Solusi Dua Negara Mustahil Mengakhiri Penderitaan Keluarga Palestin
Oleh: Zikra Asril
“Indonesia sekali lagi menegaskan kembali komitmennya terhadap solusi dua negara dalam penyelesaian masalah Palestin. Hanya solusi dua negara inilah yang akan membawa perdamaian.” (Pidato Presiden Indonesia, Prabowo di Persidangan Umum PBB, Isnin, 22 September 2025)
Presiden Prabowo sebagai pemimpin Muslim gagal faham terhadap akar masalah penderitaan wanita dan anak-anak Palestin khususnya Gaza. Wanita dan anak-anak Gaza adalah mangsa penjajahan Zionis Israel. Namun, mereka tetap bertahan. Alasan mereka bertahan di tanah suci Palestin adalah untuk menjaga kehormatan Allah dan Rasul-Nya di Baitul Maqdis, termasuk di tanah Ribâth, Gaza. Mereka tidak pernah lupa akan status mulia dan kehormatan umat Muhammad SAW dan pesan mereka untuk persatuan umat. Inilah yang membuat mereka rela menanggung derita yang luar biasa. Bagi Muslimah Gaza, mati kelaparan atau mati kerana wabah penyakit itu lebih ringan daripada mereka terpaksa menyerahkan diri kepada entiti Zionis sebagai hadiah di atas piring pengkhianatan.
Sungguh wanita Palestin telah mengalami penderitaan lebih daripada 80 tahun lamanya. Penderitaan ini juga bermula sejak sistem sekularisme-kapitalisme menjadi penguasa ke atas umat Islam. Ia ditandai sejak Perjanjian Balfour yang dikeluarkan oleh Britain yang menjadi benih awal pencerobohan Israel ke Palestin. Perjanjian Balfour dianggap sebagai salah satu peristiwa yang mempercepat terjadinya peristiwa Nakba, iaitu pembersihan umat Islam Palestin pada tahun 1948 dan penjajahan yang dilakukan oleh Zionis.
Saat itu, kelompok Zionis yang dilatih oleh Britain mengusir lebih 750,000 Muslim Palestin dari tanah airnya secara paksa. Kaum wanita Palestin juga menjadi mangsa dalam pengusiran ini.
PBB: Israel Sengaja Menyasarkan Wanita dan Anak-Anak
Wartawan Khas PBB untuk Keganasan terhadap Wanita, Reem Alsalem menyatakan tentera Israel sengaja menyasarkan wanita dan kanak-kanak di Semenanjung Gaza. Walaupun menyerang kanak-kanak secara umum, Alsalem menyebut Israel secara sengaja menumpukan perhatian kepada wanita dan anak wanita yang mempunyai kapasiti reproduktif.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR), Alsalem mendapati 67 peratus daripada 57,680 mangsa Israel sehingga 9 Julai 2025 adalah wanita. Israel menyedari bahawa wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin membawa janji kelangsungan hidup Palestin. Oleh itu mereka sengaja dibunuh dan dimusnahkan.
Ini tidak hanya ditunjukkan melalui serangan tentera yang menyasarkan wanita. Alsalem menyebut dasar ketenteraan Israel yang melarang susu formula masuk ke Gaza. Serupa dengan taktik Nazi Jerman semasa pengepungan Stalingrad pada Perang Dunia Kedua. “Kami melihat ini melalui peningkatan kadar keguguran di kalangan wanita Palestin. Malnutrisi akut. Malah ibu hamil dan ibu yang menyusui tidak lagi mampu menyusukan bayi mereka,” katanya.
Sejuta wanita dan kanak-kanak perempuan menghadapi kebuluran besar-besaran, keganasan dan penderaan di Gaza. Perkara itu disampaikan oleh Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA) pada Sabtu (16/8) di platform media sosial X.
Banyak kemudahan kesihatan musnah. Pengagihan makanan terganggu. Tempat perlindungan yang sepatutnya selamat untuk wanita tidak lagi tersedia. Sehingga kini, lebih daripada 28,000 wanita dan kanak-kanak Gaza telah kehilangan nyawa mereka dalam konflik kemanusiaan.
Dua Negara Bukan Solusi
Aktivis Muslimah Asma Siddiq menilai bahawa penyelesaian dua negara adalah ilusi. Beliau menyatakan, idea itu seolah-olah tongkat ajaib yang boleh menghapus puluhan tahun ketidakadilan, perampasan tanah, pembunuhan beramai-ramai, pemenjaraan dan pembersihan etnik rakyat Palestin oleh penjajahan Yahudi. Penyelesaian ini tidak akan mengakhiri jenayah berat Zionis Yahudi yang berterusan terhadap Palestin. Penyelesaian ini juga tidak akan menghentikan tujuan tindakan perluasannya (expansion) untuk mewujudkan “Israel Raya” dan menguasai seluruh Tanah Suci.
Malahan PM Netanyahu, secara terang-terangan menolak idea tersebut. Dalam ucapannya di Sidang PBB akhir September 2025, dia menegaskan tidak akan berhenti sebelum Gaza dikuasai oleh Israel dan menyebut idea negara Palestin sebagai “sheer madness” (kegilaan suci). Dia malah mengibaratkan kemerdekaan Palestin di Jerusalem sama dengan memberi al-Qaeda sebuah negara berhampiran New York.
