[Kewangan Global] Campur Tangan Kerajaan: Ketibaan Adiwira sebagai Penyelamat? (Bahagian 2/2)
(Sambungan dari “Campur Tangan Kerajaan” Bahagian 1/2)
Penulis: Jamal Harwood
Tiadanya rasa malu kerajaan AS dalam dasar penyelamatannya telah menimbulkan kebimbangan yang meluas. The New York Times melaporkan pada 27 November 2008, bahawa dengan mengumumkan program pinjaman $800 bilion pada hari Selasa (25 November 2008), Rizab Persekutuan dan Jabatan Perbendaharaan menghantar mesej bahawa mereka boleh mencetak wang sebanyak yang diperlukan untuk memulihkan sistem perbankan negara yang lumpuh.
“Tahun lepas, kerajaan mengambil kira-kira $7.8 trilion dalam bon langsung dan tidak langsung. Itu bersamaan dengan kira-kira separuh nilai ekonomi negara dan jauh melebihi $700 bilion yang dibenarkan oleh Kongres untuk program penyelamatan institusi kewangan Jabatan Perbendaharaan.”
Selain program penyelamat kerajaan, pemiutang yang tertekan telah berusaha untuk menangguhkan peraturan perakaunan “mark-to-market” (merekod dan memantau nilai atau harga saham/sekuriti, portfolio atau akaun supaya ia mencerminkan nilai/harga pasaran semasa dan mudah diniagakan) sebagai cara untuk terus hidup.
Peraturan ini mewajibkan setiap institusi kewangan menilai aset gadai janjinya berdasarkan harga pasaran semasa. Walau bagaimanapun, perubahan baru-baru ini yang dilaksanakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Kewangan (FASB), di bawah tekanan daripada bank besar untuk membenarkan penilaian berdasarkan model yang memihak kepada mereka, kini telah diterapkan. Pemiutang (kreditor) kini boleh bertindak seolah-olah kerugian tidak wujud atau menangguhkan pencatatan dan pengiraannya, sekaligus menghapuskan konsep ketelusan yang sangat diperlukan oleh para pelabur.
“Hal itu memberi syarikat lebih banyak peluang untuk menerapkan pra-kiraan dan penilaian mereka sendiri kebanyakan kes di mana mereka menganggap pasaran sebagai ‘tidak teratur’ atau tertakluk kepada masalah kecairan.”
Akibatnya, bank-bank kini dapat menyajikan nilai inflasi dari aset-aset gadai janji (mortgage) mereka, sehingga neraca mereka memiliki kecukupan modal yang baik. Mereka tidak perlu menambah jumlah modal untuk mendanai pinjaman-pinjaman baru. Akan tetapi, seperti orang yang tidak punya sensitiviti untuk merasakan kesakitan atas kecederaannya yang parah, manuver ini mendorong institusi-institusi kewangan itu untuk mengambil risiko yang lebih besar lagi.
Akhirnya hal ini akan menggiring kepada kerugian yang lebih besar dan membuat mereka cuba untuk berspekulasi tentang cara keluar dari masalah tanpa melaporkan kedudukan kewangan mereka yang sebenarnya.
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.
#KrisisKewanganGlobal #SistemKewangan #Kapitalisme