[Siri Ayuh Umat Bangkit] Niat Dakwah
Meluruskan niat adalah perkara yang begitu penting. Rasulullah SAW bersabda,
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشَّرَكَاءِ عَنْ الشَّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
Allah SWT berfirman, “Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan sekutu, barang siapa melakukan suatu amalan dengan menyekutukan-Ku dengan selain-Ku, Aku meninggalkannya dan sekutunya.” (HR. Muslim)
Allah SWT tidak suka diduakan. Jika ibadah kita dilakukan kerana orang lain, kelak kita akan diminta untuk meminta pahala daripada orang itu. Oleh sebab itu, jika kita telah mengazamkan diri untuk berdakwah lillähi taala, janganlah kita hiraukan lagi pandangan makhluk. Kadang kala mungkin masih terbersit dalam fikiran, “Kalau aku dakwahkan dia, bagaimana nanti kalau dia tidak mahu berkawan lagi dengan aku?” Atau mungkin kita takut jika dakwah kita akan ditolak?
Di sini lah urgensi meluruskan niat dakwah semata kerana Allah. Apa yang kita mahu adalah mendapatkan keampunan Allah SWT, bukan balasan daripada manusia. Jika kita sudah berdakwah ertinya kita sudah melaksanakan tugas kita sebagai makhluk Allah. Perihal hidayah, kita akan mengembalikannya ke tangan Allah. Kita menyedari bahawa hidayah bukanlah ada pada genggaman kita. Apa yang kita lakukan tidak lain semata-mata kerana ingin melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.
Rasulullah Muhammad SAW, betapa bersihnya niat baginda, tidak pernah baginda marah untuk dirinya sendiri. Baginda hanya marah saat kemuliaan Allah SWT dinodai.
“Aisyah menuturkan, Rasulullah SAW sama sekali belum pernah memukul pembantu atau pelayannya, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Tangannya dipakai untuk memukul hanya ketika perang di jalan Allah SWT. Segala perlakuan kasar yang diterima baginda daripada sahabatnya, kemudian baginda marah, maka itu tiada lain kerana perlakuan itu telah menodai kemuliaan Allah SWT. Oleh kerana itu, baginda marah kerana Allah SWT”. (HR. Al-Qurthubi dalam Tafsir Al-Qurthubi)
Sumber: Revive Your Dakwah (Ayu Paranitha)
#dakwahislamkaffah #amarmakruf #nahimungkar #nasihat #dakwah #ayuhumatbangkit #masyarakatmuslimideal #visisejatidemiperubahan #truevision4change