Bukan hanya Gaza, di Tebing Barat, Israel juga semakin agresif. Pada 1 September 2025, taman kanak-kanak dirasmikan di Homesh, penempatan haram yang telah ditinggalkan sejak penarikan Israel dari Gaza pada 2005. Laporan The Times of Israel menyebut langkah ini sebagai usaha untuk melegitimasi (mengiktiraf) semula penempatan yang dianggap haram oleh banyak negara. Warga Yahudi di sana bermain di bawah langit Samaria, melukis bintang Daud, seolah-olah menegaskan bahawa penempatan itu adalah “penebusan janji sejarah”.
Semua langkah ini memperlihatkan dengan jelas bahawa Israel tidak berniat memberi ruang merdeka yang sejajar bagi Palestin. Sebaliknya, mereka terus memperluas kawalan tanpa sebarang dialog. Kerana itu, solusi dua negara mustahil mengakhiri penderitaan wanita dan anak-anak Palestin. Narasi ini (solusi dua negara) yang sengaja dipelihara oleh para pemimpin dunia agar mereka boleh lepas tangan daripada kewajipan utama mereka, yakni: menghapus segala bentuk penjajahan. Bagaimana mungkin penderitaan dapat berakhir jika penjajahan masih berleluasa?
Andai solusi dua negara berlaku, kemudian Palestin menjadi sebuah negara, maka ia akan menjadi negara tanpa kedaulatan sebenar; tanpa wilayah yang padu; tanpa kemampuan ekonomi; tanpa kawalan ke atas sempadan, perairan dan ruang udaranya; serta tanpa tentera untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuhnya. Palestin nanti akan dikelilingi oleh entiti penjajahan penjenayah yang telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tidak peduli dengan undang-undang atau perjanjian antarabangsa, norma moral, atau kedaulatan mana-mana negara.
Menerima penyelesaian dua negara bermaksud menerima negara Palestin yang berdiri di atas 20% atau kurang daripada Tanah Suci. Ini bermaksud menerima perampasan tanah Palestin oleh penjajah melalui pembersihan etnik dan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin dari rumah mereka, menggunakan keganasan, pembunuhan beramai-ramai, pemenjaraan, pengusiran rumah untuk memperluaskan perampasan tanah mereka, dan hak bagi penjenayah pendudukan untuk terus wujud melalui pengiktirafan sempadan-sempadan tetap. Sungguh ini adalah bentuk pengkhianatan terhadap pengorbanan wanita dan anak-anak Palestin.
Perlu Pemimpin Pemberani
Ketika seorang anak Gaza ditanya seorang Jurnalis: “Adakah kalian takut?” (dengan keadaan peperangan yang berlaku). “Tidak. Kami tidak takut. Kami hanya takut kepada Allah.” Begitulah jawapan lantang seorang anak Gaza dalam video yang beredar. Termasuk ketika seorang anak perempuan mendapati rumahnya hancur berkeping-keping dan terpaksa menyertai pelarian (refugees), bukan mainan yang dibawa, sebaliknya dia memanggul sebuah bantal dan mushaf al-Quran yang dipeluk.
Jawapan anak-anak ini adalah indikasi bahawa yang boleh mengakhiri penderitaan mereka hanya kembalinya tanah dan hidup mereka atas dasar wahyu Allah. Sudah tentu yang boleh merealisasikan hal ini, hanyalah pemimpin yang memahami wahyu Allah sebagai jalan untuk menyelamatkan kehidupan manusia. Bukan jalan yang lahir dari sistem demokrasi-sekular yang penuh dengan pengkhianatan dan kemunafikan.
Wanita dan kanak-kanak Gaza memerlukan sosok Salahuddin al-Ayyubi, Panglima Tentera Islam yang berjaya membebaskan tanah Baitul Maqdis daripada tangan penceroboh. Mereka juga mendambakan tokoh seperti Khalifah al-Mu’tashim Billah untuk menamatkan penderitaan mereka. Dialah yang menyahut seruan seorang wanita Islam yang diganggu oleh tentera Rom. Dia menghantar tentera untuk menyerang kota Amuriyyah dan menghancurkan semua askar Rom pagan di sana. Akhirnya, wanita Islam itu dibebaskan daripada tawanan Rom.
Kini, ketika ribuan Muslimah dan kanak-kanak dibunuh beramai-ramai, dihina, ditawan oleh Israel, di manakah boleh ditemui pemimpin seperti itu?
Seorang pemimpin yang mempunyai visi untuk membebaskan manusia daripada penjajahan hanya akan dilahirkan daripada sistem yang memberi rahmat kepada seluruh dunia. Itulah sistem Islam yang lahir daripada wahyu Allah yang dipanggil khalifah. Hanya Khilafah yang mampu melahirkan pemimpin seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Khalifah al-Mu’tashim Billah. Kembalinya Khilafah pastinya mesti diperjuangkan oleh semua umat Islam. Dengan cara itu, janji Allah dan bimbingan Rasulullah SAW akan menjadi kenyataan. Insya-Allah, jalan ini juga akan menamatkan penderitaan wanita dan kanak-kanak Palestin. Allahu Akbar!
Rujukan:
- https://www.tempo.co/politik/isi-pidato-lengkap-prabowo-soal-Palestin-di-ktt-pbb-2072431
- https://www.kompas.tv/amp/internasional/606771/pelapor-pbb-sebut-israel-targetkan-wanita-dan-anak-di-gaza-ingin-hentikan-reproduksi-Palestin?page=2
- https://muslimahnews.net/2025/08/22/38232/
- https://magdalene.co/story/solusi-dua-negara-warisan-kolonial-yang-makin-tidak-relevan/
#FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah #ArmiesToAqsa #ArmiesToGaza #TrueVisionforChange #VisiSejatiDemiPerubahan #MasyarakatMuslimIdeal