaku bapa saudara-bapa saudaraku dari kalangan Ansar -mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW- mereka berkata :
“Kami tidak dapat melihat hilal bulan Syawal, maka pada pagi harinya kami masih berpuasa, lalu datanglah kafilah di penghujung siang, mereka bersaksi di sisi Nabi SAW bahawa kelmarin mereka melihat hilal. Maka Rasulullah SAW pun memerintahkan mereka berbuka, dan keluar untuk merayakan hari rayanya pada hari esok.” (HR. Ibnu Majah no. 1653)
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ ثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَصْبَحَ النَّاسُ لِتَمَامِ ثَلَاثِينَ يَوْمًا فَجَاءَ أَعْرَابِيَّانِ فَشَهِدَا أَنَّهُمَا أَهَلَّاهُ بِالْأَمْسِ عَشِيَّةً فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُفْطِرُوا
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Mahdiy dia berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyaan, daripada Manshuur, daripada Rib’iy bin Hiraasy, daripada sebahagian sahabat Rasulullah SAW, dia berkata :
“Kaum muslimin telah memasuki hari genap yakni tiga puluh hari (bulan Ramadhan), kemudian datanglah dua orang Arab Badwi seraya bersaksi bahawa keduanya telah melihat Hilal pada petang hari kelmarin, maka Rasulullah SAW pun memerintahkan kaum muslimin untuk berbuka.” (HR. Ahmad no. 18070)
Rasul SAW jelas telah memerintahkan mereka membatalkan puasa pada hari yang mereka sangka Ramadhan, kerana penduduk lain di luar Madinah telah melihat hilal Syawal.
Pada masa kini, sarana informasi sangat canggih, sehingga dalam satu minit, informasi awal-akhir Ramadhan, termasuk Hari Arafah dan Aidilfitri-Aidiladha ini dapat dikongsikan ke seluruh dunia. Kaum muslim pun dapat melaksanakan puasa dan berhari raya pada hari yang sama.
Keperluan Mendesak (Urgency) Rukyat Hilal Global
Sesuai pembahasan terkuat, syariah Islam menjelaskan bahawa rukyat hilal merupakan sabab (ketentuan) dimulai dan diakhirinya puasa Ramadhan. Apabila bulan tidak dapat dirukyat, maka puasa dilakukan setelah istikmâl (digenapkan) bulan Syaaban. Ketetapan ini didasarkan pada banyak dalil. Misalnya, hadis Nabi SAW :
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
“Berpuasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kalian kerana melihat hilal.” (Muttafaqun ‘alaih)
Berdasarkan hadis seperti itu, lahirlah ijma’ ulama bahawa hisab astronomi (al-hisâb al-falaki) tidak boleh dijadikan sandaran menentukan masuknya awal bulan Qamariyah. Ijma’ ini diriwayatkan Ibnu Mundzir, Ibnu Taimiyyah, Abul Walid Al-Baji, Ibnu Rusyd, Al-Qurthubi, Ibnu Hajar, Al-‘Aini, Ibnu ‘Abidin, dan Asy-Syaukani.
(Lihat : Majmu’ Al-Fatawa, 25/132; Fathul Bari, 4/158; Tafsir Al-Qurthubi, 2/293; Hasyiyah Ibnu ‘Abidin, 3/408; Bidayatul Mujtahid, 2/557).
Imam Ibnu Rusyd (w. 1198 M) rahimahullah menyampaikan :
إنّ العلماء أجمعوا على أنّ الشهر العربي يكون تسعاً وعشرين، ويكون ثلاثين، وعلى أن الاعتبار في تحديد شهر رمضان إنّما هو الرؤية
“Para ulama menyepakati, bulan di kalangan Arab ada dua puluh sembilan dan ada yang tiga puluh hari, namun tolok ukur penentuan bulan Ramadhan hanya berdasarkan rukyat semata (bukan hisab).”
Lebih lanjut, ini menunjukkan bahawa umat Islam semestinya menyandarkan standard pada rukyat hilal global, dalam erti katanya, rukyatul hilal di salah satu negeri muslim berlaku untuk kaum muslimin di negeri-negeri lain di seluruh dunia. Hal ini sesuai dengan pendapat jumhur.
