[Kewangan Global] Membedah Krisis Kewangan Global: Pendahuluan (Bahagian 4/4)
Penulis: Jamal Harwood
(Sambungan dari “Pendahuluan” Bahagian 3/4)
Walaupun semua pihak bersetuju bahawa sistem kapitalisme sedang nazak dengan penyakit kroniknya, namun analisis tentang cara untuk kita terus berada dalam keadaan tersebut bahkan lebih kontroversi. Banyak dikalangan penyokong ideologi sayap kanan terus memuja superiority kapitalisme, seperti yang ditonjolkan oleh Mantan Presiden George W. Bush dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen nasional pada 24 September 2008.
Dalam pandangan mereka, asas kapitalisme tetap kukuh. Sesungguhnya apa yang berlaku hanyalah kes-kes berupa lebihan dan akibat pengambilan keputusan yang buruk semata-mata. Dalam hal pengumpulan dana untuk sektor swasta, Bush memberikan perumpamaan perbandingan tingkah laku Wall Street dengan seseorang yang mabuk dan keesokan harinya bangun dalam keadaan yang amat sakit. Walaupun sama-sama mengakui betapa seriusnya situasi itu, mereka berbeza pendapat mengenai tindakan respons yang perlu diambil.
Bush, bersama bekas Menteri Kewangan dan bekas CEO Goldman Sachs, Henry Paulson, menyokong program penyelamatan kerajaan. Bagaimanapun, kalangan konservatif lain menganggap program penyelamatan itu sebagai sesuatu yang haram dan tercela. Ahli Dewan Perwakilan Rakyat AS, Sam Johnson, menyamakan program tersebut dengan jalan menuju sosialisme. Sementara itu, pihak kiri jelas berasa senang dengan situasi ini.
Setelah beberapa dekad berdebat menentang pasaran bebas yang keterlaluan, kini mereka berpendapat bahawa kapitalisme telah meninggalkan pasaran bebas dan kembali ke landasan yang sepatutnya, iaitu sosialisme. Pihak kiri melihat krisis ini berpunca daripada dua sebab.
Pertama, keserakahan dan rasuah yang berlaku di Wall Street. Kedua, budaya deregulasi yang menyebabkan ketiadaan pengawasan atau pengawasan yang ada `tertidur’ (lalu menjadi tidak berkesan) akibat terlena (lalai) dengan keadaan semasa. Penyelesaian mereka adalah mudah, iaitu dengan menghapuskan sistem gaji dan bonus berlebihan di Wall Street serta memperkukuh regulasi dan pengawasan.
Akan tetapi, baik kelompok kanan mahupun kiri sebetulnya sama-sama keliru dalam mendiagnosis penyebab krisis tersebut. Walaupun keduanya sama-sama menunjuk kepada budaya yang serba berkelebihan dan salah tadbir pengurusan, namun mereka melihatnya sebagai sesuatu yang terpisah daripada kapitalisme. Seolah-olah perilaku yang telah ditunjukkan itu bukanlah bahagian daripada inti nilai-nilai kapitalisme.
Padahal, intipati penting bagi kapitalisme, sebagaimana pentingnya mesin bagi sebuah kereta. Berharap kapitalisme dapat beroperasi secara efektif tanpa keserakahan dan pengambilan risiko dalam kasino, budaya pengambilan segala sesuatu yang berisiko tinggi, sama halnya seperti berharap seekor anjing tidak menggonggong.
Kerakusan, pengambilan risiko tinggi, dan penyalahgunaan regulasi merupakan “minyak pelincir” utama yang menggerakkan sistem kapitalisme secara keseluruhan. Budaya di banyak bank di Wall Street dan London membuktikan perkara ini. Mereka amat kaya raya dan menimbun kekayaan berdasarkan cita-cita materialistik. Mereka mengharapkan orang ramai sepatutnya hidup untuk bekerja, bukannya bekerja untuk hidup, selain pelbagai kelemahan lain yang membuatkan dahi kita berkerut memikirkannya.
Dipicu oleh gaji dan bonus yang luar biasa tinggi, sifat tamak dan rakus bukan sahaja diharapkan, malah dianggap satu kewajipan bagi sesiapa yang ingin berjaya. Para pedagang di Wall Street dan London menyebut diri mereka sebagai “Masters of the Universe” (Penguasa Alam Semesta).
