[Kewangan Global] Membedah Krisis Kewangan Global: Pendahuluan (Bahagian 2/4)
Penulis: Jamal Harwood
(Sambungan dari “Pendahuluan” Bahagian 1/4)
[Anatomi Krisis] Tidak terhitung ramainya penulis yang meramalkan tentang berakhirnya sistem yang selama ini kita kenali dengan begitu baik. Malah, pada masa ini mungkin ramai penulis yang berlumba-lumba menghantar manuskrip buku berjudul Kapitalisme Sudah Kiamat kepada para penerbit, bagi menyaingi karya Fukuyama yang pernah begitu terkenal—namun kini sudah basi—End of History yang diterbitkan pada tahun 1989.
Namun, apakah krisis ini benar-benar merupakan akhir dari kapitalisme? Boleh jadi memang begitu. Tidak diragukan lagi, kapitalisme ibarat pesakit yang memerlukan perawatan intensif dan menghadapi krisis terbesarnya kini.
Peristiwa September 2008 akan tercatat dalam sejarah sebagai salah satu momen kelam dalam sejarah kapitalisme. Mantan Gabenor Bank Pusat AS Alan Greenspan mengatakan bahawa kejadian tersebut merupakan sesuatu yang jarang terjadi, biasanya hanya terjadi setiap 50 atau 100 tahun sekali.
Khusus bagi AS, krisis ekonomi tersebut setara dengan gabungan krisis Pearl Harbour dan 11 September dalam hal impaknya yang sangat dalam terhadap sistem sehingga akan dirasakan selama bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad ke depan. Kita bukan saja menyaksikan tumbangnya model perbankan pelaburan yang merupakan dasar sistem kewangan kapitalisme moden. Akan tetapi, kita juga melihat bagaimana dogma laissez faire ekonomi pasar bebas hancur lebur kerana pemerintah AS masuk ke pasar untuk menyelamatkan institusi-institusi kewangan.
Greenspan keliru ketika menyebutkan kejadian itu hanya muncul sekali dalam setiap abad. Faktanya, lapan tahun yang lalu krisis dot com atau gelembung dot-com (krisis yang menimpa perusahaan-perusahaan berasaskan Internet-pen.) menyebabkan pasaran saham mengalami devaluasi hingga US$7 trilion. Bagaimana kita boleh terjebak ke dalam kekacauan ini? Bagaimana AS sebagai sebuah negara kuasa besar dengan kekayaan ekonomi bernilai U$14 trilion boleh tersungkur begitu rupa?
Bagaimana bank-bank pelaburan yang baru-baru ini memiliki kekayaan bernilai puluhan bilion dolar dan yang mampu selamat dari dua Perang Dunia dan depresi besar dunia, ternyata hancur lebur dengan mudahnya? Bagaimanakah pemerintahan-pemerintahan Barat yang lazimnya dengan angkuh menceramahi Dunia Membangun tentang seni membina kecekapan ekonomi negara, rupa-rupanya tidak mampu bertindak lebih baik daripada Republik Mimpi?
Krisis yang berlaku itu berpunca daripada sektor subprima, apabila para broker yang tergiur dengan komisen berganda menjual gadai janji kepada jutaan penghutang (debtor). Dasar yang menggalakkan perluasan pemilikan rumah ini disertai dengan kepercayaan bahawa memiliki rumah merupakan sebahagian daripada impian orang Amerika.
Bagi ramai penghutang yang terdorong oleh keinginan mendapatkan keuntungan pantas serta dipermudah oleh proses kredit yang longgar, memperoleh pinjaman gadai janji dianggap sebagai kos yang rendah jika dibandingkan dengan potensi keuntungan yang besar, memandangkan harga rumah boleh melonjak tinggi. Para broker yang telah menyimpan komisen mereka di bank kemudian mengambil keputusan untuk menjual pinjaman gadai janji tersebut. Pinjaman-pinjaman ini seterusnya dihimpunkan dan distrukturkan menjadi “mortgage-backed securities” (MBS, surat-surat berharga yang dijamin oleh gadai janji-pen), iaitu sekuriti yang disokong oleh gadai janji, sebelum dijual dan diperdagangkan semula oleh bank-bank di seluruh dunia.
Ketika kadar faedah bank berada pada paras rendah, bank-bank di seluruh dunia didorong oleh para pemegang saham dan penganalisis yang berperanan sebagai “cheerleaders” kepada kapitalisme korporat, sambil menekan institusi kewangan supaya mencari pulangan yang lebih tinggi. Oleh itu, MBS dilihat ibarat angin syurga. Selagi harga rumah terus meningkat, permintaan terhadap instrumen-instrumen sedemikian serta alternatif kewangan lain kekal tinggi.
Pada peringkat awal, penjualan instrumen-instrumen kewangan model baharu ini dianggap sebagai langkah yang bijak oleh para pengawal selia dan pemerhati pasaran kewangan. Hal ini kerana mereka percaya bahawa produk-produk kewangan tersebut mampu mempelbagaikan (diversification) risiko dan memastikan tiada satu pihak pun terdedah (risiko) secara tidak seimbang. Setelah bertahun-tahun harga rumah meningkat, semua pihak berasa puas dan gembira.
Namun akhirnya berlakulah hentaman krisis yang tidak dapat dielakkan. Pada ketika itu, jauh daripada gagasan bahawa keuntungan boleh diperoleh melalui kepelbagaian risiko, tercetus panik yang luar biasa. Hal ini berlaku kerana bank-bank mula menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas kedudukan risiko yang ditanggung. Keadaan ini seterusnya mencetuskan kehilangan kepercayaan secara kronik dan membekukan transaksi pinjaman antara bank.
Bank-bank saling tidak mempercayai kerana masing-masing menganggap bank lain mungkin sedang menanggung kerugian besar, memandangkan MBS telah kehilangan nilainya. Dalam istilah teknikal yang digunakan dalam kalangan mereka, MBS telah menjadi aset toksik. Pembekuan ini menyebabkan beberapa bank bankrap, manakala yang lain hampir muflis akibat kekurangan kecairan setelah mempertaruhkan aset yang dipinjamkan. Keadaan tersebut turut menjadikan kredit lebih mahal, sekaligus mencetuskan ketidaksejahteraan simpanan, menaikkan harga komoditi, serta melemahkan nilai mata wang. Akibatnya, paras harga terus meningkat.
(Bersambung ke “Pendahuluan” Bahagian 3/4)
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.
#KewanganGlobal #KrisisKewangan #SistemKewangan #Kapitalisme