Syeikh ‘Abdurrahman Al-Jaziri (w. 1941 M) rahimahullah menjelaskan :
إذا ثبت رؤية الهلال بقطر من الأقطار وجب الصوم على سائر الأقطار، لا فرق بين القريب من جهة الثبوت والبعيد إذا بلغهم من طريق موجب للصوم. ولا عبرة باختلاف مطلع الهلال مطلقاً، عند ثلاثة من الأئمة؛ وخالف الشافعية: إذا ثبتت رؤية الهلال في جهة وجب على أهل الجهة القريبة منها من كل ناحية أن يصوموا بناء على هذا للثبوت، والقرب يحصل باتحاد المطلع، بأن يكون بينهما أقل من أربعة وعشرين فرسخاً تحديداً، أما أهل الجهة البعيدة، فلا يجب عليهم الصوم بهذه الرؤية لاختلاف المطلع
“Apabila rukyat hilal telah terbukti di salah satu negeri, maka negeri yang lain wajib juga berpuasa. Dari segi pembuktiannya tidak ada perbezaan lagi antara negeri yang dekat dengan yang jauh apabila informasi rukyat hilal itu memang telah sampai kepada mereka dengan cara terpercaya yang mewajibkan puasa.
Tidak diperhatikan lagi di sini adanya perbezaan mathla’ hilal secara mutlak. Demikianlah pendapat tiga imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Ahmad). Para pengikut madzhab Syafi’i berpendapat lain: Apabila rukyat hilal di suatu daerah telah terbukti, maka atas dasar pembuktian ini, penduduk yang terdekat di sekitar daerah tersebut wajib berpuasa.
Ukuran kedekatan di antara dua daerah dihitung menurut kesamaan mathla’, iaitu jarak keduanya kurang dari 24 farsakh. Adapun penduduk daerah yang jauh, maka mereka tidak wajib berpuasa dengan rukyat ini, kerana terdapat perbezaan mathla’.”
(Al-Fiqh ‘alâ Al-Madzâhib Al-Arba’ah, 1/550)
Di sisi lain, walaupun ulama Syafi’iyyah berbeza dengan jumhur, ada pula ulama Syafi’iyyah lain yang berpedoman pada rukyat global. Imam An-Nawawi (w. 1277 M) rahimahullah berkata :
وقال بعض أصحابنا تعم الرؤية في موضع جميع أهل الأرض
“Sebahagian ulama kalangan kami ada yang berpendapat, satu rukyat berlaku untuk seluruh tempat bagi semua penduduk bumi.”
(Al-Minhâj Syarh Shahîh Muslim, 5/197)
Imam Asy-Syaukani (w. 1834 M) rahimahullah menyebutkan :
والذي ينبغي اعتماده هو … أنه إذا رآه أهل بلد، لزم أهل البلاد كلها
“Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (rukyat hilal), maka rukyat ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.”
(Nail Al-Authâr, 4/195)
Imam Ash-Shan’ani (w. 1768 M) rahimahullah berkata :
فمعنى إذا رأيتموه أي إذا وجدت فيما بينكم الرؤية، فيدل هذا على أن رؤية بلد رؤية لجميع أهل البلاد فيلزم الحكم
“Makna dari ungkapan hadis “jika kalian melihatnya” bermaksud apabila rukyat didapati di antara kalian. Hal ini menunjukkan rukyat pada suatu negeri berlaku bagi semua penduduk negeri dan hukumnya wajib.”
(Subulus Salâm, 2/310)
Syeikh Sayyid Sabiq (w. 2000 M) rahimahullah turut menegaskan :
ذهب الجمهور: إلى أنه لا عبرة باختلاف المطالع، فمتى رأى الهلال أهل بلد، وجب الصوم على جميع البلاد لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: صوموا لرؤيته، وافطروا لرؤيته، وهو خطاب عام لجميع الامة فمن رآه منهم في أي مكان كان ذلك رؤية لهم جميعا
“Majoriti ulama berpendapat, tidak dianggap adanya perbezaan mathla’. Oleh sebab itu, bila saja penduduk suatu negeri melihat hilal, maka wajib atas seluruh negeri berpuasa kerana sabda Rasulullah SAW “Puasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihatnya.”
Seruan ini bersifat umum mencakup seluruh umat Islam. Jadi siapa saja di antara mereka yang melihat hilal; di tempat mana pun, maka rukyat itu berlaku bagi mereka semuanya.”
