Waspada Pemimpin Pendusta
Terdapat riwayat-riwayat yang memerintahkan kaum Muslim untuk tidak memberikan sokongan, membenarkan, serta bersekutu dengan penguasa dalam kemaksiatan. Imam Ahmad meriwayatkan:
“Dari Jabir bin ‘Abdullah RA dituturkan bahawasanya Nabi SAW berkata kepada Ka’ab bin ‘Ujrah RA, “Berlindunglah kepada Allah dari penguasa-penguasa bodoh”. Ka’ab bin ‘Ujrah RA bertanya, “Siapakah penguasa-penguasa yang bodoh itu?” Nabi SAW menjawab, “Para pemimpin sesudahku, yang tidak memberi petunjuk dengan petunjukku dan tidak berjalan dengan sunnahku”. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka, membantu kezaliman mereka, maka mereka bukan golonganku, dan aku bukanlah golongan mereka, dan mereka tidak akan pernah kembali ke telagaku. Barangsiapa yang tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka, maka mereka termasuk golonganku, dan aku termasuk golongan mereka, serta mereka akan kembali ke telagaku!” [HR. Imam Ahmad dan Imam Al-Bazar, dengan lafaz Imam Ahmad, perawi-perawi keduanya dijadikan hujah dalam kitab sahih]
Imam Ahmad menuturkan dari Nu’man bin Basyir RA, bahawasanya dia berkata:
“Rasulullah SAW muncul di hadapan kami, sedangkan pada saat itu kami sedang berada di dalam masjid, selepas solat ‘Isyak. Kemudian, Baginda mengangkat pandangannya ke atas langit, lalu menunduk dengan perlahan-lahan, hingga kami menganggap Baginda membincangkan sesuatu urusan di langit. Kemudian, Baginda SAW bersabda,
“Perhatikanlah, sesungguhnya, sesudahku akan ada para pemimpin yang berlaku zalim dan suka berdusta. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka, dan condong kepada kezaliman mereka, maka dia bukan termasuk golonganku, dan aku bukan termasuk golongannya. Namun, siapa saja yang tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak condong kepada kezaliman mereka, maka dia termasuk golonganku, dan aku termasuk golongannya.” [HR. Imam Ahmad]
Sumber: “Revolusi Islam; Jalan Terang Menuju Perubahan” – KH. Syamsuddin Ramadhan
#kepimpinan #pemimpin #muhasabahpemimpin