Terdapat sedikit kontroversi mengenai hal ini, berkait dengan anggapan bahawa orang berakal sehat percaya bahawa budaya kapitalis yang mendominasi industri perkhidmatan kewangan rentan terhadap lebihan (excess) negatif. Inilah sebabnya mengapa regulasi yang berkesan dianggap perlu. Namun begitu, tiada satu pun regulasi yang mampu mengurangkan lebihan kapitalisme atas beberapa sebab berikut:
Pertama, kerumitan produk-produk kewangan yang diperdagangkan telah tumbuh secara signifikan. Regulator adalah entiti yang perlu bersusah payah agar dapat terus bergerak dengan tangkas. Dalam dunia yang memiliki inovasi produk yang deras dan cepat berubah, para regulator perlu berjuang keras agar dapat tetap mengikuti semua itu dengan cepat. Pengetahuan dan kemampuan mereka berada jauh di belakang pihak-pihak yang mereka atur. Akhirnya mereka pun `tertidur’ setelah berhari-hari melakukan kebaikan (membuat regulasi).
Kedua, perusahaan-perusahaan membayar para ahli politik agar regulator selalu berada di belakang perusahaan-perusahaan. Ini dilakukan dengan cara memberikan sumbangan tertentu atau cara-cara lain yang halus. Dengan begitu biasanya para regulator tetap dalam genggaman mereka. Akan tetapi, sekiranya cara ini tidak berhasil, peluang kerjaya di sektor swasta yang menguntungkan biasanya dijadikan sandaran. Selalu ada pintu belakang di antara regulator dan pihak swasta yang membuat proses pengawasan secara keseluruhan menjadi sembang kosong belaka.
Terakhir, regulator selalu bersifat reaktif, memerangi perang yang terjadi. Meningkatkan regulasi setelah ada krisis dan skandal besar adalah hal lazim, tetapi cenderung tidak relevan untuk menjangkakan krisis pada masa depan. Misalnya setelah krisis Enron, Sarbanes Oxley diperkenalkan sebagai regulasi yang menguntungkan bagi para akauntan dan penganalisis risiko, tetapi tetap saja peraturan itu tidak ada gunanya dalam mencegah dan menjangkakan krisis gadai janji.
Jadi, berusaha mengatur kapitalisme merupakan sesuatu yang mustahil. Seperti kata sebuah metafora yang kini sangat terkenal, “Hal itu akan seperti menggunakan lipstik untuk bibir babi”. Berbeza dengan persepsi awam dunia antarabangsa, sesungguhnya tidak akan berakhir jika kapitalisme dibuang ke tempat sampah.
Sebelum adanya kapitalisme global, dunia pernah mengalami perkembangan, kemajuan teknologi, dan lain-lain. Semua itu boleh saja kembali dialami. Namun demikian, para pelaku pasaran kewangan global tetap menyangkal. Mereka meyakini bahawa walaupun sudah terjadi krisis sistemik seperti sekarang ini, kapitalisme akan tetap berdiri tegak.
Ini ditekankan oleh George W Bush dalam ucapannya pada 24 September 2008. Di situ dia menyatakan bahawa Kapitalisme–Demokrasi tetap merupakan sistem terbaik. Pada 2002, sebuah ucapan penting mengutip kenyataan berikut ini yang sangat relevan dengan peristiwa krisis yang terjadi:
“Selama bertahun-tahun perekonomian AS telah menunjukkan kemampuan yang luar biasa untuk menghadapi segala jenis goncangan, bangkit, dan terus tumbuh. Pasaran yang fleksibel dan efisyen untuk buruh dan modal dengan tradisi keusahawanan dan itikad yang kuat untuk mentoleransi dan mengadopsi semua perubahan teknologi dan ekonomi yang menyumbang terhadap ketahanan ini.
Faktor protektif yang penting dalam lingkungan terkini adalah kekuatan sistem kewangan kita, terlepas dari goncangan merugikan yang terjadi tahun lalu, sistem perbankan kita tetap sihat dan terkelola dengan baik. Neraca perusahaan dan rumah tangga pada umumnya masih menunjukkan prestasi yang baik.”
Ucapan tersebut disampaikan oleh Ben Bernanke, sosok yang ucapannya tentang mesin cetak juga telah dikutip. Akan tetapi, Bernanke mengatakan hal yang keliru pada 2002. Sekarang Bush juga mengatakan hal yang salah. Kapitalisme tidak dapat direformasi. Kapitalisme perlu diganti!
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.