(Fiqh as-Sunnah, I/368).
Syeikh Wahbah Az-Zuhaili (w. 2015 M) rahimahullah berkata :
وهذا الرأي (رأي الجمهور) هو الراجح لدي توحيداً للعبادة بين المسلمين، ومنعاً من الاختلاف غير المقبول في عصرنا، ولأن إيجاب الصوم معلق بالرؤية دون تفرقة بين الأقطار
“Pendapat jumhur inilah yang kuat menurut saya, sebagai pemersatu ibadah kaum muslimin dan mencegah perbezaan pendapat yang tidak dapat diterima lagi pada masa sekarang, ini kerana kewajipan puasa itu berkaitan dengan rukyat tanpa pembezaan antara wilayah.”
(Al-Fiqh Al-Islâmi wa Adillatuhu, 2/610; Lihat pula Al-Hafizh Al-Ghumari, Taujîh Al-Anzhâr li Tauhîd Al-Muslimîn fi Ash-Shaum wa Al-Ifthâr, hal. 19)
Jelaslah, menurut pendapat yang rajih dan dipilih jumhur, jika penduduk negeri-negeri Timur Jauh (benua Asia) melihat bulan sabit Ramadhan, maka hasil rukyatnya wajib diikuti kaum muslimin yang berada di negeri-negeri belahan Barat (Timur Tengah) tanpa kecuali.
Siapapun di kalangan kaum muslimin yang berjaya melakukan rukyat hilal, maka rukyat tersebut merupakan hujjah bagi orang yang tidak melihatnya. Kesaksian seorang muslim di suatu negeri sama kedudukannya dengan kesaksian seorang muslim di negeri yang lain.
Terjadinya perbezaan pendapat di dalam internal umat Islam dapat ditoleransi, selagi termasuk pendapat Islami dan tidak menyebabkan perpecahan pada tubuh umat Islam. Sedangkan perbezaan dalam menetapkan awal-akhir Ramadhan ini tergolong perkara yang tidak boleh ditoleransi, sebab memberi impak yang luas pada disintegrasi umat Islam, yakni kekacauan dan ketidakbersamaan dalam melaksanakan ibadah puasa serta dalam menampakkan syi’ar hari raya. Perbezaan dalam hal ini bukan tergolong rahmat, sebab di dalamnya menyangkut halal-haram, serta perpecahan dunia Islam. Dari perbezaan awal-akhir Ramadhan ini, kita semua faham pentingnya persatuan umat Islam di seluruh dunia tentunya.
Perbezaan awal-akhir Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun-tahun tertentu, sungguh sangat memalukan. Umat Nasrani saja boleh bersatu ketika hari natal pada 25 Disember, sebagaimana Yahudi, Buddha, Hindu, mereka semua bersatu dalam kebersamaan hari-hari besar perayaan agama mereka, mengapa umat Islam, sebagai umat terbaik tidak dapat melakukannya?
Dari sini ada pelajaran penting yang amat berharga, umat Islam sangat memerlukan institusi politik pemersatu, dengan kekuatan yang sanggup menyatukan Maghribi hingga Merauke. Sehingga, ketika melaksanakan rukyat, hasil rukyat akan diaplikasikan secara global kepada seluruh umat Islam.
Imam Al-Maziri (w. 1141 M) rahimahullah ketika mensyarah hadis-hadis Sahih Muslim tentang rukyatul hilal, memberi arahan kepada kita, tentang institusi politik bagaimana yang sanggup mempersatukan umat Islam dalam hal awal-akhir Ramadhan, beliau menjelaskan :
إذا ثبت الهلال عند الخليفة لزم سائر الأمصار الرجوع إلى ما عنده … والفرق بين رؤية الخليفة وغيره أن سائر البلدان لمّا كانت بحكمه فهي كبلد واحد
“Jika hilal telah terbukti oleh Khalifah maka seluruh negeri-negeri Islam wajib merujuk hasil rukyat itu … Sebab rukyat Khalifah berbeza dengan rukyat daripada selain Khalifah. Kerana seluruh negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahannya dianggap bagaikan satu negeri.”
(Al-Mu’lim bi Fawâ`id Muslim, 2/44-45)
Wallahu a’lam.
#RukyatulHilal #Ramadhan #Syawal #KesatuanUmmah #MasyarakatMuslimIdeal #KhairaUmmah